orang baik hati

Saturday, December 11, 2010

Heading to LGWANKAI (Langkawi)

malam ni nak bertolak dah pergi Kuala Perlis...bas pukul 11.00 malam.. memang lama sangat dah plan dengan family nak pergi Langkawi,, baru kali ni tercapai..hehe Alhamdulillah,,, merasa jugak pergi Langkawi. Letih jugak lah nak plan semua, bajet pe semua..huhu banyak duit habis nak bayar itu, ini..huhu harap-harap semua berjalan dengan lancar lah kan,,hehe selamat lah pergi dan balik InsyaAllah,,,☺

Tuesday, December 7, 2010

GLEE - "Hey Soul Sister" Full Performance (airing 11/30)

Salam Tahun Baru 1432 Hijrah

Selamat tahun baru hijrah kepada semua umat Islam di seluruh dunia... semoga tahun baru ini memberi sinar hidayah kepada kita semua... 1 Malaysia 1 Ummah...

Salam Maal Hijrah 1432 Hijrah
 Tahniah juga kepada Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz kerana dipilih menjadi penerima Anugerah Tokoh Ma'al Hijrah 1432 Hijrah ini... Ketokohan dan kejayaan beliau dalam memimpin sistem kewangan negara telah mendapat perhatian dunia..so, apa kata kita tengok serba sedikit tentang Dr. Zeti Akhtar Aziz... =)


Y.M. Tan Sri Dato' Ungku Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz (Lahir 27 Ogos 1947) yang merupakan anak kepada Profesor Diraja Ungku Aziz dan Sharifah Azah Aziz, adalah wanita yang pertama dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia. Beliau juga dilihat sebagai salah seorang wanita yang begitu berkuasa di Malaysia.
Pada 13 September 2010, Zeti terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance.
Beliau dilahirkan di Johor Bahru, Johor dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya pada 1958. Pada tahun1970, beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Ekonomi Analitikal dan kemudiannya melanjutkan pengajian beliau ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang kewangan dan ekonomi antarabangsa pada 1978.
Beliau memulakan kerjaya sebagai Penyelidik ekonomi di Pusat Penyelidikan dan Pembelajaran Bank Pusat Asia Tenggara (South-East Asia Central Bank Training & Research Centre) pada tahun 1979 hingga 1984. Kemudian beliau dilantik sebagai Penolong Pengurus Jabatan Ekonomi di Bank Negara Malaysia.
Pada tahun 1994, beliau telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia. Pada 1 September 1998, beliau dilantik sebagai Pemangku Gabenor Bank Negara Malaysia selepas Datuk Ahmad Mohd Don mengundurkan diri. Kemudian pada 1 Mei 2000, beliau dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia ketujuh dan wanita pertama dilantik dalam jawatan tersebut.
Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Danaharta Nasional Bhd dari tahun 1998 - 2000. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd sejak tahun 2004.

Monday, December 6, 2010

CINTA

Aku ingin melihat matamu yang indah
simfoni nan syahdu
mengalun melalui lorong hatiku
sukma gemulai mengikuti irama jiwa 
segala cerita hanyalah sejahtera 
bagi anak bangsanya.

Aku ingin melihat matamu yang indah
sebuah telaga bening yang sejuk airnya 
tempat bermain dan berenang-renang
lumut dan batu-batu adalah pembersih jiwa
aroma semesta adalah bunga 
yang ada di dalam hati.

Aku ingin melihat matamu yang indah
tempat bersemayam para leluhur yang perkasa
para penakluk serigala durjana
semua kejahatan tunduk bertekuk lutut 
dan tak berdaya
sehingga amanlah segala makhluk di dunia
taman tempat berteduh dan hutan-hutan 
yang terjaga dari segala mara bahaya. 
O, swarga maniloka inilah tempat asal hamba.

Aku ingin melihat matamu yang indah 
pertemuan yang berujung bahagia 
akan selalu terlaksana
tiada kehidupan 
tanpa sayap kata-katamu yang indah
dan cinta senantiasa hidup abadi 
di dalam dunia. 

O,  kata-kata dan perbuatan menjelma citra. 
Di dada penuh dengan rasa sukma.




huhu rindu 5 ibnu sina...

trusted brand batch since 1992...oyeah!
                                                                                                             lama dah x jumpa kawan2 5sina smk seri bera 2009... kitorang xramai pon, laki 7 orang perempuan 12 orang...total 19 orang..haha setakat ni jumpa aliff jela, tu pon sebab 1 maktab dengan dia,,hehe yang lain2 ntah la bila dapat jumpa.. :( so, gambar kat atas ni jela jadi pengubat rindu kat diorang...ahahahak tah pape.. nasib baik la banyak gak gambar2 kenangan tahun lepas aku simpan, kekadang tengok sampai tergelak2 aku sorang2.. =P gambar atas ni time sesi fotografi untuk majalah SIBER. sori la bob,, time ni ko xde... huhu nanti aku nak edit lagi gambar 1kelas n upload kat sini,,hehe bile...? bile aku rajin...