orang baik hati

Thursday, December 26, 2013

Paleolitik.

Zaman Paleolitik di Malaysia bermula kira-kira 200,000 hingga 300,000 tahun dahulu. Pada Zaman Paleolitik ini, manusia menggamalkan hidup secara berpindah-randah mencari kawasan baru atau dikenali sebagai hidup nomad.

Ok. Haha. Mengarut je. Aku nak highlight pasal berpindah-randah ni je. Aku nak pindah x lama lagi. Dalam masa terdekat ni lah. Tak dapat nak pastikan the exact date tu bila. As for now, we are still in the process pindah-pindah barang. Since rumah kat kampung belum siap, so kitorang terpaksa hantar sikit-sikit letak kat rumah sedara-mara. Rumah taman kat Mentakab tu macam dah agak penuh, so nak tak nak kena angkut jugak la. and to be frank, I hate this situation. huhu. Aku paling tak suka rimas-rimas habuk ni. Alaaa,,, even now aku tengah selsema. Seharian dah. Pasal habuk berterbangan dalam rumah. Yela, tengah kemas2 kan. Hidung aku ni pantang habuk sikit. :8'(

Cerita pasal pindah-randah ni, tak termasuk yang kali, dah 4 kali kitorang pindah rumah. Haha. Ni  seingat aku la. Rasanya masa kat Sabah aku mmg lahir dan sampai last day aku kat Sabah mmg duduk rumah tu. So, first masa pindah dari Sabah ke rumah taman kat Mentakab, Pahang. Aku ingat masa tu lewat malam. Tunggu lori angkat perabot2 dari pelabuhan. Barang2 kan naik kargo. So, dah dihantar lebih awal ngan kapal. Sekali dengan kereta. Lewat malam baru sampai. Aku dah tertidur pon. Bangun-bangun pagi tengok penuh dah rumah. Haha. Sebelum tidur, kosong! :P

Lepas tu kena bawak sikit barang dari Mentakab tu ke Bera sebab mak abah dapat tukar sekolah area sana. Yang tu aku tak berapa ingat dah. Haha. Duduk rumah tu dalam 3 tahun jugak la. Actually rumah (kuarters) tu hujung sekali. Tepi rumah aku, macam ada laman sikit, lepastu tanah orang, dan hutan belantara. -___-" Masa kat situ la paling banyak dugaan. Dengan segala spesis haiwan pernah menyinggah rumah aku, tenggiling, musang, beruang, gajah, babi... macam zoo dah! Tp gajah ngan beruang aku tak tengok la. Dan dua kali jugak rumah aku kena pecah masuk. Akibat ancaman manusia liar dan haiwan liar, mak apply nak pindah rumah depan-depan sikit. Sebab ada cikgu pindah. Maka berpindah lah kami. Tak guna lori pun, guna tenaga jiran tetangga dan van yang sedia ada ni. 

Rumah baru ni (tak lah baru, sama je umur ngan rumah lama) seronok la sikit. Time ni zaman kanak-kanak aku paling gembira! Haha. Kawan pon ramai. Lama tak lama, dalam 2 tahun lebih duduk situ sebelum pindah ke kuarters baru. Dari kuarters kembar setingkat 2 bilik, 1 bilik air (design tahun 80-an) ke banglo kembar dua tingkat 3 bilik, 2 bilik air. Best wooo pindah rumah baru. Baru yang real baru. Haha. Angkat barang agak mencabar sebab jauh sikit. Kena lalu jalan utama penduduk Felda tu. Tak silap aku Julai 2003 pindah situ. Heaven je rasa. :P *jadi batak kejap sebab 5 tahun duduk kuarters buruk*



Situ lah paling lama kitorang menetap. 2003-2010. Pertengahan Jun 2010, mak aku diluluskan untuk bertukar ke Maran sebab ikut abah aku yang lebih dulu tukar ke sana. Tapi aku tak terlibat masa pindah-memindah sebab aku ada kat Matrik. *yeyyy* haha Balik cuti je sedar2 sampai rumah, eh rumah lain. ekekeee...

Rumah ni kuarters jugak. Tapi kecik sikit dari kuarters sebelumnya. Design masih lebih kurang. Tapi mcm tak best jer. Best lagi rumah lama. Dan 2013, nampaknye kena pindah lagi. Sebab mak abah dah pencen. Thanks to the pihak jabatan sebab still bagi kitorang duduk sini kejap sementara nak angkat barang ni. Lama jugak ni, dari September haritu. Free of charge. :D

Panjang jugak aku membebel. Haha. Lepas ni boleh tulis "Travelog Seorang Penghuni Kuarters" ! LOL
Sebab since aku pindah Pahang, 15 tahun dah, selama tu lah aku duduk kuarters dan rasanya sangatlah pelik. 

Haha. One thing yang aku perasan sangat-sangat ialah aku takde kawan. huhu. Sejak aku darjah 6, aku xde kawan sekitar rumah. Naik sekolah menengah lagi lah. Duk asrama, balik je, berkurung je. Memang takde kawan. Pindah Maran pon, tak sempat la nak bertegur sape. Awkward plus aku ni tak la mesra mana. I'm not a person yang mulakan bicara.. Haaa... Kalau orang tegur, insyaAllah respon baik dari aku akan anda dapat. Haha. Dan masalahnye takde! Huuuu  

#notakaki#babai Maran ku terchenta.~ wakakakaa...

Monday, December 23, 2013

iTEMS

salam. dah penghujung cuti ni, selalunya website iTEMS ni lah yang selau dibelek2. bukak2 laptop mesti try bukak dulu. sebabnya nak tau result final. huhuh.

tapi since senior sem 8 dah dpt dulu + tiada maklumat susulan bila semester lain nak dapat, so aku mcm putus asa sikit. malas nak cek hari-hari. sehinggalah tadi. tgk scroll timeline twitter, tetibe ternampak tweet kawan aku.



hari ni x ready pon nak tgk result. haha lantas aku pon bukak iTEMS. mmg debor ! tp excited nak tau result tu mengatasi segalanya.hahah.
bukak je tgk ade dh link utk result sem ni. klik. tadaaa! tgk yg ni dulu haaa...

alhamdulillah.


pastu bru tgk pointer dan yg ni...

klik utk tumbesaran yg sihat! pointer? xmuat nak letak KAHKAH


overall, alhamdulillah. :) syukur sgt2. sem 2 je haritu turun sikit. lepastu setakat ni meningkat byk jugak la. aku x pernah letak target berapa aku nak every sem. entah la. x pernah terfikir nak target2 mcm tu. redah je. bila fikir balik masa jawab exam, mcm teruk je. ade jugak yg tinggal, x jawab. :P mungkin assignment byk tlg up markah sikit2 :) syukur. assignment la masa nak pulun mrkah tinggi pon. hahah. tp subjek B+ tu xleh nk tlg la sbb assignment pon hancusss.. kahkah~ k lah. tu je. looking forward for the following semesters!

wassalam.

#notakaki#terbayang balik masa storytelling. huh. -.-"

Thursday, December 19, 2013

Throwback Oct 23rd

Salam. aku nak throwback birthday haritu. actually, aku dah update pasal birthday, boleh tgk sini, tapi aku x include surprise yg ni since ye lah... nama pon surprise. mlm tu baru aku di-surprisekan walhal blog dah update. x sabar punya pasal kan. *keji betul* haha

maka pada 23 Oktober 2013 malam, aku pon diajak bermakan-makan oleh Aiman. dia yg beria-ia nak belanja aku. sebelum tu aku dah cucuk-cucuk dia bile nak belanja mekdi. so, mlm tu dia pon ajak. maka pergilah kami berlima, aku, Aiman, Paan An, Dean & Pachi. aku pulak gedik masuk kereta je pegi duduk seat co-driver. haha like a boss sgt. hello,, birthday boy kot ! hahah. Paan pon drive. keluar pagar maktab je, Aiman pon ckp nak tutup mata aku ngan neck-tie. nak x nak tutup jugak la. dlm hati, "eh, nak gi mana? kata mekdi. bukan jauh pon. x yah la tutup mata bagai. annoying nye korangs." -.-

but then Aiman berkeras jugak, aku mengalah la. dah org nak belanja ni kan, byk songeh lak ko syaher! hoh.
maka ditutup lah mata aku. sobsob. lepas tu lalu mekdi (sepatutnye berhenti la, nak mkn situ kan..) tp diorg ckp ramai sgt org. so, gi tempat lain. ok fine. ikut je. Paan stop jap ktenye nak bayar bil kat Celcom. aku, Dean & Pachi tunggu dlm kete. next, jalan punye jalan punye jalan... sampai la ke destinasi yg dituju.

keluar kereta, dgn mata aku yg tertutup tu, seriously aku malu giler. -.-'' tobak ehh. tadaaa ! ! !

we're here ! 

TAPPERS! ! ! yeayyy! ni amik kt google. tu Dean, model tappers. hee
dgn izin ye Yang Berhormat. :P


terkejut?  haha masa tu x lah... huhu. ok. ni kisah sebenar. haha


  • masa kat traffic light UMT aku dah perasan, eh apsal Paan terus? kata nak gi mekdi gong badak? pastu depan sikit aku rasa mcm kete buat u-turn je dan masuk jalan menghala ke unisza. haha ok nk kelirukan aku lettew. gagal.

  • next, singgah nak byr bil. aku agkt kepala sikit nak curi2 tgk kt bawah ikatan mata aku tu nk usyar ade kt mana. aku nampak lampu warna warni. kedai steamboat baru (kedai baru ganti siang malam) haha kat ziq bakery rupenye. patot Aiman keluar sekali. kalau Paan nak bayar bil, apsal Aiman kt blkg keluar gelabah2 je? haha gagal.

  • lepas byr bil, jalan depan sikit, diorg ckp, "Ala,,syaher...mekdi ramai org la. kite gi tmpt lain lah." at the same time, i was like, "eh, bukan ke mekdi dah lepas sebelum ziq bakery td" in fact, kalau aku percaya ckp diorg bahawasanya kitorang bhenti kat celcom, celcom tu pon actually lepas mekdi. kahkah. gagal. tp aku senyap jela. :-)

  • next, aku dah prasan masa tu lalu kat tepi track airport (sebab jalan situ lurus & org akan drive lelaju pastu depan sikit kena susur ke kiri mhala ke stadium runtuh. masa kat selekoh tu (ade butik pengantin) aku dgr Aiman ckp, "wahh lawa nye baju pengantin" haha lagi la kantoi nye. apakah. haha gagal.

  • bile kat simpang empat sabasun g.badak tu, Paan lak cakap pasal HKS. wei, HKS lepas lama dah. aku rase la.. haha pape jela. (lepas aku pecah lobang esoknya, Paan kate dia saje ckp gitu nak peningkan aku sebab dia pon dgr Aiman ckp pasal butik tu) ok. whatever. :p yg penting, gagal lagi.

  • pastu dah naik jambatan sultan mahmud, naik bukit kecil tu, masuk area terminal, aku mmg cam la citer dia. sebijik2 jalan tu aku boleh imagine. selalu sgt dah lalu KT ni. dah nak hafal dah pon jalan. 3 thn beb! yg paling aku x tahan, diorg ikut Kg. Cina. situ kan bukan jalan tar, jalan yg guna brick susun-susun tu... memang melambung2 lah citer dia. adoiyai.. even org yg x tahu dia ade kat mana pon bila lalu situ secara automatik dia akan tahu dia ade kat Kg. Cina. hehehe. :-D aku tahan gelak je masa lalu situ. dan lagi. gagal


pastu sampai. aku dah agak dah. tp SERIOUSLY AKU TERUJA GILE ! budak2 ni pon teruja kot sebab tu first time kitorang pegi. hehe Paan excluded. dia dah pegi sebelum tu. heh. dan walaupun prank diorang sebelum tu aku boleh consider sbg gagal, namun begitu mereka berjaya menjentik hati aku untuk terus berasa gembira, terharu dan seronok tidak terkata. *ayat komsas habis!* hahah

terima kasiiiiiiiiiiiiiiihhhhh sangat sangat sangat kat korang semua sebab sanggup bergolok gadai mempertaruhkan wang dan nyawa untuk birthday aku *terharu tak?* hahah.
jujur aku cakap aku x expect yg korang nak bawak gi Tappers ni. aku expect mekdi je. heuheu. suci kan pemikiran aku? hehe... tp bila dah menghala ke Kg. Cina tu aku tau dah la nak pegi mana. heee...

nasib baik la aku tau Tappers tu kat mana. kalo x, memang blur la x tau korang nak bawak gi mana. :-D dan mungkin aku akan nangis terharu terkujat terkesima kot. hahah. *drama sangat*
lepas makan2, dapat kek pulak. pastu korang nyanyi beramai2 pulak lagi. disambut oleh mamat2 meja sebelah. meriah je rase walaupun diorg tu jd penyanyi latar je. x harmoni langsung. :p ditambah pulak dgn waiter yg muka ala-ala... ntah la. tp pan asia giler muka dia. rasa mcm makan kt mane je haha. *ok merepek dah*

thanks korang :')

potong kek. heee.


ni bergambar sebelum gerak. lokasi: cermin keramat
Aiman, Dean, Pachi, aku dan Paan. sambil tunggu makanan sampai.

ok la. tu je gambar yg ada. x tau nak korek mana tah gambar. aku x byk snap ngan fon aku. byk kat iPad paan rsenye. yela, senang kan. tap33333 je... aku excited sbb sebelum ni aku xpernah kena prank. err.. sadis ke bunyi? haha. masa sekolah x pernah. hehe start 2010. kebetulan pegi jungle trekking masa tu. kena simbah ngan air sirap masa mandi sungai. diorg nyanyi ramai2. terharu jugak. 2011 birthday masa cuti. so, nothing. 2012 kena prank call ngan tapang. tgh tkejut lagi kena kek setepek kt pipi ngan Wawe. -.- gile btol thn  lepas. dan tahun ni... mungkin versi lebih matang sikit. haha manly gitu sbb pipi aku xmakan kek dah. venue pon 5 star kot. *erkk yeke?* pape jela. heee... 

cadangan. *mcm swot analysis je* len kali nak wat surprise kena letak org tu dalam but kereta. baru dia x tau ade kt mana. hahah. pape pon still, i admire ur effort guys ! heeee...had fun that night! 

  • satu perkara je yg aku xterfikir dan aku tertipu. setahu aku, Dean & Pachi x makan mekdi kot. if im not mistaken la. aku ade tanya Aiman ptg tu, "sape je pegi? Dean ngan Pachi nak ke gi mekdi?" Aiman mcm acuh x acuh je jawab soalan aku. aku pon biarkan jela. dah buat ape nak susah2 fikir kan? aku special guest kot. ok, yang tu korang berjaya buat aku x terfikir langsung yg kita mmg bukan nak menuju ke mekdi. haha


lagi sekali, terkejut? aku x terkejut sebab aku dah tau diorang nak ke situ bila dah masuk bandar. tp aku terkejut sebab x expect korang akan bawak gi Tappers. weehoooo ! semoga Allah berkati korang semua. berjaya dunia, berjaya akhirat. jadi anak soleh, suami soleh, bapa soleh...etc.. dan paling penting, hambaNya yg soleh. :') wassalam.

#notakaki#giler awkward panggil Paan. bese panggil Rock je. xpun Rokiah. manje sikit, Seboq. sopan sikit Sebur. hahahahaa.

Sunday, December 15, 2013

interview = psiko

assalam. hai. tadi aku ber-chatting dgn sahabat aku melalui FB. borak punya borak, dari nelydia senrose, menginjak ke sukan sea, menginjak ke result exam dan last-last sampai ke interview SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran). FYI, kitorang yang habis degree IPG ni akan ditemuduga oleh team SPP sebelum graduasi and di-posting-kan. (aku pon x tahu sgt proses dia huhu) so, skrg ni senior2 aku tgh kelam kabut duk study utk interview ni lah. susah katanya.

dan aku, yang masih mentah muda remaja ni duk usyar-usyar jelah situasi tu mcm mana. malas nak fikir sgt lagi. praktikum pon belum weii ! haha ada hati nak fikir pasal interview.

kalau nak kata interview ni, seingat aku la, aku pernah di-interview dua kali. tu termasuk yg nak masuk IPG nih. disebabkan interview IPG ni macam dah klise kan haha, aku nak citer pasal interview satu lagi. masa aku form 4.

interview Tokoh NILAM.

Nilam... x tahu? Nadi ILmu Amalan Membaca.
ala, dulu BUKTI. hoho.

masa form 4 aku terpilih wakil sekolah untuk peringkat negeri. tapi bukan aku sorang la, hebat sgt tuu..
aku, Zaimin dan Suhaidah. hehe trio~ interview tu one of the stages laa. banyak jugak kot stages dia. kena tulis esei, ade macam explorace etc. (x ingat dah) kemuncak dia interview tu. here comes the story hehe...

aku masuk je bilik tu, bawak la sume koleksi buku NILAM aku. ade la 6,7 buah kot haha. terus dia tanya bla3... huhu... yg aku ingat dia tanya, your favorite story book. general la kan? masalah nya, aku mmg x expect yg dia nak tanya in English. haha. aku pon tergagap-gagap la duk translate citer aku tu to English :p

situ dah nampak dah fail nye. aku teruskan jugak haha. lepas habis tu, dia tanya lagi, "what'd you do if you met your favorite author?" aku masa tu dah fed up dah. haha stress aku, dia plak byk tanya. rupanya makcik yg ckp bahasa Melayu tu tanya soalan basic je mcm "apa itu tulang buku", "apa kegunaan glosari"..etc. aku pon dgn nada menyampah nye menjawab, "of course i'll feel happy, and i'll take some photos with him" masa tu konon2 la adore Ramlee Awang Murshid sbb dia je yg aku kenal. *sambil muka imagine jumpa dia* haha.

pastu interviewer tu cam tersenyum sinis je kat aku. aku tau dah, hmmm mesti kalah. tp aku seronok dapat kenakan dia gitu haha. menyesal la jugak tp nak buat camane. haha. so, trang tang tang dah la aku kalah kan. but Suhaidah, she got the third place. tahniah ! janji aku seronok dpt jenjalan Kuantan. :p dpt gi ECM pakai baju sekolah. haha. masa tu ECM baru bukak.

moral of the story is, jgn cepat gelabah or marah bila jawab soalan..in the other words, calm down and control your emotion. yea, being in that situation can change you to the other you. kadang2 kita bukan macam tu pon, tp disebabkan emosi yg x terkawal, habis sume tunggang-langgang. apa yg x patut keluar, terkeluar. apa yg patut keluar, hilang tah ke mana. dgn pengalaman buruk aku tu lah, aku cuba buat yg terbaik utk interview IPG. i've learnt from mistakes and seriously, i had fun being interviewed kt IPG Afzan 3 yrs ago. :-) wassalam.

#notakaki#kekadang betul jugak quote ni; "My attitude depends on how you treats me." kalo mood interviewer ok, aku pon ok lah. hehe



Friday, December 13, 2013

#AllTimeFavouriteDramaSeries

salam. hai semua. heee. sekarang ni kat kaca tv memang tengah hot sangat dengan drama series. lebih2 lagi yang adapted dari novel. macam2 la, dgn tajuk nye yg panjang2. siap ade akronim lagi. LYMA, BKATC, JIMK, PISA bla bla...sebab panjang sangat. tp setakat ni aku x berminat sgt lah. especially bila x tgk dari episod 1. huhu~ aku rasa setakat ni yg aku tgk dari mula (drama melayu) adam & hawa je. yg aaron aziz tu.

tapi,, aku nak cerita ni pasal satu drama filipina yang aku addicted awal tahun 2010. Dyesebel. lakonan Dingdong Dantez & Marian Rivera. :D best giler! masa tu kan tengah tunggu result SPM. at the same time, aku buat lesen. cerita tu pulak start pukul 2-3 ptg. astro prima. kalau hari tu aku x de latihan memandu, aku mmg terpacak depan tv dengan sepinggan nasi la. haha kalau ade latihan and balik lewat ptg, aku tgk ulangan, 12tgh mlm - 1 pagi. hihi~

yg menariknya, aku start tengok tu bukan episod 1, tah episod berapa tah. dlm 20 gitu kot. tp sebab cerita dia simple. aku jadi faham and tertarik nak tgk. hoho ! citer dia mengarut sikit, pasal Isabel/Dyesebel (Marian Rivera) seekor duyung yang naik ke darat sbb nak cari mak kandung dia. ayah dia manusia (dah mati) dan disebabkan mak dia dah lama hidup kat darat, mak dia nak jadi fully manusia. mak dia sepatutnya jadi ratu kat kerajaan duyung tu. so, she supposed to be pewaris la. tp x dapat la jadi since mak dia lari.

Dyangga (Ratu jahat yg memerintah) nk bunuh Isabel sebab takut takhta dirampas. serius menarik cerita. cabaran dan halangan Isabel ni sepanjang misi mencari mak kandung dia. fyi, since dia duyung dia xboleh la hidup lama kat darat kan. so, sebelum naik ke darat, dia jumpa sort of 'bomoh' la kat laut tu, mintak kalung supaya bila dia pakai, dia akan jadi manusia dan boleh bernafas. tp syaratnya muka dia jadi buruk sikit.

time tu lah dia jumpa cinta hati dia Fredo (Dingdong Dantez) yg sebenarnya tinggal serumah dgn mak kandung Isabel sebab ayah Fredo kahwin dgn mak Isabel. :) Isabel pulak kerja jadi bibik kat rumah tu. huhu
tapi, Fredo x kenal Isabel (versi manusia). dia hanya kenal Dyesebel (versi duyung) sebab Dyesebel pernah selamatkan Fredo masa dia mabuk kat laut. kalau lah boleh download or ade jual VCD, siyes aku nak beli ! x puas tgk ! T_T

hitu la serba sedikit citer dia haha~ mmg menarik walaupun ade sikit-sikit jalan cerita klise mcm sinetron. hahah. yelah nak menghabiskan 125 eps kot ! 1 episod sejam. tapi yg bestnya dalam terseksa si Isabel ni, selalu jugak dia menang/terselamat. tu yg best tu. :D


cover drama ni... selama aku tgk lah, si Dyesebel ni mmg xpakai ape2 kat depan tu
aku rasa. tutup dgn rambut je. :p

ni versi bila jadi manusia. Isabel.

Taraa! hero dia. the one & only, Dingdong Dantez aka Fredo.

sweet gile dalam citer ni. dalam Marimar, diorg berdua jugak.

#notakaki#Malaysia ade tiru citer ni beberapa tahun lepas. tp mmg failed laaa.. haha~