orang baik hati

Saturday, December 29, 2012

adik

assalamu'alaikum... :)
for those yg rapat dengan aku, mesti korang tahu aku anak bongsu kan? kepada yg tak tahu, ni aku nak bagitau. tapi mungkin lagi ramai yg tak tahu aku hampir-hampir ada adik dulu. back to 1999. masa aku darjah 1.

selepas 7 tahun kelahiran aku, mak pregnant lagi. semua excited. aku apatah lagi. nak adik sangat2 masa tu. sampai la 29 Disember 1999. aku dapat tau mak dah bersalin. masa tu puasa, aku, adik-beradik lain dan abah semua duduk kat rumah mak ngah. yela, nak uruskan kitorang yang kecik-kecik ni. mak dah terlantar kat hosp. huhu~ bulan puasa lak tu. duduk rumah mak ngah meriah sikit. :)

so, ptg tu ayah ngah dan mak ngah pergi la hosp nak amik baby tu bawak balik rumah. aku xsabar-sabar nak jumpa, aku ikut la mak ngah. sekali dgn abg long aku dan sepupu aku. sampai je hosp, mak ngah aku gi amik dan bawak keluar. aku pendek lagi masa tu, so, aku terlompat-lompat la nak tgk baby! then, aku tanya mak ngah, "mak ngah, kenapa tutup adik ngan kain batik? lemas la dia." huhu~ mak ngah xjawab. terus ajak balik.

masa tu bab-bab beranak2 ni masih kat hosp mentakab. hosp temerloh xnampak bayang lagi. lepas tu, hosp mentakab tu sebelah dgn landasan keretapi. sebelum siap flyover yg ada sekarang ni, kena tunggu la kalau train nak lalu. lama la jugak. so, aku tertidur masa tu. sampai rumah, aku xsedar pon. org angkat aku letak atas katil dlm rumah. xsilap aku, aku sedar pukul 12 mlm. org letak baby kat tengah rumah, semua org duduk keliling. aku pelik la. apsal? semua nak tengok adik tidur? kasi la privacy sikit. dia baru lahir. huhu

dalam pukul 2 pagi lebih. semua dah siap-siap. nak ke kubur. aku sibuk nak ikut. nak ikut adik jugak. siap talkin dan nak balik, aku tanya abah. kenapa tinggal adik dalam gelap sorang-sorang. serius, aku xtahu apa-apa betul masa tu. adehhh.. huhu~ masa tu abg aku yang tua setahun tu tau dah adik aku meninggal, dia menangis. dia xnak keluar bilik pon masa tu. masa gi kubur pon dia xikut. huhu~

sahur esoknya tu pon, aku mintak kat abah aku, nak gi tengok adik. huhu. entah la apa perasaan diorg masa tu kan.. adoii~ mesti sedih. ye.  adik dah meninggal. masa 7 bulan dalam kandungan. sebab mak darah tinggi rasanya, so, baby tu cm pressure la kan...

aku ngan abang aku tu mmg paling excited la kiranya. abang aku excited nak adik perempuan sebab dia dah ada, abang sorang, akak, adik lelaki sorang. so, dia nak sangat adik perempuan. aku lak xkisah jantina apa. huhu~ aku siap tulis dah nama aku nak bagi kat baby tu. huhu~ aku tulis kat bekas bedak baby tu. kalo perempuan, aku nak bagi Nurul Huda. kalo lelaki, aku xingat dah. huhu. tapi abah aku nak bagi nama Muhammad 'Atiq. abah memang suka nama yang orang xakan panggil dengan nama singkatan. mcm nama abang-abang aku. Muzri, Khoiri dan aku, Syahir. tapi abang aku lekat jugak Muz. huhu~ :p

tapi since adik aku meninggal sebelum lahir lagi, there's no need to give a name to him. kena daftar kematian je xapa dah. tapi masa buat kubur adik, abah ukir jugak nama kat kubur dia. abah letak Abdul Aziz bin Md Satar. :)

so, begitulah ceritanya... aku hampir-hampir dapat adik. dan kalau adik aku still ada kt dunia ni sekarang dia dah tingkatan 1 la. huhu. rindu adik. dalam sedih-sedih pun, mak abah untung sebab banyak kebaikan anak-anak yang meninggal sebelum aqil baligh ni kepada ibu bapa. :') diorang akan jemput ibu bapa di pintu syurga, diorg akan beri minum ibu bapa ketika di padang mahsyar sedangkan org lain dlm keadaan dahaga yg melampau...mcm-mcm lagi la. :')

ok. tu je. wassalam.

#notakaki# sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada ahli keluarga kita yang telah pergi dahulu sebelum kita. :')

Thursday, December 27, 2012

dia pergi sekelip mata

assalamu'alaikum warahmatullah...

awal petang semalam, abah aku kat ofis lagi, mak anjang aku call kata ayah anjang aku masuk hosp. teruk katanya, masuk ICU, hosp temerloh. abah dan mak terus pergi tengok. aku xpergi semalam sebab rasa macam xsihat. bersin + selsema.

tengah malam pulak, aku belum tidur lagi, mak anjang call abah lagi sekali kata dah teruk sangat. xboleh buat apa-apa dah. berserah je. katanya. pagi tadi abah gi ofis mcm biasa. mak ada meeting hari ni. dah nak bukak sekolah kan. dalam pukul 11, abah call kata ayah anjang dah xada.

cepat-cepat siap dan pergi rumah diorang yang kebetulan kat kampung je. xjauh~

aku xmasuk dalam. tunggu luar je. huhu~ still rasa xberapa sihat lagi. malas nak beramai-ramai. huhu
mak and kak na masuk duduk kat dalam. mak anjang menangis. yela. sedih. kesian betul. dah la anak-anak still sekolah. yang belum sekolah pon ada. :'( besar la tanggungjawab anak mak anjang yang sulung tu pasni. nasib baik lelaki. dan kebetulan lagi sekali rumah diorg sebelah je dengan rumah parents mak anjang. at least keluarga dekat.

kak na cerita, anak kedua mak anjang xsanggup nak tengok muka arwah. duduk kat dapur je, menangis. yang kecik tu pon bengkak2 mata masa nak gi kubur. kesian sgt kt diorang. makin sayu sebab arwah pergi dalam sekelip mata je. masuk hosp sebab sesak nafas dan sehari je. dah pergi.

arwah dulu memang baik. antara adik-beradik abah ramai-ramai tu arwah ni jenis yang senang kira la. mudah nak berurusan, masa abah sakit dulu pon, lepas discharge dari hosp sultanah bahiyah, bawak balik rumah, arwah sekeluarga antara yang terawal datang melawat. tapi yela, org baik ni, kalau kita manusia pon senang hati, sayang dia, Allah lagi lagi lagi lah sayang dia kan.. hmmm..

ayah anjang, berdiri dua dari kanan.
*gambar masa majlis kahwin ayah we, hujung kiri.
ni la skali dpt tgkap gmbr sume adik-beradik, 13 org.

harap mak anjang sekeluarga dapat bersabar. doakan semoga ayah anjang ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. amiinn~

#notakaki# mak anjang org paling sedih kot. baru beberapa bulan lepas ayah dia meninggal. kali ni suami pulak. dugaan.

Tuesday, December 25, 2012

Toilet dan Pepejal

*AMARAN: jangan baca sambil makan. Kanak-kanak bawah 13 tahun sila baca dengan bimbingan ibubapa

assalamu'alaikum warahmatullah... kabare? waras? hihi
hari ni aku nak story pasal tadi. aku and family keluar hantar kawan akak aku ke rumah dia kat Pekan. dalam perjalanan sekembalinya dari sana, singgah la kat sebuah stesen minyak ini. cukup la aku perkenalkan sebagai Shall.

xsemena-mena sambil menunggu abah aku gi bayar kat kaunter untuk isi minyak, ganjil ginjal aku meronta-ronta mintak dikosongkan. hampir-hampir melimpah gara-gara suhu persekitaran yang rendah disamping hujan yang turun renyai-renyai, menambahkan lagi rontaan ginjal aku. huhu~

aku pun terkejar-kejar ke belakang bangunan kedai stesen minyak Shall tersebut. nampak gelap. dalam minda aku, errr,, mesti tandas dia teruk, busuk, air bertakung, najis merata... macam tandas-tandas yang pernah aku jumpa kat stesen minyak Shall lain.

setibanya aku kat belakang, aku teruja sebab ada papan tanda "Cubalah tandas baru yang telah kami ubahsuai ini". wow! transformasi kerajaan nih ! aku pon apa lagi, melulu la nak masuk tandas tu! masa tu ada akak ber'cardigan' yg nampak kesejukan xsabar-sabar nak membuang ni turut tergesa-gesa ke arah pintu.

lalu, kami hampir membuka pintu yg sama !

si akak memandang aku. dengan muka konfius. ya. seperti memikirkan sesuatu. huhu~ serentak dgn itu kami memandang papan tanda kat atas. oh. "Ladies".

aku menyeringai. hihi. "saje je nak tolong akak buka pintu".
si akak memandang dgn muka yang makin keliru. mungkin bermonolog dalam hati. "hoi budak, xponah dibuek org la laki tolong bukak pintu utk pompuan, ekao gilo ko apo?"

ada aku kesah? aku dgn muka xbersalah terus ke tandas lelaki. lalala...

~~~ ok. sebenanrnya ceritanya mula kat sini.

aku masuk je, aku tgk kat kiri ada 2 mangkuk kecil yg kat dinding tu. satu tinggi satu rendah. satu dewasa satu kanak-kanak la. yang aku nk highlight kat sini. dua-dua tersumbat. air kekuning-kuningan bertakung kat situ.

sangat EUUUUWWWWWW hokay! geli mak!

aku pon lantas masuk cubicle, mangkuk cangkung. thats the only choice yg ada. xsanggup aku mhadap air tu. huh~

masuk-masuk je, *ok ni climax* aku ternampak something dalam that toilet bowl. Ohh maaiii!!!

GILA EUWWWW!!! ni bukan mak je geli, makcik, nenek, moyang sume geli !!

aku pon flush la cepat-cepat. malangnye xberhasil. aku pon nekad membuang jugak dan flush sekali lagi.
tengah flush, ada lelaki masuk tunggu kat luar cubicle aku. aku pon keluar dan tanpa memandang dia terus blah. konfem dia suspect pepejal dlm bowl tu aku punya. ces~ aku saje keluar tadi dgn muka bersalah. kih3~ drama sikit.

elok aku keluar, serentak pulak dgn akak tadi. lega je nampak muka dia. eh, aku keluar serentak dgn dia. hebat! mengagumkan. i tot women spend more time kalo masuk toilet compare to men. ehm. xkesah la. bukan masalah pon.

otw balik ke kereta, aku fikir balik. macam sama je tandas Shall lama or baru, renovate or tak. xde org bersihkan ke apa... huhu~ xde pekerja ke? ok. hari ni Krismas mungkin. mungkin hari-hari lain tandas tu bersih.

bila dah gerak, aku tgk la kat kaunter dalam kedai tu. 4 org mat bangla tersengih-sengih kat kaunter. seronok sgt kot dpt jaga kaunter hari ni. huhu~ org semua cuti kan.

harap Shall tingkatkan la kebersihan. aku ingat bersihla since petrol pump Shall tu betul-betul sebelah dengan petrol pump syarikat lain, Petronenas. aku tgk dari jauh, petronenas punya luas, kemas dan ada surau. dibangunkan di bangunan lain, bukannya belakang kedai tu je. mcm R&R pon ada. menangis PLUS tgk ni kot. hehe that's why aku ingat tandas dia pon bersih kan. ala-ala xnak kalah la kan. tapi... sedehh!

tu je. maaf kerana entri sangat mengarut dan tidak menjana minda~ wassalam.

#notakaki# seronok meredah banjir kat area Kempadang, Kuantan tadi. hihi

Monday, December 24, 2012

cita-cita dan cinta.

assalamu'alaikum.. hola! haha idea yg dtg secara melulu selepas terinspirasi dpd blog kawan aku yg meng'update' pasal cita-cita dan impian dia membuatkan jari jemari aku pantas menari2 di atas papan kekunci laptop ini untuk turut tidak ketinggalan meng'update' mengenai cita-cita semasa kecilku. *xcukup nafas.. err.. cinta? xada kaitan pon. saje nak bagi catchy~ hihik (mcm lagu adam n farah...)

cita-cita. kalo zaman tadika or skolah rendah, cita-cita yg paling femes mungkin doktor, cikgu etc...kan?
aku mengaku la, zaman kecik2 dulu memang aku ada terniat dan terdetik di hati kecilku ini nak jadi cikgu. haha tp bukan sebab suka nak mengajar budak. sebab aku suka tanda2 kertas soalan. HAHA aku selalu tolong mak aku tanda2 kertas soalan exam. lepas tu tulis markah besar2 kat depan. kalo 1 page budak tu xjawab, mak aku kata wat tanda soal besar kat page tu. suke suke suke... har har har

dan sebenarnya, aku dah mulakan kerja ni lebih awal lagi kira-kira masa aku darjah1 ke tadika dulu masa abah aku jadi penanda kertas SPM. aku tolong cop2 column markah tu. hehe... siap ade cop terbalik lagi. :p *xreti guna cop*

bila naik skolah menengah, aku rasa mcm nk upgrade sikit la cita-cita aku. mak abah dah cikgu, xkan aku cikgu jugak kan, so aku cakap aku nak jadi pensyarah. hohoho~~~ everytime org tanya, aku nak jadi pensyarah! dlm buku rekod pon aku tulis cita-cita: pensyarah.

masa tu, pilihan kedua aku ialah chef. masa tu aku memang rancak tgk program2 masakan kat tv. best tgk chef boleh gi travel la. kerja kat hotel la. tambahan pulak, abg long aku amik sijil penyediaan makanan. tgk gmbr dia duk ukir2 tembikai wt bunga2 tu. cam naissss je. nk blaja jugak. lpas tu makan. ngap3!!

tapi, aku sedar yg sebenanrnya, aku xberbakat nak memasak. ya, aku suka tgk mak aku memasak, tp sebenarnya aku lebih tertarik dan suka makan je. masak2 ni bukan bidang aku kot. huhu~ berangan jela pandai masak.

dan secara tiba2 mula minat bidang meteorologi. yg kaji2 cuaca tu. aku pernah berangan nak keluar tv1 pagi2 masa selamat pagi malaysia tu... kihkih tambahan pulak, ada junior aku cerita kakak dia kerja dgn jbtn meteorologi, pegawai la. kerja dlm pejabat je. gaji masyuuukkk! huhu

berangan xnak kalah ni...


tp nak buat laporan tu kena hafal peta malaysia. peta semenanjung ok dah kot masa tu, tinggal sabah sarawak je, sarawak la especially. so, aku pon duk mhadap peta jela. hafal bintulu kat mana, sarikei, miri, limbang, kuching... semua2 tu. sarawak kan besar... lagi best, aku ada sorang kawan yg sangat suka bab2 peta ni. zaimin namanya. fb dia Kito Bakor. kenal? haha aku pernah tgk dia lukis peta dunia atas kertas tanpa rujukan. boleh kata hampir 90% sama!

that time, mmg aku ngan dia minat gila2 geografi. peta2, jumlah penduduk, luas negeri, hujung jari jela.tiap kali exam mesti score baik punya! masa PMR zaimin tu xsilap aku dia betul semua kot 60 soalan tu masa semak2 balik. terbaek la beliau.  and sampai sekarang aku berminat dgn semua tu. aku amik tau semua fakta2 dan maklumat2 ni cuma aku xtau kalau nak jadikan kerjaya tu macam mana. huhu~ kena jadi pegawai bancian penduduk la kot. :p dtg rumah ke rumah. huhu~

lepas tu, masa aku duk isi-isi borang UPU (permohonan IPTA) lepas SPM, aku xtau nak isi apa. asasi? aku rasa mcm xlayak, erm, layak dari segi result, tp xlayak dari segi kesediaan aku nk hadapi program asasi ni. so, first choice aku diploma. aku amik Diploma Sains Geomatik (Sistem Maklumat Geografi). dan itulah yg aku dapat. kat UiTM Shah Alam, tempat abg aku skrg. Gembira x terkata.!!

aku ade jugak survey course tu pasal ape. pasal ukur tanah la basically. kira2, tp mungkin ada yg link and connect tu mende2 lain. ada kaitan la dgn sume yg ada kaitan ngn geografi la kot. sattellite imaging, nk tentukan waktu solat. if i'm not mistaken la. but then, abah and mak aku mcm xpandang langsung offer yang ni just because it is diploma. huhu bukan ijazah. so. aku pon masuk matrikulasi.

tp dlm masa yg sama aku mmg still minat nk jd cikgu and aku isi borang IPG awal lagi. lepas amik result, terus aku dan beberapa kawan aku pegi bandar isi borang sampai lengkap dan hantar. akhirnya, setelah 4 bulan, dpt result walaupun dpt 2nd intake, aku bsyukur sgt. hihi~ insyaAllah, dlm 3 tahun lagi aku akan menjadi seorang guru Bahasa Inggeris. sekian. :) wassalam...

#notakaki# masih ingat masa temuduga IPG, aku ckp aku nk menyambung legasi mak abah sebagai cikgu sebab adik beradik lain sume kerjaya dah ke arah lain. penemuramah tu tersenyum. ;)

Sunday, December 23, 2012

PMR~

assalamu'alaikum warahmatullah...

19 Disember hari tu result PMR 2012 keluar. aku ni sangat2 la ternanti2 kan result PMR ni. haha~
bukan ape, tertanya2 la dapat x beat tahun aku 2007. hihih~ 100% lulus, GPS 1.42 (xla tinggi mana, bkn SBP ni..) straight A's 17 org..

tp aku sedih sikit sebab hari keluar result tu ayah aku cuti. so, xdapek la nak usyar result ngan dia. (slalu dia tanya2 colleagues dia) so, aku bukak wall FB skolah aku je. pas tu ade la mesej2 cikgu tanya2 sikit. hehe

lepas tu, aku terbaca 1 post kat fb, keratan sinar harian... ni haa..



wow! GPS 1.34. 13 orang dapat straight A's, 100% lulus. ranking ke-11 Pahang. tambah cikgu aku lagi, ramai jugak yg sangkut BI. kalo x, mungkin boleh dapat at least 30 org straight A's.. xpela. xde rezeki.  huhu~

mungkin result ni biasa je bg sesetengah org. tp yela, skolah aku tu bukannye SBP ke, SBT ke kluster or whatever. skolah harian yg dpt taraf Sekolah Rancangan Khas JPN Pahang je. *kpd sape2 yg xtahu, SRK tu skolah yg dinaiktaraf oleh JPN Pahang dan menempatkan students 5A, 4A UPSR yg xdpt tempat kt SBP, MRSM and all~ huhu

lpas tu aku usyar la pulak kt youtube, ada video published by BTPN Pahang, sekitar pengumuman keputusan PMR. bangge sikit bila Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan puji skolah sbb meningkat tahun ni. :) *sukesukesuke

tengok sini minit 12:50 <-----

and kalo ikot ranking SRK, skolah aku no.4 kot dalam Pahang. kalo TAK SILAP aku la...

1. SMK Abdul Rahman Talib (SMART) 1.10
2. SMK Sultan Abu Bakar (SABS) 1.16
3. SMK Sultanah Hajjah Kalsom (SHAKE) 1. 22

aku tumpang bangge la sebab SMART kalahkan kesemua SBP yg ade kat Pahang ni. dpd 198 calon SMART, 126 org dpt straight A's.

kat sini aku nak share jugak ranking SBP dan MRSM :)

SBP

1. SMS Hulu Selangor 1.022
2. Malay College Kuala Kangsar 1.0237
3. SMS Sultan Mahmud 1.0265
4. Kolej Tunku Kursiah 1.0278
5. SMS Raja Tun Azlan Shah 1.0302
6. SMS Kota Tinggi 1.0309
7. SBPI Gombak 1.0375
8. Sekolah Tun Fatimah 1.0377

MRSM

1. Pasir Salak 1.0405
2. Alor Gajah 1.0427
3. Gemencheh 1.0484
4. Baling 1.0497
5. Transkrian 1.0583
6. Kuala Kubu Bharu 1.0618
7. Tun Abdul Razak 1.0631
8. PDRM Kulim 1.0651

tapi, just now aku bukak website Maahad Tahfiz Negeri Pahang. GPS diorg diumumkan 1.01. means that GPS diorg lagi baik compare to the best school for PMR which is Semashur, 1.02. tp yela. maahad tu bukan skolah bwh seliaan JPN kan... xmasuk ranking la. huhu~

sama la nasib nye dengan Maahad Muhammadi Lilbanat, Kota Bharu, Kelantan. calon diorg 163 org dapat 9A, 8A - 62 orang, 7A - 50 orang, 6A - 36 orang... gempak kan? tapi xdapat liputan media pon hanya sebab skolah ni di bawah Yayasan Islam Kelantan, bukan JPN. so, x heboh2 la sgt. xpela, baik mcm ni,,, aku terbaca tweet kawan aku. "kalo budak2 maahad kena temuramah nanti kena make-up2 pakai gincu la pulak. kluar tv" haha *gurau*

ok la. papepon tahniah dan syabas kepada adik2 sekalian. semoga teruskan kejayaan utk SPM! :)

wassalam.

#notakaki# skolah aku ialah SMK SERI BERA! :D sy syg skolah sy~

Sunday, December 16, 2012

Kata Imam Ghazali

dalam ayyuhal walad dalam nasihat ke-6 (muka surat 26);

                      hiduplah engkau sesuka hatimu, kerana engkau pasti akan mati. dan cintailah
                      apa saja yang engkau kehendaki, kerana engkau akan pasti berpisah dengannya
                      dan buatlah apa yang engkau kehendaki kerana engkau akan dibalas mengikut
                      amal perbuatanmu...

~ ptg tadi kawan send mesej ni. sama2 lah hayati dan amalkan ye. hehe. aku nak bg brief explanation pon xreti jugak. aku bukan ahli dan aku xpakar bab2 ni. paham2 gitu jela. sekadar berkongsi. =) kalo nak eksplanasi yang lebih jelas dan detail, tanyalah mereka yang pakar. hehe. sekian wassalamu'alaikum.

#notakaki#cuti tinggal lagi 15 hari. xsabar nak balik KT. tapi risau ni tunggu result. risau. risau. risau.