orang baik hati

Saturday, December 29, 2012

adik

assalamu'alaikum... :)
for those yg rapat dengan aku, mesti korang tahu aku anak bongsu kan? kepada yg tak tahu, ni aku nak bagitau. tapi mungkin lagi ramai yg tak tahu aku hampir-hampir ada adik dulu. back to 1999. masa aku darjah 1.

selepas 7 tahun kelahiran aku, mak pregnant lagi. semua excited. aku apatah lagi. nak adik sangat2 masa tu. sampai la 29 Disember 1999. aku dapat tau mak dah bersalin. masa tu puasa, aku, adik-beradik lain dan abah semua duduk kat rumah mak ngah. yela, nak uruskan kitorang yang kecik-kecik ni. mak dah terlantar kat hosp. huhu~ bulan puasa lak tu. duduk rumah mak ngah meriah sikit. :)

so, ptg tu ayah ngah dan mak ngah pergi la hosp nak amik baby tu bawak balik rumah. aku xsabar-sabar nak jumpa, aku ikut la mak ngah. sekali dgn abg long aku dan sepupu aku. sampai je hosp, mak ngah aku gi amik dan bawak keluar. aku pendek lagi masa tu, so, aku terlompat-lompat la nak tgk baby! then, aku tanya mak ngah, "mak ngah, kenapa tutup adik ngan kain batik? lemas la dia." huhu~ mak ngah xjawab. terus ajak balik.

masa tu bab-bab beranak2 ni masih kat hosp mentakab. hosp temerloh xnampak bayang lagi. lepas tu, hosp mentakab tu sebelah dgn landasan keretapi. sebelum siap flyover yg ada sekarang ni, kena tunggu la kalau train nak lalu. lama la jugak. so, aku tertidur masa tu. sampai rumah, aku xsedar pon. org angkat aku letak atas katil dlm rumah. xsilap aku, aku sedar pukul 12 mlm. org letak baby kat tengah rumah, semua org duduk keliling. aku pelik la. apsal? semua nak tengok adik tidur? kasi la privacy sikit. dia baru lahir. huhu

dalam pukul 2 pagi lebih. semua dah siap-siap. nak ke kubur. aku sibuk nak ikut. nak ikut adik jugak. siap talkin dan nak balik, aku tanya abah. kenapa tinggal adik dalam gelap sorang-sorang. serius, aku xtahu apa-apa betul masa tu. adehhh.. huhu~ masa tu abg aku yang tua setahun tu tau dah adik aku meninggal, dia menangis. dia xnak keluar bilik pon masa tu. masa gi kubur pon dia xikut. huhu~

sahur esoknya tu pon, aku mintak kat abah aku, nak gi tengok adik. huhu. entah la apa perasaan diorg masa tu kan.. adoii~ mesti sedih. ye.  adik dah meninggal. masa 7 bulan dalam kandungan. sebab mak darah tinggi rasanya, so, baby tu cm pressure la kan...

aku ngan abang aku tu mmg paling excited la kiranya. abang aku excited nak adik perempuan sebab dia dah ada, abang sorang, akak, adik lelaki sorang. so, dia nak sangat adik perempuan. aku lak xkisah jantina apa. huhu~ aku siap tulis dah nama aku nak bagi kat baby tu. huhu~ aku tulis kat bekas bedak baby tu. kalo perempuan, aku nak bagi Nurul Huda. kalo lelaki, aku xingat dah. huhu. tapi abah aku nak bagi nama Muhammad 'Atiq. abah memang suka nama yang orang xakan panggil dengan nama singkatan. mcm nama abang-abang aku. Muzri, Khoiri dan aku, Syahir. tapi abang aku lekat jugak Muz. huhu~ :p

tapi since adik aku meninggal sebelum lahir lagi, there's no need to give a name to him. kena daftar kematian je xapa dah. tapi masa buat kubur adik, abah ukir jugak nama kat kubur dia. abah letak Abdul Aziz bin Md Satar. :)

so, begitulah ceritanya... aku hampir-hampir dapat adik. dan kalau adik aku still ada kt dunia ni sekarang dia dah tingkatan 1 la. huhu. rindu adik. dalam sedih-sedih pun, mak abah untung sebab banyak kebaikan anak-anak yang meninggal sebelum aqil baligh ni kepada ibu bapa. :') diorang akan jemput ibu bapa di pintu syurga, diorg akan beri minum ibu bapa ketika di padang mahsyar sedangkan org lain dlm keadaan dahaga yg melampau...mcm-mcm lagi la. :')

ok. tu je. wassalam.

#notakaki# sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada ahli keluarga kita yang telah pergi dahulu sebelum kita. :')

Thursday, December 27, 2012

dia pergi sekelip mata

assalamu'alaikum warahmatullah...

awal petang semalam, abah aku kat ofis lagi, mak anjang aku call kata ayah anjang aku masuk hosp. teruk katanya, masuk ICU, hosp temerloh. abah dan mak terus pergi tengok. aku xpergi semalam sebab rasa macam xsihat. bersin + selsema.

tengah malam pulak, aku belum tidur lagi, mak anjang call abah lagi sekali kata dah teruk sangat. xboleh buat apa-apa dah. berserah je. katanya. pagi tadi abah gi ofis mcm biasa. mak ada meeting hari ni. dah nak bukak sekolah kan. dalam pukul 11, abah call kata ayah anjang dah xada.

cepat-cepat siap dan pergi rumah diorang yang kebetulan kat kampung je. xjauh~

aku xmasuk dalam. tunggu luar je. huhu~ still rasa xberapa sihat lagi. malas nak beramai-ramai. huhu
mak and kak na masuk duduk kat dalam. mak anjang menangis. yela. sedih. kesian betul. dah la anak-anak still sekolah. yang belum sekolah pon ada. :'( besar la tanggungjawab anak mak anjang yang sulung tu pasni. nasib baik lelaki. dan kebetulan lagi sekali rumah diorg sebelah je dengan rumah parents mak anjang. at least keluarga dekat.

kak na cerita, anak kedua mak anjang xsanggup nak tengok muka arwah. duduk kat dapur je, menangis. yang kecik tu pon bengkak2 mata masa nak gi kubur. kesian sgt kt diorang. makin sayu sebab arwah pergi dalam sekelip mata je. masuk hosp sebab sesak nafas dan sehari je. dah pergi.

arwah dulu memang baik. antara adik-beradik abah ramai-ramai tu arwah ni jenis yang senang kira la. mudah nak berurusan, masa abah sakit dulu pon, lepas discharge dari hosp sultanah bahiyah, bawak balik rumah, arwah sekeluarga antara yang terawal datang melawat. tapi yela, org baik ni, kalau kita manusia pon senang hati, sayang dia, Allah lagi lagi lagi lah sayang dia kan.. hmmm..

ayah anjang, berdiri dua dari kanan.
*gambar masa majlis kahwin ayah we, hujung kiri.
ni la skali dpt tgkap gmbr sume adik-beradik, 13 org.

harap mak anjang sekeluarga dapat bersabar. doakan semoga ayah anjang ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. amiinn~

#notakaki# mak anjang org paling sedih kot. baru beberapa bulan lepas ayah dia meninggal. kali ni suami pulak. dugaan.

Tuesday, December 25, 2012

Toilet dan Pepejal

*AMARAN: jangan baca sambil makan. Kanak-kanak bawah 13 tahun sila baca dengan bimbingan ibubapa

assalamu'alaikum warahmatullah... kabare? waras? hihi
hari ni aku nak story pasal tadi. aku and family keluar hantar kawan akak aku ke rumah dia kat Pekan. dalam perjalanan sekembalinya dari sana, singgah la kat sebuah stesen minyak ini. cukup la aku perkenalkan sebagai Shall.

xsemena-mena sambil menunggu abah aku gi bayar kat kaunter untuk isi minyak, ganjil ginjal aku meronta-ronta mintak dikosongkan. hampir-hampir melimpah gara-gara suhu persekitaran yang rendah disamping hujan yang turun renyai-renyai, menambahkan lagi rontaan ginjal aku. huhu~

aku pun terkejar-kejar ke belakang bangunan kedai stesen minyak Shall tersebut. nampak gelap. dalam minda aku, errr,, mesti tandas dia teruk, busuk, air bertakung, najis merata... macam tandas-tandas yang pernah aku jumpa kat stesen minyak Shall lain.

setibanya aku kat belakang, aku teruja sebab ada papan tanda "Cubalah tandas baru yang telah kami ubahsuai ini". wow! transformasi kerajaan nih ! aku pon apa lagi, melulu la nak masuk tandas tu! masa tu ada akak ber'cardigan' yg nampak kesejukan xsabar-sabar nak membuang ni turut tergesa-gesa ke arah pintu.

lalu, kami hampir membuka pintu yg sama !

si akak memandang aku. dengan muka konfius. ya. seperti memikirkan sesuatu. huhu~ serentak dgn itu kami memandang papan tanda kat atas. oh. "Ladies".

aku menyeringai. hihi. "saje je nak tolong akak buka pintu".
si akak memandang dgn muka yang makin keliru. mungkin bermonolog dalam hati. "hoi budak, xponah dibuek org la laki tolong bukak pintu utk pompuan, ekao gilo ko apo?"

ada aku kesah? aku dgn muka xbersalah terus ke tandas lelaki. lalala...

~~~ ok. sebenanrnya ceritanya mula kat sini.

aku masuk je, aku tgk kat kiri ada 2 mangkuk kecil yg kat dinding tu. satu tinggi satu rendah. satu dewasa satu kanak-kanak la. yang aku nk highlight kat sini. dua-dua tersumbat. air kekuning-kuningan bertakung kat situ.

sangat EUUUUWWWWWW hokay! geli mak!

aku pon lantas masuk cubicle, mangkuk cangkung. thats the only choice yg ada. xsanggup aku mhadap air tu. huh~

masuk-masuk je, *ok ni climax* aku ternampak something dalam that toilet bowl. Ohh maaiii!!!

GILA EUWWWW!!! ni bukan mak je geli, makcik, nenek, moyang sume geli !!

aku pon flush la cepat-cepat. malangnye xberhasil. aku pon nekad membuang jugak dan flush sekali lagi.
tengah flush, ada lelaki masuk tunggu kat luar cubicle aku. aku pon keluar dan tanpa memandang dia terus blah. konfem dia suspect pepejal dlm bowl tu aku punya. ces~ aku saje keluar tadi dgn muka bersalah. kih3~ drama sikit.

elok aku keluar, serentak pulak dgn akak tadi. lega je nampak muka dia. eh, aku keluar serentak dgn dia. hebat! mengagumkan. i tot women spend more time kalo masuk toilet compare to men. ehm. xkesah la. bukan masalah pon.

otw balik ke kereta, aku fikir balik. macam sama je tandas Shall lama or baru, renovate or tak. xde org bersihkan ke apa... huhu~ xde pekerja ke? ok. hari ni Krismas mungkin. mungkin hari-hari lain tandas tu bersih.

bila dah gerak, aku tgk la kat kaunter dalam kedai tu. 4 org mat bangla tersengih-sengih kat kaunter. seronok sgt kot dpt jaga kaunter hari ni. huhu~ org semua cuti kan.

harap Shall tingkatkan la kebersihan. aku ingat bersihla since petrol pump Shall tu betul-betul sebelah dengan petrol pump syarikat lain, Petronenas. aku tgk dari jauh, petronenas punya luas, kemas dan ada surau. dibangunkan di bangunan lain, bukannya belakang kedai tu je. mcm R&R pon ada. menangis PLUS tgk ni kot. hehe that's why aku ingat tandas dia pon bersih kan. ala-ala xnak kalah la kan. tapi... sedehh!

tu je. maaf kerana entri sangat mengarut dan tidak menjana minda~ wassalam.

#notakaki# seronok meredah banjir kat area Kempadang, Kuantan tadi. hihi

Monday, December 24, 2012

cita-cita dan cinta.

assalamu'alaikum.. hola! haha idea yg dtg secara melulu selepas terinspirasi dpd blog kawan aku yg meng'update' pasal cita-cita dan impian dia membuatkan jari jemari aku pantas menari2 di atas papan kekunci laptop ini untuk turut tidak ketinggalan meng'update' mengenai cita-cita semasa kecilku. *xcukup nafas.. err.. cinta? xada kaitan pon. saje nak bagi catchy~ hihik (mcm lagu adam n farah...)

cita-cita. kalo zaman tadika or skolah rendah, cita-cita yg paling femes mungkin doktor, cikgu etc...kan?
aku mengaku la, zaman kecik2 dulu memang aku ada terniat dan terdetik di hati kecilku ini nak jadi cikgu. haha tp bukan sebab suka nak mengajar budak. sebab aku suka tanda2 kertas soalan. HAHA aku selalu tolong mak aku tanda2 kertas soalan exam. lepas tu tulis markah besar2 kat depan. kalo 1 page budak tu xjawab, mak aku kata wat tanda soal besar kat page tu. suke suke suke... har har har

dan sebenarnya, aku dah mulakan kerja ni lebih awal lagi kira-kira masa aku darjah1 ke tadika dulu masa abah aku jadi penanda kertas SPM. aku tolong cop2 column markah tu. hehe... siap ade cop terbalik lagi. :p *xreti guna cop*

bila naik skolah menengah, aku rasa mcm nk upgrade sikit la cita-cita aku. mak abah dah cikgu, xkan aku cikgu jugak kan, so aku cakap aku nak jadi pensyarah. hohoho~~~ everytime org tanya, aku nak jadi pensyarah! dlm buku rekod pon aku tulis cita-cita: pensyarah.

masa tu, pilihan kedua aku ialah chef. masa tu aku memang rancak tgk program2 masakan kat tv. best tgk chef boleh gi travel la. kerja kat hotel la. tambahan pulak, abg long aku amik sijil penyediaan makanan. tgk gmbr dia duk ukir2 tembikai wt bunga2 tu. cam naissss je. nk blaja jugak. lpas tu makan. ngap3!!

tapi, aku sedar yg sebenanrnya, aku xberbakat nak memasak. ya, aku suka tgk mak aku memasak, tp sebenarnya aku lebih tertarik dan suka makan je. masak2 ni bukan bidang aku kot. huhu~ berangan jela pandai masak.

dan secara tiba2 mula minat bidang meteorologi. yg kaji2 cuaca tu. aku pernah berangan nak keluar tv1 pagi2 masa selamat pagi malaysia tu... kihkih tambahan pulak, ada junior aku cerita kakak dia kerja dgn jbtn meteorologi, pegawai la. kerja dlm pejabat je. gaji masyuuukkk! huhu

berangan xnak kalah ni...


tp nak buat laporan tu kena hafal peta malaysia. peta semenanjung ok dah kot masa tu, tinggal sabah sarawak je, sarawak la especially. so, aku pon duk mhadap peta jela. hafal bintulu kat mana, sarikei, miri, limbang, kuching... semua2 tu. sarawak kan besar... lagi best, aku ada sorang kawan yg sangat suka bab2 peta ni. zaimin namanya. fb dia Kito Bakor. kenal? haha aku pernah tgk dia lukis peta dunia atas kertas tanpa rujukan. boleh kata hampir 90% sama!

that time, mmg aku ngan dia minat gila2 geografi. peta2, jumlah penduduk, luas negeri, hujung jari jela.tiap kali exam mesti score baik punya! masa PMR zaimin tu xsilap aku dia betul semua kot 60 soalan tu masa semak2 balik. terbaek la beliau.  and sampai sekarang aku berminat dgn semua tu. aku amik tau semua fakta2 dan maklumat2 ni cuma aku xtau kalau nak jadikan kerjaya tu macam mana. huhu~ kena jadi pegawai bancian penduduk la kot. :p dtg rumah ke rumah. huhu~

lepas tu, masa aku duk isi-isi borang UPU (permohonan IPTA) lepas SPM, aku xtau nak isi apa. asasi? aku rasa mcm xlayak, erm, layak dari segi result, tp xlayak dari segi kesediaan aku nk hadapi program asasi ni. so, first choice aku diploma. aku amik Diploma Sains Geomatik (Sistem Maklumat Geografi). dan itulah yg aku dapat. kat UiTM Shah Alam, tempat abg aku skrg. Gembira x terkata.!!

aku ade jugak survey course tu pasal ape. pasal ukur tanah la basically. kira2, tp mungkin ada yg link and connect tu mende2 lain. ada kaitan la dgn sume yg ada kaitan ngn geografi la kot. sattellite imaging, nk tentukan waktu solat. if i'm not mistaken la. but then, abah and mak aku mcm xpandang langsung offer yang ni just because it is diploma. huhu bukan ijazah. so. aku pon masuk matrikulasi.

tp dlm masa yg sama aku mmg still minat nk jd cikgu and aku isi borang IPG awal lagi. lepas amik result, terus aku dan beberapa kawan aku pegi bandar isi borang sampai lengkap dan hantar. akhirnya, setelah 4 bulan, dpt result walaupun dpt 2nd intake, aku bsyukur sgt. hihi~ insyaAllah, dlm 3 tahun lagi aku akan menjadi seorang guru Bahasa Inggeris. sekian. :) wassalam...

#notakaki# masih ingat masa temuduga IPG, aku ckp aku nk menyambung legasi mak abah sebagai cikgu sebab adik beradik lain sume kerjaya dah ke arah lain. penemuramah tu tersenyum. ;)

Sunday, December 23, 2012

PMR~

assalamu'alaikum warahmatullah...

19 Disember hari tu result PMR 2012 keluar. aku ni sangat2 la ternanti2 kan result PMR ni. haha~
bukan ape, tertanya2 la dapat x beat tahun aku 2007. hihih~ 100% lulus, GPS 1.42 (xla tinggi mana, bkn SBP ni..) straight A's 17 org..

tp aku sedih sikit sebab hari keluar result tu ayah aku cuti. so, xdapek la nak usyar result ngan dia. (slalu dia tanya2 colleagues dia) so, aku bukak wall FB skolah aku je. pas tu ade la mesej2 cikgu tanya2 sikit. hehe

lepas tu, aku terbaca 1 post kat fb, keratan sinar harian... ni haa..



wow! GPS 1.34. 13 orang dapat straight A's, 100% lulus. ranking ke-11 Pahang. tambah cikgu aku lagi, ramai jugak yg sangkut BI. kalo x, mungkin boleh dapat at least 30 org straight A's.. xpela. xde rezeki.  huhu~

mungkin result ni biasa je bg sesetengah org. tp yela, skolah aku tu bukannye SBP ke, SBT ke kluster or whatever. skolah harian yg dpt taraf Sekolah Rancangan Khas JPN Pahang je. *kpd sape2 yg xtahu, SRK tu skolah yg dinaiktaraf oleh JPN Pahang dan menempatkan students 5A, 4A UPSR yg xdpt tempat kt SBP, MRSM and all~ huhu

lpas tu aku usyar la pulak kt youtube, ada video published by BTPN Pahang, sekitar pengumuman keputusan PMR. bangge sikit bila Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan puji skolah sbb meningkat tahun ni. :) *sukesukesuke

tengok sini minit 12:50 <-----

and kalo ikot ranking SRK, skolah aku no.4 kot dalam Pahang. kalo TAK SILAP aku la...

1. SMK Abdul Rahman Talib (SMART) 1.10
2. SMK Sultan Abu Bakar (SABS) 1.16
3. SMK Sultanah Hajjah Kalsom (SHAKE) 1. 22

aku tumpang bangge la sebab SMART kalahkan kesemua SBP yg ade kat Pahang ni. dpd 198 calon SMART, 126 org dpt straight A's.

kat sini aku nak share jugak ranking SBP dan MRSM :)

SBP

1. SMS Hulu Selangor 1.022
2. Malay College Kuala Kangsar 1.0237
3. SMS Sultan Mahmud 1.0265
4. Kolej Tunku Kursiah 1.0278
5. SMS Raja Tun Azlan Shah 1.0302
6. SMS Kota Tinggi 1.0309
7. SBPI Gombak 1.0375
8. Sekolah Tun Fatimah 1.0377

MRSM

1. Pasir Salak 1.0405
2. Alor Gajah 1.0427
3. Gemencheh 1.0484
4. Baling 1.0497
5. Transkrian 1.0583
6. Kuala Kubu Bharu 1.0618
7. Tun Abdul Razak 1.0631
8. PDRM Kulim 1.0651

tapi, just now aku bukak website Maahad Tahfiz Negeri Pahang. GPS diorg diumumkan 1.01. means that GPS diorg lagi baik compare to the best school for PMR which is Semashur, 1.02. tp yela. maahad tu bukan skolah bwh seliaan JPN kan... xmasuk ranking la. huhu~

sama la nasib nye dengan Maahad Muhammadi Lilbanat, Kota Bharu, Kelantan. calon diorg 163 org dapat 9A, 8A - 62 orang, 7A - 50 orang, 6A - 36 orang... gempak kan? tapi xdapat liputan media pon hanya sebab skolah ni di bawah Yayasan Islam Kelantan, bukan JPN. so, x heboh2 la sgt. xpela, baik mcm ni,,, aku terbaca tweet kawan aku. "kalo budak2 maahad kena temuramah nanti kena make-up2 pakai gincu la pulak. kluar tv" haha *gurau*

ok la. papepon tahniah dan syabas kepada adik2 sekalian. semoga teruskan kejayaan utk SPM! :)

wassalam.

#notakaki# skolah aku ialah SMK SERI BERA! :D sy syg skolah sy~

Sunday, December 16, 2012

Kata Imam Ghazali

dalam ayyuhal walad dalam nasihat ke-6 (muka surat 26);

                      hiduplah engkau sesuka hatimu, kerana engkau pasti akan mati. dan cintailah
                      apa saja yang engkau kehendaki, kerana engkau akan pasti berpisah dengannya
                      dan buatlah apa yang engkau kehendaki kerana engkau akan dibalas mengikut
                      amal perbuatanmu...

~ ptg tadi kawan send mesej ni. sama2 lah hayati dan amalkan ye. hehe. aku nak bg brief explanation pon xreti jugak. aku bukan ahli dan aku xpakar bab2 ni. paham2 gitu jela. sekadar berkongsi. =) kalo nak eksplanasi yang lebih jelas dan detail, tanyalah mereka yang pakar. hehe. sekian wassalamu'alaikum.

#notakaki#cuti tinggal lagi 15 hari. xsabar nak balik KT. tapi risau ni tunggu result. risau. risau. risau.

Sunday, November 18, 2012

#10ThingsIHateAboutMyself ?

assalam selamat hari ahad.
hujung minggu.

hari ni entri aku pasal ni...


to those yang main twitter, mesti korang tau kan.
maknanya, mende yang aku highlight tu adlh top trending.
actually topic trending ni kdg2 berkali2 naik.
tp, tetibe td aku dpt idea. nk buat versi entri blog.
hihi...

ok, let's begin !

10 Things I Hate About Myself.

1. takut lipas

aku xtau kenapa, aku geli sesangat kat 
makhluk Allah bernama lipas ni. lipas xdela 
sengat ke, gigit ke ape... tp aku geli jugak.
skali dia terbang, xcukup tanah aku lari.
aku prnah tbayang kalo dah kawin ade anak 
nanti, tgk lipas, aku yang lari dulu. errrr...
adoi~

2. xboleh kena habuk

aku ni sgt sensitip keppada habuk.
ok. hobi aku, eh bukan hobi lar...
kalo mcm nak raya or ade org nk dtg rumah,
aku lah yg besenye kena kemas rumah.
dulu2, bahagia je aku buat semua tu. lalala...
sampai 1 ketika tu, aku xboleh dah. kena sikit, 
bersin. bersin dan bersin.
arghhhh...

3. can't stop eating

kejadian ni selalu berlaku kat aku bila aku berada di rumah.
tgah cuti la maknanya since aku skrg blaja jauh kan. *trganu jauh lerr tuu
aku akan makan...makan dan makan... even aku kenyang pon, aku rasa
nak mengunyah something, huh. kritikal sungguh mslh aku!
sampai 1 tahap tu masa tunggu result SPM, berat aku naik dari 62kg
...
..
. kepada 74 kg !
tp turun balik mase aku gi matrik. hehe
*first n second day kt matrik xmkn nasi, bz sgt. =P

4. aku memiliki paha farah fauzana

hahaha~~ *malu sbenarnye
masalah ni aku discover since aku sekolah rendah agi.
aku susah nak cari seluar skolah *yg biru gelap tuh.
time aku darjah 6, abah aku ckp kt cina kedai tu,
dia pon pkenalkan seluar skolah tanpa getah kat aku.
hahaha~ dia kata ok sikit utk org cm aku.
and until now, mslh aku bila nk cari sluar adlh
ketidakmuatan di bahagian paha. huhhhh...
*dan juga 'epal'

5. org xdgar suara aku!

ni mungkin faktor suara aku yg perlahan.
especially bila presentation, aku rasa aku dah menjerit dah.
tp org xdgar rupanya...suh aku ckp kuat lagi.
peti suara aku ni mcm dh kluarkan sekuat yg boleh dh.
hmmm,,,ntahla. dgn rumet aku pon gtu. kalo aku ckp,
byk kali dia tny, haa? haa? haa? ape?
tp tu samada aku ckp slow, or kau xkorek tinge. hahah!
*nk suara kuat, tp xnk nyaring plsss...hihi

6. aku xreti nk meramahkan diri

ya. itu aku. pendiam dan agak canggung dlm
sesetengah suasana. aku xmemiliki keupayaan
utk memulakan konversasi dan tidak reti nak 
entertain org, terutama org yg aku xbiasa,
aku rasa ni semua sebab aku terlalu berhati2 kot.
aku slalu tpikir bila nk tgur org, 

"eh, kalo aku tnye gini dia terasa x?"
"kalo aku ckp pasal tu dia ok x?"
"dia marah x?"

yea, kita xbiasa kan, xknal org tu.
sbb tu laaa...tp ak tgk org lain bahagia jerr...
huhuhuuuu..

7. aku x reti bersukan

haha xreti nk ckp yg ni sbb 
aku dah redha dah aku ni kaki bangku
dan semua lah kaki2 ni. haha
kaki botol n kaki perempuan bukan eyh..
ak mmg xprnah involve dlm ape2 sukan pon
skola rendah prnah la skali, main lontar peluru.
skola menengah duk wt lemak je.
tp kurus ok time skola menengah. haha~ 
byk berjalan + xmkn kot
*slalu berangan aku ni terer main futsal hahah!
*muzik latar lagu angan tak sudah*

8. jerawat sangat subur kat muka aku

aku xtau la ni faktor makanan ke hormon.
ke keturunan. ade eh? haha
sebab abg2 n akak aku dulu sume bjrawat byk.
aku ni cm agk lambat la.. start 16-17 baru byak.
skrg tgah tahap maksimum! huhuh~
bminyak pulak tu muka.
yg aku bengang nye, jerawat aku jenis bermusim
 dan skali naik, seketul besaq punya ba' hangg...
lagi2 kat dahi. adesss~ ataih hidung, dushhh!
tu kalau seketui, kalau byk, nala punya sakit.
*mati lagi sakit
~insaf... (-.-)

9. berat aku senang naik.

actually ni ade kaitan ngn no.3 dan ni kesannya.
bila dah jadi gini, aku akn hadapi masalah bila start sesi pskolahan
atau start new sem. sluar xmuat... hahahaahadoiii...
so, cuti kali ni aku cuba nk kurangkan peningkatan ukurlilit pinggang. 
hehe semoga menjadi. aaamiinn...

10. aku x hensem

ermmm...

hurrrrmmm.....

hmmm...ya. that's it.
HAHA~ gurau je. xde idea da yg ke10 ni. =P
tp mmg xhensem pon. hoh~
koya hensem lettew syaher ni,,,

KESIMPULANnya, kita xboleh benci kat diri sendiri.
kita makhluk ciptaan ALLAH. setiap kejadianNya tu 
berhikmah. dan sebenarnya ni semua adalah luahan hati aku
tentang perkara yang aku kurg selesa dgnnya dan harap aku dpt atasinya

till then. wassalam... =)

#notakaki#sebenarnye ade je lagi 1, haha kulit aku sensitif jugak. kurang Vita C kot. huhu

Wednesday, November 14, 2012

kesilapan. lupa ke simpan?

assalamu'alaikum warahmatullah...

this gonnna be a quite formal entry
get rid of it if you feel bored...tq

berkumandang nye azan maghrib tadi 
bererti ummat Islam seluruh Malaysia
memulakan tahun baru hijrah 1434 Hijrah.
(negara lain ikot waktu maghrib sendiri laa..)

ckp pasal hijrah.
kita xkn lari dari fikir pasal...

                                                      perpindahan...
                                                                                                  buku lama..
                                                     buku baru...
                                                                          buruk kpd baik...
                               azam baru...                                                              
                                                                                       bla bla bla...

kan?

tadi aku terbaca status facebook kawan aku.
mcm biaselah, still ckp pasal sume tu.
 TAPI, 

aku tertarik dgn ayat dia...

belajarlah daripada kesilapan dan cuba 'liquid' semua error yang ada....

ye. aku setuju part belajar dari kesilapan tu.
tapi liquid semua error tu bagi aku no need kot.

somehow in a way, kesilapan yg kita buat tu
kita perlu ingat supaya kita xkan lakukan
kesilapan yg sama or yg lebih teruk 
daripada tu. 

sbg contoh dlm pelajaran, 
kalau kita liquid kesalahan kita
dalam karangan, kita x akan nampak 
kesilapan kita tu dah.

dan...
in future,
kita x akan ada satu garis sempadan
untuk membezakan sama ada perkara
yang kita akan buat tu betul or salah.

tambah2 pulak kita ni
MANUSIA.

ye, manusia. 
sentiasa lupa dan tak lepas
drpd melakukan kesilapan.
everybody knows that. kan?

so, once kita biarkan kesilapan kita tu,
means kita xhapuskan terus dari ingatan
or pandangan kita,
itu mungkin akan menjadi sort of references
utk kita agar sesuatu perkara tu
TAK harus berlaku lagi, 
or, harus diperbaiki lagi.

references ni x semestinya
semua yang baik. yang x baik
pon boleh jadi rujukan!

bak kata org, 

yang baik jadi teladan yang buruk jadi sempadan

but then, x lah semua kesilapan kita kena ingat.
kalau sesuatu perkara tu boleh memudaratkan diri,
x payah lah ingat.

itu pendapat aku jela.. masing2 ade pendapat sendiri kan? =)

that is all!
so, di kesempatan ini,
aku pon nak ucap Selamat Tahun Baru 1434 Hijrah
kpd semua Ummat Islam seluruh dunia.
may this year brings us happiness
and most importantly,
brings us
much much much
closer to HIM,
our CREATOR. 

credit to I LUV ISLAM.com

with that, i end my entry with
wassalamu'alaikum warahmatullah.

#notakaki#tadi tgk skyfall, best! lagu adele tu pon best!!! hihi~



Thursday, October 25, 2012

prank hara lahar saya! ='D

assalam uols..
hari ni iol nak story sikit pasal 
23 Oktober hari tu... 
which was my birthday...
hihi~

hari itu (kelmarin) berlangsung spt biasa.
menjelang 12 malan tu TL fb dan twitter
mula dipenuhi dgn ucapan2 birthday.
biasa la tu kan...
tiap2 tahun pon sama.

but then, malam tu..

jeng jeng jeng...
HAHA

aku, pachi, abid, aiman dan amani pergi
dinner as usual kat gerai depan kampus.
known as kedai tempayan.
sebab main menu dia roti tempayan
yg mmg superbb!
*promote jap

so, mcm biasa la...
borak2...main game smbil tunggu order..
aku pinjam fon amani.
fon dia besar gdabak. bes main game.
tiba2 ada mesej dan pachi tros rampas fon aku.

sentap kejap!

apsal mamat ni. annoying giler...
tp aku xde la marah2. ambik jela balik kan.
sambung main game... =) lalala

lpas makan, pachi cakap nak gi study.
at first, aku mmg malas gler nak ikot sbb
aku nak ajak rumet aku tgk movie SAM.
yg adik samsul yusof direct tu...

lpas tu, dalam pukul10, aiman ajak aku turun.
aku pon, dlm berat2 hati tu turun la jugak...
bertemankan buku Learning n The Learners.
dan highlight dan pen hitam.

gi Bilik Kuliah. tmpat biasa lepak2 kalo study ramai2.
xlama pas tu, pachi pon dtg bwk kropok.
makan2 sambi tunggu amani. pachi pon cakap dia nk o'ok jap.
sakit perut. 

aku percaya jela. 
amani pon sampai. tgh borak2 sambil tunggu pachi,
sumthg trjatuh dari buku amani.
aku nampak "Happy Birthday Syaher Rehays"
aku sempat ckp "amani, jatuh tu"

tp dia xdgar, so aku biar jela. haha
aku x expect pape, mungkin dia dah puahsang sgt
sampai buat kad bday utk aku.

TIBA TIBA...

pachi masuk sambil nyanyi,,,

slamat hara lahar...
slamat hara lahar...
slamat hara lahar syahar...
slamat hara lahar...

sambil bawak kek. 
aku tros ketawa! terharu giler...
HAHA *klise.

curik kat instagram je. =P
sampai kat kek pon tulis "SYAHAR" gila la.... haha =D

pas tu baru tau rupanya wawe dan alia gi beli.
patutla janji kul 10 baru nak study. -..-''

sempat la pipi aku makan krim sebelum wawe balik.
*gambar kat fon amani xsempat blutut.hihi

bbrapa minit pas tu, miss salma dtg join.
lepak2 borak makan kek, acu (classmate) call aku kata dia
terkurung kat bilik sebelah.
aku pon gi la tlg bukak.
nasib baik tu xtermasuk dlm prank.
kalo x, prank berganda la aku. hoho!

elok je aku bukak pintu, ada call.
*unknown number.*
aku pon angkat.

aku    : hello...
caller  : hello, ni syahir ke..?
aku    : aah ye. sape ni?
caller  : awak kat mane? 
aku    : terengganu. 
caller  : kat IPG la.?
aku   : aah. kenapa?
caller : awak kenal amar rusydi?
aku   : kenal. kenapa dgn dia?
caller : awak rumet dia kan? awak boleh dtg kat Balai Polis Batu Rakit x? kat roundabout tu,,, kwn awak eksiden. dia suruh awak dtg.
aku   : *gelabah* hah? err...mcm mana sy nk dtg? *senyap*

(aku pon gi balik bilik ktorg lepak tu sbb nak bagitau miss. kebetulan dah tutor ada situ kan...

caller : eh, syahir..awak nk dtg ke x ni? nanti sy amik dgn kereta polis.

(time tu aku dah dpt tgkap suara tu.. suara tapang!!! senior BM sem6. dia rapat ngn rumet aku sbb diorg teammates panda rugby)

aku    : weh, tapang eyh..? jahat giler ko! wtnye rumet aku eksiden btol2 kang. wuwuuu...
caller : HAHA,,,ok la. selamat hari jadi...
aku    : thanks! *letak fon*

begitu lah cerita di malam 23 Oktober
di mana aku di prank 2 kali
for the first time in my life.
seriously aku x sangka langsung!

actually, aku pernah jugak terfikir,
kalau org nak prank aku mesti aku boleh tau..
lagi2 kalo hari tu befday aku and tetibe
mende2 pelik jadi kan...
huhu~~ ternyata aku silap.
T_T

dalam pada tu jugak, aku sentap kejap. 
rumet x wish befday pon.
='(

pastu esoknye, time dia hantar aku gi bustand, 
dia wish jugak... dia ckp saje wish lambat... huhu
nk tgk reaksi aku.
saje je mamat ni. cari pasal ngan aku. ='D



#notakaki#TENKIU sooo muchh semua ye...yg wish thru fb, text msg, twitter, and semua yg dah put efforts utk prank2 semua ni. =') serius terharu dan xsangka korang sanggup buat semua ni. =') =") ="')

Friday, October 19, 2012

All the best for exam !

assalam.
this one gonna be just a short entry.
just wanna share a photo during my campus' 
Malam Munajat Perdana & Malam Kesenian Islam (MKI)

tadaaa...!


cam teruja tgk gambar solat ramai2 gini,
nampak bersatu-padu je. =)

- solat maghrib
- ceramah Ust Mizan Mohamad Nor
- Solat isyak , hajat
- MKI

ALL THE BEST TO ALL KDRI'ANS!

Tuesday, October 16, 2012

HB Mate !

assalam. hai people.

12 Oktober.

my roomate's birthday.

his name is Amar. 

Amar Rusydi.

dia ni jenis charming jgk la kot. pandai amik hati org tua, muda,
dan prempuan la trutamanya.. HAHA (siyes ni...)

muka dia pon dah ada ala2 adam mukhriz  cter adam dan hawa tu..
kah33...(haha ni aku tipu...)

aku dan dia berbeza. xsama perangai, minat.
but hari tu, 1 day before his birthday, aku buat kezutan
yg xbrape nk trkezut sgt pon actually..
xtau dia suka ke x. wt bbijok je kat org ganung..

i bought him a cake.



actually, his fav is choc cake.
tp kat ziq bakery ade yg ni je.
basic choc la, so aku beli.
(kalo aku tau baik aku bli kat giant. full choc, cheaper!)

khamis mlm dia akn balik rumah.
tp dia ada usrah mlm tu so, dia balik rumah lambat.
aku pon ckp kt dia tunggu jap.
mkn kek aku beli ni.
lama aku mngidam. (alasan tah pape) =P

pas habis usrah dia ckp mkn la dulu, 
aku ckp mana boleh, sama2 la...
dia pon naik bilik. 

lalu mat (jiran) dan mut (jiran jauh sikit @ classmate)
nyanyi lagu HB utk dia...

dia pon ckp, 

"arghhh!! mana aci mcm ni..."

dia kata ni festime dia dpt kek bday, potong kek sendiri.
HAHA mcm2 la...



smoga persahabatan aku dan Amar berkekalan sampai bila2. 
dan ukhuwwah antara kami xkan terputus. slamat panjang
umur dan murah rezeki. smoga ALLAH permudahkan urusan ko.
dunia akhirat. aminnn... :')

.:aku sayang rumet aku ketat-ketat:.

sayang tu xsalah. kat sape2 pon kita bole sayang. =)

selamat ulangtahun kelahiran ke-20 Amar...

#notakaki#harap ko xlupa aku nanti tau bila dh trpisah... ko lah rumet terbaek seantero dunia wpun annoying kekdg. ahahaa,,,, :'D

common sense

assalam.
tetibe tergerk hati nak post entri ni.
aku nak buat stat kat fb sebenarnya,
tapi mcm too public pulak. 
kat blog ok kot since followers xle ramai sgt. 

as long as apa yg trbuku ni terluah.
dan hari2, minggu2, bulan2 mendatang, 
aku boleh baca balik entri ni.
hihi,,,

c o m m o n s e n s e . . .

secara general nye maksud dia adlh...

benda yg xpayah org bgitau or pesan or ingatkn yg ko 
memang dah paham2 sendirik dan akan buat...

aku start kenal word ni time masu IPG ni rsenye.
miss amrien yg prkenalkan.
as for me, common sense ni penting sgt.

dan aku rasa aku ni jenis org yg AGAK ada la common sense ni.
but now, what i wanna tell u guys is,
betapa fed-up nye hidup dgn org yg xde common sense ni.

lagi pulak, org malang yg xde common sense tu kwn rapat or 
someone yg very close ngn uol.
(actually aku yg ngadap dia lagi malang. heh)

jadinye, bila brlaku je prkara2 mcm tu, 
aku slalu trpikir, patut x aku ckp balik kebaikan atau 
pertolongan yg aku dh bagi kat dia. 

BUKAN niat nak mnunjuk2, mintak balasan or ape...
JAUH SEKALI nak ungkit dgn niat mnyindir...
TAPI sekadar nk ingat kan dia.
SUPAYA dia 'ON' kan suis common sense dia tu.

bukan utk aku je, utk org lain sama.
kekdg, org jenis mcm ni kan 
mcm xde prasaan lgsung.
(dh nama pon xde common sense)

mungkin secara husnudzon nye dia xsedar or xperasan.
tp bila kita dh mintak tlg buat kan mende yg hari2 kita buat
utk kebaikan kita dan dia tu pon 
dia xnk tlg.... heh~ xthu la nk ckp.

so, aku bharap la manusia2 ni akan memiliki 
rasa common sense itu suatu hari nanti. 
inshaa ALLAH... =')
till then. wassalam.

#notakaki#Islam dan iman tu lagi penting. kalo xde huru-hara tunggang langgang hidup. xde pedoman. common sense tu seciput je nilai dia, yet it's still something that is important to develop...

Saturday, September 22, 2012

J-LOG?

assalam. morning people!

setelah berhempas pulas selama beberapa jam men'dekorasi'kan jurnal baru,
akhirnya ia selesai juga kira-kira jam 6 ptg semalam.

malas nak taip dah, biar gambar yang bercerita...

check this out!

ready to decorate !
siap buat kira2 math ag nak kasik sama~ huhu
picas yg aku letak kat dalam j-log aku~

oh. lupa. aku bagi nama jurnal aku ni, j-log. bole panggil jlog je kot. agak hodos jugak la bunyi nye.
tapi, LIKE I CARE. buku aku kan. 

eheheh...bukan apa, kan ada blog, kalo video org panggil v-log. so xboleh ke jurnal jadi j-log? hah.

dan....taraaa!!! ini hasilnya. luar jela.
dalam rahsia. hewhew~
dah buat bersusah payah ni harap2 xterbiar bersawang tanpa sebarang entri la hendaknya.
till now. wassalam~ 

#notakaki#xpuas hati sebenarnya. main gam2, jadi kotor jurnal aku. huhuh~ aku fail betul dealing ngn gam ni. (_ _")

Friday, September 21, 2012

new journal ! weehoooo!

assalamualaikum, holo people!

last week, after tesl raya kat telttrac, my beloved tutor buat short meeting.
sebab beliau nak ke Cherating, ada course or seminar... something like that.

and during the meeting (aku xdtg pon, miscommunication) beliau bagi journal baru!
and according to kwn2 aku (yg pegi meeting tu...), miss nak kitorang sort of decorate la,
and bagi theme and name utk journal kitorang.

aku pon pikir.....

pikir....

lagi pikir....

aku pon decide nak buat ala2 screen laptop la.
aku pon xreti nak explain.
huhu...

and this entry aku akan print n paste kat front page journal aku tu.. hewhew
nanti dah siap aku akan post gambar yea~~

wassalam~~

#notakaki#aku xla skretip mana, sekadar mencuba. hihi~wish me luck!

Friday, August 31, 2012

my Happy Ending SBE~

assalamu'alaikum warahmatullah...

second SBE aku berakhir dengan jayanya semalam. hehe bagi aku berjaya la.
at least lebih berjaya berbanding first SBE hari tu. huhu~

semalam sempat la bergambar ramai2. dengan GB sekali !

ok, jom tengok !

Guru Pelatih KDRI =)

mesaje-saje pose kat office lepas jumpa GB~

bersama PRA-sekolah.

dari kiri: Aiman, Judin, Aqish, Afiq, cikgu Mat Amran (Guru Cemerlang),
cikgu Hakim, Qi Fazril, Saif, Syaher dan Aiman.

Bersama GB, Encik Zaidi.

dah nama pon sambutan hari raya, haruslah ada persembahan khas~hoho

lepas sambutan hari raya semalam. dah nak balik sebenarnya. tetiba cikgu Mat Amran tu dtg dari bawah naik tingkat 3 nak jemput kitorang semua gi makan jamuan cikgu-cikgi. oh, malu nye wehh... cikgu tu sponsor sebab dia dpt anugerah guru cemerlang. nak lari xboleh sebab kitorang park kereta dekat je dengan bilik jamuan tu. so, terpaksa la jugak. wuwuu.. xpela. makan je pon. huhu~ 

lastly, TERIMA KASIH sangat sangat sangat kat semua cikgu yang tolong kitorang sepanjang seminggu kitorang ber-SBE kat SEKOTA ni~ jasa cikgu cikgi akan kami kenang sampai bila-bila.

#notakaki#cikgu-cikgi tu cikgu2 sebenarnya. saje guna. walaupon salah. haha~ sedap bunyi dia. =P

Wednesday, August 29, 2012

my second SBE~

Assalamu'alaikum warahmatullah...

pada petang yang terik ni, tetiba aku rasa nak share sikit pasal SBE aku untuk sem ni.
before that, aku explain la sikit pasal SBE ni especially for those yg bukan dlm sistem IPG. hihi

SBE - School Based Experience. kami cikgu-cikgi pelatih akan mnjalani program ni seminggu kat skolah. (skolah pilihan sendiri...weee!!) setiap sem selama 4 sem berturut2.

Sem lepas amatlah teruk dan...haiihhh...xtau nak cakap. (_ _")

aku pernah story dah hari tu pasal 1st SBE aku.

sila rujuk  >>sini<< dan >>sini<<

kali ni (setakat hari ke-4), aku sangat enjoy la. seronok sangat! hehe for u guys information, aku buat kat SK. Kota, Jalan Salor, Kota Bharu, Kelantan. aku stay rumah kawan aku, Qi Fazril. =) and buat SBE skali dengan beliau dan seorang lagi kawan, Aiman Azizan yg tinggal berhampiran. hihi~

selain daripada kitorang ber-3, ade lagi 5 orang dari kampus lain. Aqish dari IPG Kota Bharu amik PSV, Saif dari IPG Raja Melewar, N9 (Pend. Islam), lagi 3 orang Judin, Aiman dan Afiq dari IPG Perlis, TESL jugak.

assignment kitorang agak simple la jugak. observe cikgu English mengajar and kaitkan dengan Learning Theories. lebih kurang mcm tu la... tapi... part yg paling mengujakan aku ialah kerjasama daripada cikgu-cikgi skolah ni.

most of them especially English teachers sangat2 membantu. ajak kitorang masuk kelas sekali. ada cikgu sorang tu, mcm2 dia explain tentang mcm mana nak ajar budak2, even kitorang xterlintas pon nak tanya sebab sebenarnya nak focus on task je...

kawan aku si Qi Fazril tu siap kena puji lagi dengan cikgu English darjah 2 time dia buat aktiviti dengan budak2. cikgu tu tengok. pastu cikgu tu cakap, "awak ni kalau praktikum la, mesti pensyarah awak bagi cemerlang!" teruja kitorang dengar. HAHA cikgu tu siap mintak lagi lesson plan yang kawan aku buat tu~ hihi :)



xcukup dengan tu, GB and PK Hem dia sangat sempoi dan baik hati. HAHA 1st day kat situ, GB belanja kitorang breakfast pastu PK Hem bwk keliling skolah tunjuk sekitar sekolah.

esok, last day lah kat SK. Kota. ade majlis Hari Raya. baju melayu la aku esok. haha~ aku sgt2 berterima kasih la kat semua cikgu yang banyak tolong aku dan kawan2 sepanjang kitorang SBE kt skolah tu. syukur sangat sebab cikgu semua baik. =) so, hopefully aku aku dpt settlekan assignment aku sebaiknya nanti. hihi~



ok. till then. wassalam.~


Saturday, July 7, 2012

tak suka la mcm ni,,, huhhhh

Assalamu'alaikum wbt..
salam 1 dunia.

malam tadi , something yang aku sangat - sangat tak sangka dah berlaku. 

aku jadi serba salah walaupun sebenarnya aku rasa aku berada pada pihak yang benar. perkataan aku dah disalah - ertikan oleh kawan baik aku sendiri dan dia sentap dengan apa yang aku tulis. teros kena cop, 'unsupportive friend'. ya, aku mengaku aku tak bagi dorongan kat dia pon selama ni. tp apa yg aku tak boleh terima ialah bila dia salah tafsir ayat aku. boleh imagine x bila kita ckp lain, tp dia faham lain dan dia marah? 

dalam hati ni sebenarnya geram sangat bila kena sindir secara membabi - buta. aku ni jenis yang cepat marah. tp cepat cool down la. so, bila dia balas indirect tu (tweet) aku rasa geram. byk kot. aku crop sume. siap status lagi. huhhh... (_ _") tp aku still cuba fikir positif.

          1) mungkin dia dah penat buat semua tu , so dia cepat terasa.
          2) dia xfaham perkataan yang aku guna....atau
          3) memang sengaja nak cari pasal...maybe.

maka, aku terus minta maaf kat dia. aku DM kat twitter and aku text dia. yela, even aku rasa aku xsalah , aku still kena terangkan maksud aku kan...it is sort of nak membersihkan nama aku la. and nak tunjukkan yang aku ni tak la SEKEJAM tu . walaupun sebenarnya aku ade rasa ego utk tunggu dia minta maaf. 

tapi xpela. ego ? just let it go... tak rugi pon.

thanks kat kawan2 aku yang faham situasi malam tadi... yg komen status tu. ada betulnya. sebenarnya aku nak post macam2 lagi lepas tu. tapi malas la. nanti makin teruk lak keadaan. huhu~ mungkin ramai kot xtahu yang aku ni jenis berdendam jugak . hehe. tp xde la sampai bunuh membunuh~ :P

papepon, dia dah minta maaf balik kat aku. ok la tu. :-)

tapi bila nak start semua balik semula , aku akan rasa janggal. aku mmg mcm ni. bila kena marah , org cakap pape kt aku , aku akan rasa canggung nak berkelakuan normal. -__-"

mcm baru ni. ade kawan aku touching ngan aku. bila dah baik , aku jadi tak selesa nak kawan sebab dia pernah marah aku. :'( aku nak cakap ngan dia pon takut dan nampak janggal.

lagi sorang tu, aku xpernah cakap langsung dengan dia. sebab dia usik aku masa sem1. bergurau je kot. tapi memang sakit hati. aku nak tegur dia aku jadi tak selesa. tapi apsal dia tak tegur aku dulu kan? rasa bersalah kot tai ego. mungkin. padahal kawan2 dia yang lain semua elok je bertegur sapa. ex-classmates kan.. hmmm...

perangai aku mmg macam ni. aku risau perkara yang sama jugak berlaku kat kawan aku ni. mungkin lain sikit sebab aku rapat ngan dia. harap2 tak berlaku la... insyaAllah...

kalo xboleh. tak pe la. aku diam je. sekian . wassalam . 

#notakaki#sorry.entri ni agak membosankan.





Monday, May 28, 2012

my old days

assalamu'alaikum
salam satu dunia.

entri ni aku nak cerita sikit sal 
zaman budak-budak.

pasal m.e.n.g.a.j.i .
yeah. mengaji.

mesti semua orang ada pengalaman
masing-masing bila cerita sal mengaji ni kan?
aku pon mcm tu walaupun aku lain sikit.
xdela mcm cerita klise dalam tv tu...

mlm2, bwk iqra/muqaddam/Al-quran
and lampu suluh gi mengaji rumah tok guru...

aku xlalui semua tu.

aku mengaji kat rumah je.
mak and abah yang ajar.
so, pengalaman tu lain sikit.
masa tu, mak and abah tolong ajar anak-anak cikgu
kat kuarters aku duduk tu jugak.
so, ramai la geng2 mengaji kat rumah aku. hihi

aku ade 1 perangai.
aku xsuka kena tegur bila aku mengaji.
HAHA bajet kan? *bajet qari je. -.-''

konon-kononnye la...

baca dala salah. tajwid berterabur.
time tu, aku dalam darjah1-3 gitu la..

sampai 1 tahap tu, aku menangis bila mak aku tegur.
ala, macam aku xboleh concentrate la asyik ade org menyampuk je. 
HAHA *bajet lagi

hakikatnye... hehs.

pastu, kena marah. sebak2. and terus stop mengaji.
aku start iqra' time tadika kot. aku xingat aku start bila n iqra' berapa.

tp seingat aku, aku baca muqaddam masa 5 tahun.
masa kat sabah lagi.

erm, ada 1 lagi.
masa darjah 1 kot, aku habis iqra' 6.
pastu mak aku cakap, 

minggu depan gi temerloh, kita beli Quran baru untuk adik...

aku dgar "al-Quran", aku takut.
sebab al-Quran tebal, besar...
pastu aku ckp kt mak aku, 

mak, nak ulang balik iqra' 4. takut la...

ok fine. kau nak sangat kan? jangan menyesal. kita putus.

mak aku cakap ok je. heeee...

aku pon ulang balik and start al-Quran time darjah 2.
khatam darjah 4. hihi~
lepas pada tu, ada la lagi rentetan pengkhataman al-Quran aku.
time sekolah menengah. xingat da.

*******************************************

Az-Zakirin ( Orang yang ingat)
Mereka yang membaca sekitar 10-49 ayat.

Kata Abi Said Al-Khadari:
Siapa yang membaca pada suatu malam 10 ayat al-Quran
adalah dituliskan daripada golongan yang ingat.

wallahua'lam... ^_^

#notakaki#baca lebih sikit bley?? boleyhhh!!! lagi banyak lagi bagoss!!!

Sunday, May 27, 2012

late entry

assalamu'alaikum y'all!
SELAMAT HARI CIKGU!

kepada mak and abah. and semua cikgu-cikgi

- Taski ABIM Al-Khairiah, Keningau. (1997)
- TBK Felda Mayam, Bera. (1998)
- SK Felda Mayam, Bera. (1999-2004)
- SMK Seri Bera, Bera. (2005-2009)
- Domino Tuition Centre. (2002-2004)
- Johore Matriculation Collge. (2010)
- IPG Kampus Dato' Razali Ismail. (2010-present)
- Pak Hamid, guru Sekolah Memandu Express Track, Bera. (2010) 
hahaha...

OK, sebenarnye aku nk post pasal ni...

aku dah terjumpa link ni lama dah.
pasal gelagat cikgu2 seluruh dunia. kelakar.
TAPI, 
nak post time hari guru kononnya,,,

sekali,
terlupa time 16 Mei hari tu.
yela, busy study.. (haha..busy sgt!)
lagipun aku ade paper hari guru hari tu.

tadi, aku tgk2 balik list aku bookmark tu.
ternampak la link yg aku save ni.
hihi...

aku nak post jugak!
walaupun dah terlambat 11 hari.
haha ade aku kesah???

jom layan...

>>sini<<

.:selamat hari cikgu..cikgu-cikgi sekalian:.
peace~

wassalamu'alaikum.  〷◠‿◠〷

Saturday, May 26, 2012

janjiku...valid lagi?

assalamu'alaikum...
salam satu dunia...

ok, kali ni aku nk cerita sal janji aku.

actually, aku dah lupa, but once org sebut 
pasal perkara tu, TING! aku akan ingat balik.

perkara tu pasal 'tarian'.
masa sekolah dulu, aku pernah join kelab tarian.
masa tu form2. time tu mcm xde keje sgt kan,
aku n kengkawan pon join la ramai2.
lelaki la..yg perempuan budak2 kelas hamka n za'ba je 
(bukan kelas arab)

ktorang pon brlatih cm biasa...
time tu kelab tu jadi tumpuan jugak la 
since tu kelab tarian first yg wujud
kt sekolah aku.

then, kitorang join competition kat raub, temerloh for ASAT
and perform untuk malam ambang merdeka under
kelab kebudayaan daerah bera.
mmg best time tu.
mcm artis budaya dah! HAHA



aku enjoy menari and aku rasa xsalah sebab:

1) jurulatih sedar hukum sentuh2 laki perempuan
(xsuruh kitorang pegang2)
2) jurulatih tu TAK lembut.

but then...

jeng jeng jeng...

ade la lepas satu exam tu, 
markah Bahasa Arab Komunikasi aku turun sikit.
ustazah aku pon mcm marah aku la.

aku ingat lagi ayat dia, 

"awak xtau apa awak dapat menari bcampur laki
perempuan tu..."

aku faham maksud dia,,,
mungkin sebab dia marah sgt...
mungkin dia rasa aku abaikan pelajaran aku kot.
menariiiii.....xhabis2.
gi jamban menari, gi dewan makan menari,
gi sini..gi situ..huhu~~

aku sentap time tu! sambil mulut terkumat-kamit 
marah kt dia. aku ingat lagi. HAHA
kwn aku pujuk time tu..hihi~

tp aku still menari lepas2 pada tu...
then time form3, lepas dpt result PMR, aku text dia.
(dia dh pindah)
aku bgtau la result aku..
dia ckp thniah n dia ckp sal menari tu.
and aku janji dgn dia yg aku xkan abai pelajaran. 
aku xkan menari

but, a few days ago, kwn aku offer aku join tarian.
sebab nk penuhkan impian seorang jurulatih tarian tu. nk pindah.
so, am i gonna join it???
or... perlukah aku pegang lagi janji tu?
valid lagi ke janji tu?
relevan ke dgn situasi skrg?
hmmm...


#notakaki#pilihan di tangan aku. heh.