orang baik hati

Monday, June 27, 2011

agak sakit hati la...

salam...hari ni sambutan hari guru IPGKDRI...lambat jugak la buat sebab sem lepas busy dengan exam, and first week sem ni busy dgn minggu pengurusan..so, 2nd week la buat sambutan,,,semua berjalan dengan lancar la hari ni,,meriah,, persembahan, sukaneka *walaupun aku xgi tengok,,,ok la...xla bes sgt...

tp berakhirnya majlis tu yg membuatkan aku sakit hati...agak la...apabila nasi yg sepatutnya diagih2kan kepada semua classmate aku ada member aku ambik and dia bawak balik asrama..and..yg aku kalut tu sebab dia lambat call aku bagitau dia ambik,,,then,,,aku cam blur la,, apasal dia ambik? dia cakap nak tolong je... ok, fine.. aku appreciate la pertolongan dia tu...thanx sangat2!! *serius tanpa sarcastic...tp agak2 la bro, nak tolong bertempat la...kalo da gini, bukan tolong yg nak menyenangkan,,,tolong yg mnyusahkan ade la... dah, bila org lain ramai menderita + tertanya2 sebab xdpt nasi akibat drpd nasi2 semua dah sampai kt blok dia...ehmm,,, aku agak speechless la td,,,lebih2 lagi, dia tu org yg dekat ngn aku..nak marah, xsampai hati...

pape pon,,,masalah td dah pun setel...and aku semakin yakin yg aku rasa baik aku LEPASKAN jawatan aku ni,,, tp bukan sebab dia,,,actually, aku memang dah perasan ada org yg xsenang duduk bila aku jd KU...aku rasa telahan aku ni betul,,,so,,,aku nak try mintak dgn tutor aku,,,

yela, buat apa kalau kita jd ketua tp ramai org xsuka,,,SEBULAT SUARA LAH SANGAT!

salam 1 TESL 4...

Saturday, June 25, 2011

fasa pertama...

salam...dah berbilik baru ni, kena la kemas pe yg patut...walaupun lantai boleh kata bersih jugak la,,, still raa xsedap kalau xde tikar...so, hari ni merupakan fasa pertama aku decorate bilik...*decorate la sgt...

since rumet aku xde, so, aku buat la sorang2...*mesti kena marah nanti sebab xtunggu dia... tp xpela, mesti dia penat, ada dikir barat hari ni, xbalik2 lagi...*jam menunjukkan 2331...

tadi, keluar g bli tikar, alas kaki, penyapu, bakul sampah, bulu ayam...huhuuu....plus wallpaper,,, sebab aku memang minat mende2 gini...decorate2 nih,,haha~~ bila lihat hasil nya, rasa puas...xkesah lah walaupun xlawa sgt.. hikz~

aku balik je kol 10 td, terus aku pasang tikar,,,tertonggeng sorg2 lam bilik..haha~

setengah jam kemudia, SIAP!

dah siap pasang! 
fasa seterusnya, akan menyusul...haha~~~ nantikan....

*pasukan dikir barat KARISMA ipg kdri dpt No.3 pertandingan dikir barat IPTA/S peringkat negeri Terengganu....tahniah semua!!! terutamanye rumet aku, Amar Rusydi! hek3,,,not bad lar,,,berlatih smggu je kot...

hari pelikku

salam...huhu pelik tak tajuk entri ni? hihi

memang pelik pon,,,aku pon pelik hari ni sebab rutin harian aku lain macam,,,
aku tido kol 2.30 kot mlm td..hujan beserta kilat dan guruh,,, kawan aku tumpang tido atas katil aku, so, aku aku biarlah dia tidur dulu sementara tunggu kawan dia balik. heh~ *takut guruh jugak budak ni...

then, sementara menunggu tu, aku gi basuh baju..kol1 lebih kot.. then, tido..kol 4 aku terjaga,,,tido balik kol 4 suku...pas tu, xsedar2 dah...

bangun2,,,kol 7.16....subuh!!! huhu agak gajah la hari ni...dgn cuaca mendung, sejuk, huhu memang susah nak terjaga...aku gi jemur baju, then rumat aku bersiap2 nak gi berdikir hari ni kt IPG Sultan Mizan.. so, awal la jugak dia siap2..haha cm kelakar pulak dia mandi awal..heheh~

then, dia keluar, aku pon keluar gak sebab hari ni ade tournament basketball...aku? kompem la xmasuk.. tgk besfren aku main je...dia pemain negeri kot dulu,, tp dah lama xmain...lama la jugak aku duduk situ, sampai kol 11setengah kot. then, balik on9 jap terus tertido..bangun2 kol4..huhu adoii~~

aku terasa janggal jugak la..haha sebab xpernah lalui rutin macam ni...jap ag nak keluar KT plak..nk beli brg2 tok bilik...tikar pe semua...get ready for casa impian ep.2,,,di Aisyah 3-10...sem lepas da buat episod pertama kat Aisyah  3-12..heh~

lalalalala~~~bosan...chow!! <Salam 1 Dunia>

Friday, June 24, 2011

Sahabat Sejati

‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”

Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).

Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.


Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinari
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan
Sahabat sejati menjadi pendorong impian
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah SWT


Thursday, June 23, 2011

dulu sekarang..tapi kenapa?

salam...
bila dia buat pape, mesti aku perhati...
bila dia cam ade yg xkena, mesti aku rasa nak tegur...
bila dia buat benda yg pd aku xberapa elok, mesti aku rasa risau...

kenapa arr??


aku jarang rasa sebegini caring (aku consider ni sbg caring la) dgn org lain...maybe sebab dia caring dgn aku...

...and memang lain sangat time dgn yg dulu...sebab...

bila dia buat pape, ade aku kesah?
bila dia cam ade yg xkena, aku peduli ape...
bila dia buat benda yg pd aku xberapa elok, lantak ko lar...

tp aku xtau la yg sekarang ni boleh terima tak bila aku cam tu, maybe kalau dia tau mesti dia rasa
aku ni menyibuk je lebih...sampai dia xboleh wat apa yg dia nak yg pd dia xsalah, cuma aku je yg xbiasa
tgk org wt mcm tu...so, aku rasa salah...tp tu hak dia,,,lagi satu, aku xtau camane aku boleh selesa dgn dia sedangkan kitorang memang berlainan minat, perwatakan, and sebagainya...

MESTI KORANG XPAHAM KAN?

aku pon xpaham jugak sebenarnya, xreti nak explain,, soal hati dan perasaan ni sukar kita nak luahkan...
anyway,,ni BUKAN kisah cinta erk,,,xde masa nak bercintan-cintun ni...

tapi aku kena fikir positif...ni semua ujian Allah...Dia nak tgk aku kuat ke x...ak redha je...nk merungut pon xguna rasanye...

erm,,ok lah! aku pon da serabut da fikir mende ni...nk cakap lebih pon, takut tersalah cakap pulak...harap dia paham la situasi aku yang tengah keliru ni... =/

hari kedua sbg org lain

salam...hari rabu actually adalah hari kedua aku sebagai manusia yang bergelar KU..
dpt la tugas sikit2, huhu simple pimple jer...terfikir jugak KU sebelum2 ni buat kerja berlambak2 kan...
camane la dorg handle...

kejadian yg agak kelakar la jugak hari ni,,,aku nk wat announcement dalam kelas td, time aku nak cakap ade la bunyi ''huha huha'' *dorg xpay attention... so, aku wat la skill aku, ketuk meja...haha!!! xsangka itu adalah suatu perkara yang janggal bg dorg..*huhu memg pon,,dak da besar2,,aku ketuk2 meja cm nak bercakap dgn budak sekolah rendah plak..huhu and dorg gelak + teruja la jugak td,,aku just cool control macho je walaupun goyang gak nak meneruskan ayat aku...*serba salah gitu..

kalo semalam aku agak tension kan, hari ni ok kot...cket...kita tunggu hari2 seterusnya...

btw,

JADI KETUA PENGAWAS SEKOLAH AKU LAGI KACANG DRPD JADI K.U...*that's a FACT...

sebab tu aku cam berat hati je...tp dah org amanah kan,,,buat je la...salam 1 dunia... =)

Tuesday, June 21, 2011

malas nak fikir tajuk!!!

salam...

2nd day of semester3...

hari ni hari first kelas start.
2 org je lec masuk, encik mazlan (maths) dgn miss salma (LDS@tutor)
aku.....

aku rasa hari ni memang xbes langsung...
tahla kenapa...maybe sebab aku kena jd KU..
aku xtau nak cakap gane bila aku kena jd KU ni,
*sigh~~

mula2 rasa cam ok, sebab KU tu just pd nama je...then, bila terpikir pasal tugas2,
aku mula rasa serabut, walaupun aku xstart pape pon lg...

and...aku xsuka bercakap sgt...kalo KU n S/U, aku prefer S/U...
biar banyak kerja, yg penting xkena cakap banyak.

tambah2 plak, pressure dr org2 sekeliling,,, darat sgt kot xpnah tgk org jd KU...
kalau nk ckap tahniah ke ape ke, MAYBE aku boleh terima,,, *yela,, xkn nk marah kot.
ni bila aku wat gini sikit, "wah,KU..." wat gitu sikit, "wow, KU..."

duhhh....ni la yg paling aku xsuka...so, aku amik keputusan utk kurang bercakap or wat pape hari ni...
lagipon, aku memang not in mood pon,,,isk,,,sakit hati gle ar...

pas tu bila aku dok senyap jer...ade pulak suara2 sumbang-mambang,, "wah,KU tgah pikir la..",
"KU penat la.." ggrr,,,,,nk je aku lempang sekor2..

tp memandangkan diorg tu pon kawan aku kan..biarkan je lah dorg...belum umur lagi kot, nak wt gane...
ade la jugak beberapa org yg tegur aku kenapa senyap je,, muka pon cam dah tertelan protractor dah,,,
aku just senyum hambar+tawar sambil geleng,,,"xde mood"

so,adakah episod2 xde mood aku akan berterusan sampai hujung sem ni pulak??? tengok je la...

lagi satu, NAMA AKU SYAHIR...XKESAH LAH KORANG NAK EJA SYAHIR KE SYAHER KE,,SAMA JE BUNYI... YANG PENTING,
AKU XSUKA ORG PANGGIL AKU DGN NAMA LAIN...TERUTAMA YANG AKU XSUKA!!!~~ *tlg la hormat org kalo rasa nk dhormati...

jgn pikir semua org boleh tahan dgn cara kita bergurau!

Monday, June 20, 2011

abah~~~i ❤ u

salam...org ckp hari2 tu hari bapa...tp xkesahlah...aku nak specific kan jugak.baru nampak special kan? huhu sempena hari bapa ni, aku nak wat entri jugak pasal bapa aku, atau lebih mesra aku panggil abah!

nama abah aku, MD SATAR BIN MAJID
lahir pada 24 SEPTEMBER 1955 di TEMERLOH, PAHANG.
anak ke3 daripada 13 adik-beradik...
pendidikan awal di SK LEBAK, TEMERLOH.
then, SMKA AL-KHAIRIAH, pastu sambung KULIAH AL-LUGHAH WADDIN ABU BAKAR, PEKAN
abah berdiri dua dari kiri

abis je abah aku belajar, dapat offer rasanya jadi guru agama kat sabah,since zaman tu kan xramai lagi guru agama kat sana.so, abah aku pon pergi,, start 3 Mac 1978 mengajar di SMJK ST FRANCIS XAVIER, KENINGAU.sampai Disember 1997. then, pindah Pahang. sejak 1998-2010 ayah aku dah ajar 5 buah sekolah yang berlainan...1 sekolah menengah, 4 sekolah rendah...sekarang Penyelia PI kat PPD Maran.

hari raya kot ni..

actually, abah seorang yang lawak la...tp dalam lawak2 tu, garang jugak..hehe tp since dah terbiasa dengan kegarangan abah, xtakut da kot...haha~

ermm,,,ha, satu je aku xsuka abah buat..haha!! kalau dia nak kejut aku pagi2, dia akan amik kertas yg dah digulung kecik2 or bulu ayam ke,,,geletek kaki aku..huhu geli~~~ nak xnak, memang bangun jugak la walaupun muka bengang..haha~~~ at least, effective!

pape pon, abah memang TERBAEKKK!!!~~~

sayang abah

Sunday, June 19, 2011

(Sem + Rumet) Baru

(Sem + Rumet) Baru

= Sem Baru + Rumet Baru

huhu...cam maths pulak kan? expand2..hihik~

salam...td tu muqaddimah je,,ni baru isi pertama..*still berkaitan dgn topik di atas..tp fokus lebih diberikan kepada ''rumet''' la...sebab pasal ''sem'' aku da ulas ckit2 hari tu,,,hehe~~

RUMET atau rakan sebilik..*btol kot terjemahan aku ni.heh~
untuk pengetahuan korang semua, aku akan dapat rumet baru utk sem3 ni.. since aku dgn dia cam rapat la time sem2 kan..so, dia ajak aku duduk sama2. lagipun geng2 dia ramai kat aras aku...kiranya meriah la ckit kot! aku pon roger je la...

aku buat entri ni pon selepas mendapat idea drpd kawan2 aku yang dpt rumet baru jugak...wat entri sal rumet baru diorang..huhu so, aku pon xnak kalah la...nak jugak share dengan korg kan..haha~~

tp sebenarnya aku serba salah jugak nak cerita banyak2 or letak gambar dia kat sini...ntah nape..dia xsuka kot publisiti murahan cenggini...tp ade aku kesah??? <---tulisan biru fb

firstly, kita tengok dulu pic2 dia yang sempat aku snap n crop..bukan rembat ek,sebab laptop aku memang berlambak gler gambar2...tak terkecuali la pic rumet baru aku ni,,,





btw, korg knal kan dia? kpd sape yg xknl tu...kita berkenalan dulu lah...bak kata ayat klise, xkenal maka xcinta... hurmm...

beliau adalah AMAR RUSYDI BIN ABD RAHMAN lahir pada 12 OKTOBER 1992...jejaka yang membawa imej lelaki bersongkok (tp dlm pic sume xbrsongkok) ini merupakan bekas pelajar SMKA TOK JIRING dan sangat aktif bersukan terutama dalam sukan RAGBI dan dahulunya adalah salah seorang ahli kumpulan NASYID AN-NAHWAND sementoji. memegang posisi sebagai PEMAIN CONGA *kalo darat sgt xtau conga tu hape, aku dah sediakan link da. klik kt conga tu...haha~~

mula2, aku cam xsure la nak duduk ke x dengan si amar ni...yela, dia main ragbi,,,aku ni... nak sepak bola ragbi pon xkena...huhu terasa perbezaan yang sangat jauh la disitu,,termasuklah ketinggian dan saiz...aku ni renek dia rendang..haha tp xkesah la, dia kata ok. aku pon meng'ok'kan la jugak...

ermm,,dala...mls da aku ckp byk2...xbes nk ber'blog' kt ostel nih..slow...masuk pic pon lambat... act, ade lg pic2 dia aku nak bubuh... huhu so, hopefully aku happy la duduk dgn rumet baru ni...dan dia pon happy jugak =)

dat's all,,,thanks... Salam 1Dunia...

Friday, June 17, 2011

Simpang Api?

salam... hari ni, aku balik maktab... bas pukul 9 pagi...agak awal la aku sampai td, pukul 3suku. selalu memang lambat sebab bas pukul 10. tp hari tu bas pukul 9 tapi sampai lambat jugak.huhu~~ lepas teman alif gi bayar broadband n g PSI jap, terus amik teksi nak balik maktab...berikut adalah perbualan aku dengan salah seorang pakcik teksi kat depan PSI tu...

PT : (menjerit dr kejauhan) nak g mne???
aku : maktab batu rakit...
PT : maktab perguruang?
aku : a'ah...
PT : jap eh..
aku : lalala~~~
PT : maktab hok mne se? MRSM?
aku : (dlm hati) aiyoo..pkcik ni...tu budak skolah...ni perGURUan la pokcik! "bukan..."
PT : ke maktab perguruan wakaf tengoh? hok wt bru 2 ke?
aku : (mesti pokcik ni pkir teltrac..) a'ah..hok tu la... *dlm hati, memg la kt wakaf tengah, tp nme ye batu rakit, nok wt guane? bkn sloh aku..isk,,
PT : (xpuas ati lg) hok kt simpang api tu kang? *sambil myilangkan dua jari tlunjuk nye kearah aku...
aku : hah? simpang api? *loading sebentar...

|||||| 30%

|||||||||||||| 60 %

|||||||||||||||||||||||| 100% COMPLETED

aku : *ohhhhh,,,,lampu isyarat a.k.a traffic light... ha, betul la tu!

simpang api = lampu isyarat

huhu..dapat vocab baru hari ini...hari tu ust mazuki cakap 'biru herang'...haha suka aku dengar...

lepas tu, aku pon masuk la teksi yg dia tunjuk, rupanya org lain yg bawak, ingatkan dia...huh~ beria la dok tnya2...last2 aku naik ngn pokcik lain tu, kena tanya lagi...haisyy,,,,

the, sesampainya di maktab aku trus bergegas ke bilik...excited nak masuk...rupa2nya RUMET aku xtggal kunci. hmm,, aku pun mintak tlg alip bukak secara manual dan aangkah terkujat nye aku melihat bilik aku dah jadi sarang burung...huhu baru 3minggu tinggal. kalo 3tahun, dah boleh jadi santuari dah. semua burung2 kt Kuala Gula tu boleh berhijrah kt sini pulak...

taraaa~~~ abis ranting2 dipunggahnya...

Thursday, June 16, 2011

SMK Seri Bera...setahun kemudian...

salam...hari ni...impianku tercapai jugak.haha nak pergi sekolah lama...huhu!!! excited giler mula2...msuk je daerah bera...isk, rase nak tkucil bagai..tetiba cuak pulak! adoii... namun ku gagahi jua...sampai je sekolah.. dapat la tgk depan mata dewan baru, cat pagar baru...warna warni...i loike!!~~ *tgn didada mata keatas..

then, dngan langkah kaki yg agk terketar2, aku g pejabat..and org pertama yg tegur aku, Abg Jali..*wah, pggil abg ek..hehe formal cket..Abg Jali a.k.a Penyelia Asrama...huhu tyco asrama ni. kalo sekolah pengetua pegang, asrama dye pegang...hebat ah! then, kt pejabat tu jugak aku jumpa cikgu sanariah, sariza, kamaruzzaman, ust. amran n ustazah nora...ckgu sanariah (ckgu sejarah a.k.a ckgu paling penyayang hari guru 2009) mnjerit nmpak aku..isk,,*blushing aku dlm pejabat...then, borak n btukar2 no telefon..mcm member lama pulak.

lepas tu, aku gi bilik guru, jumpa ust.mazuki, teacher suzu,,,tu first round, second round, jumpa cgu mahizan (guru kelas), cgu zulkanain, tn hj salam, ust azhari, tcer lawati....then, g blik kaunselor jumpa cgu zubaidah. g bilik guru baru jumpa ustzah hayati, ustzah azlina n cgu hapizam...huh~ xcukup lagi... g pulak bilik PPSMI, cgu maryati (add maths) n tcer yan (bio)..and g lab fizik jumpa cgu ridhwan..huhu abis semua aku jumpa..hoho~~~ then ronda2 la sikit, usyar galeri SEMESRA...

surau bawah di transform menjadi kelas tingkatan4 sebelum menjadi ini
lawa x? tu yg frame gambar bersusun tu geng salha yg buat..time
diorg dtg dulu...
dimanakah uang ini sekarang? *huhu hal sensitif nih!
ni mesti ramai yg menangis jeles kt aku nih! haha~~
ade lg banner ni,,,weeee~~~~
yeah, got it! colour-printed version...

wah, kenangan...
penulis bersama satu2nya pialanya yg xdpt dibawa pulang
nmpk x tawa dalam tangisan tuh.. *ckgu cakap muka aku dah rentung!
rehat jap... chill!
and drpd sijil2 yg mlambak kt ctu, aku tgk, SPM 2009 batch aku dapat 4 subjek gading bersilang! tahniah... *tepuk tepuk tepuk!! and aku agak bangga lah mewakili rakan2 aku bila ckgu hapizam ckp batch aku ni paling ramai yg brjaya! nk jd forensik lah...ini lah..itu lah...bla..bla..bla...aku? *jawapan xdiperlukan.

sekarang kita round sekitar SMK SERI BERA ni....setahun kemudian...

hah! apasal? hijau depan biru tepi?
''hijau itu fotosintesis" bak kata cikgu sains aku time
darjah 6
3S = Syaher Sayang SEMESRA...hahaha
baru la style...manfaat nye ada student PSV
berguna jugak katil2 patah ni...memagari Taman Hajjah Edah
and actually, banyak lagi mural lawa2 and cantik2 kt SB... walaupun dah nampak sangat penuh dan agak sarat...tp ok la..at least cantik..hihi dulu? huhu yg ada pun semua buruk2... nasib baik dah buat baru..heheh~

sambil2 borak2 ngan ckgu2 tadi..banyak la berita yg menggembirakan aku dapat...ust mazuki seronok sangat sebab kelab woodball dia makin berjaya,,, terkini, 3 orang dak SB akan wakil Malaysia g Sukan Remaja Asia...tp yg syg nya, Malaysia jd tuan rumah.. xmerasa la nak gi oversea...hihi kt Perlis jer.. *jauh la jugak. and minggu ni, 14 orang putera-puteri KRS khemah kebangsaan...!!! great happiness!! terbaekk la adek2ku sekalian..haha KRS puteri pun da aktif.. dulu putera jer...heh~

pape pun...hari ni memang aku puas hati la...habis aku ronda..ckgu2 yang kenal aku semua aku dah borak... hihi~~~ plg pnjg borak ngn ustzah hayati..hehe~~ mcm2 cerita..

*arghhhhh! lupa jugak!!! aku ingat nak usyar SIBER 2010 kt cgu sanariah td...kot2 la dpt bawak balik barang sejemput majalah limited edision tuh!...isk,,LUPA!!!

Wednesday, June 15, 2011

block? fine~

assalamualaikum...

hari ni dah rabu, esok khamis, lusa jumaat. aku balik KT. menjelang hari2 terakhir aku kat rumah ni lah meriah sikit. haha aku semakin rancak mendonlod movie, segala bagai... hehe tiba2 heboh berita pasal SKMM dah block semua website2 yang pasal donlod2 nih..walaupun boleh bypass guna DNS lain, tp aku xtry la.. hmm, biarlah.. nasib baik aku sempat donlod beberapa movies.. hehe thanks jugak kat encikipan sebab suruh jugak aku donlod walaupun aku xreti nak join sebelum ni. at least, aku sempat donlod sebelum mediafire pon kena block sekali. fuhhh~~~ *lega..

tp sebenarnya aku kesian la jugak kat insan2 yang memerlukan mende2 ni. sebab bagi aku, memang lah donlod movie je..bagi orang yang donlod2 software nak guna utk dorg punya study pe cer? ingat dorg kaya sgt ke? pulak tu, yang bayar mahal2 subscribe internet, then just boleh bukak FB? what the hall?? huh~ politik2.. aku mls lah campur sangat...jadi pemerhati je lah... yang aku pelik tu, menurut sumber, megaupload kena block, megaporn x pulak? huhu ape kes? musykil kan?? so selfish!

ok, cukup lah pasal masalah negara tu. baik aku review sikit ape yang aku akan hadapi untuk semester depan which is my final semester for the foundation...erm, ade exam besar...huhu kena buat molek2 lah...harap2 xde dala episod2 sakit hati, geram, atau apa2 yang boleh mengganggu konsentrasi aku utk belajar... sem penting bro! aku nak persekitaran aku selesa. aku nak apa yang aku nak. persekitaran yang selesa baru lah boleh belajar dengan tenang kan? hidup pon tenang... hmm,,,xnak rasa terbeban dengan masalah orang lain. bukan nak being selfish, tp just xnak fikiran aku terganggu...cukup lah masalah sendiri,,,

that's all folks! heheh~ *siyes molek post aku...


Sahabat

Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan,
Tanpa persahabatan, percintaan akan berakhir
Tetapi tanpa percintaan, persahabatan akan kekal...
Oleh itu, hargailah persahabatan yang terjalin...

Kerana sahabat mewakili suatu kekuatan...


Yang indah itu pertemuan
Yang manis itu kemesraan
Yang pahit itu perpisahan
Yang tinggal hanyalah kenangan...


Monday, June 13, 2011

Aku dan Gemuk

Salam...

firstly, nak tanya ikhlas... SIAPA RASA AKU (MOHAMAD SYAHIR) GEMUK ATAU APA-APA, SILA KOMEN DI AKHIR ENTRI NI....

huhu~ kenapa? tah la...aku tiba2 rasa nak cerita pasal BERAT BADAN...lepas terbaca sntri time blogwalking.....sebab berat badan aku dari dulu lagi xmaintain...biasa orang maintain je berat...aku naik, turun, naik, turun...huhu yang pasti aku rasa aku gemuk. sedangkan berat aku (29Mei2011) 60kg. aku rasa macam xla berat sangat bagi seorang lelaki...kot...hehe~

even, BMI aku menunjukkan yang aku mempunyai berat badan yang ideal...*clap clap clap...

hmmm...sekarang aku assume lah berat aku mesti dah naik 63 or 64..*atau lebih... =,='' and sejarah berat aku memang memberi kesan buruk kat tanggapan aku kepada badan aku... aku xingat sangat la berat aku, tapi yang aku ingat,,,

9tahun = 30.4 kg (lepas raya)

12tahun = 52kg (lepas UPSR)

13tahun = 48kg (xingat)

15tahun = 52kg (30 April 2007)

16tahun = 69kg (hujung puasa)

17tahun = 62-65kg (sepanjang tahun sebab selalu timbang kat stor sukan..hee)

18tahun = 74.5kg (14 April 2010)

18tahun = 67kg (15 Disember 2010 ~derma darah~)

19tahun = 62kg (time ujian kesihatan)

19tahun = 60.0kg (29 Mei 2011 ~ the store temerloh)

sekarang? wallahua'lam...

see? berat aku naik turun, naik turun...huhu antara tu yang aku cek, yang aku xcek tah2 lagi banyak naik turun...huhu and walaupun berat aku dah turun lebih kurang 14kg banding dengan yang 14 April 2010 tu... aku still rasa aku gemuk and maybe jugak sebab kat rumah aku paling besar (antara semua adik-beradik aku). 

time yang berat 74kg tu xpayah cakapla..aku cek tu pun mujur 14April. ce bayangkan, daftar matrix 10Mei. ha, dalam jangkamasa tu, entah berapa puluh kilo lagi naik tah! masa tu kan lepas SPM, duk rumah jer...Disember-Mei. gila xgemuk??? aku nak daftar matrix, beli seluar baru. saiz? 34 bro!!! tp time kt maktab dah longgar dah seluar2 tu. aku dah kembali ke saiz seluar asal...and sekarang, ayah aku yang pakai semua seluar tu... sadis gila bunyi weh...act ayah aku lagi besar, tapi since dia sakit tu kan, susut jugak berat dia. daripada 75 dah jadi 67 kot. tu pon doc suruh turun lagi, nak bg ideal..

and sekarang ni, aku teringin sangat nak rasa berat 50 lebih..lama dah xrasa..HAHA~~ *sengal...

semoga impian tanpa usahaku tercapai...hua3!!

Sunday, June 12, 2011

nyamai gilak!

huhu...sedapnye!!! *sampai xsempat nak bagi salam...hehe

SALAM....selamat berhujung minggu...and to all the Kelantanese, selamat bercuti jugak.. hmm,,, AHAD. pekan sari .. mak aku and ayah aku g. aku dok rumah jer.. bila balik, mak aku beli kuih feveret aku!!! yeay!!! SEDAP gilaaaa!!!! *betul,,,x tipu...
taraaa~~~ ini dia!
kenal x? FYI, nama dia denderam, atau sesetengah orang panggil peneram, kuih telinga kera, telinga keling, atau telinga kuali...*ha, yg ni aku tipu..hehe~~ first time aku makan dulu kat kampung, mak aku beli kat pekan sari, then aku bawak,,,sambil2 jalan ronda2 pekan sari tu aku makan la, sedap pulak. terus g beli lagi.. haha... then, balik kg lagi sekali mak aku beli RM20! nak kasi aku makan...hoho~ berapa ratus biji tah! gila nak habiskan...nasib baik sedap! tah2, org yang sama dengan yg kt kg mak aku tuh, haha jauh nye berhijrah mencari rezeki...dia tau mak aku beli banyak kan,,huhu

act, kuih ni memang dulu lagi aku makan, tapi biasa yang jenis lubang banyak2 tu kan, ni yang lubang satu je, comel pulak tu..and selalu yang dah dalam paket, sejuk! makan panas2 sedap la, rangup2...huhu dah lemau tak sedap..liat. tapi yang xbes nye, biasanya berminyak sikit kuih ni, *sila rujuk gambar.. berminyak kn??? tapi ada aku kesah? janji dapat makan..kolesterol? i'm pretty sure makcik tu guna minyak rendah kolesterol...hee~~ *alasan....

p/s : tatkala entri ini di publish, kuih tu dah habis dah... :'(

Terengganu yang punya...

Salam...setelah 120 minit yang sangat-sangat mendebarkan malam tadi, akhirnya Piala FA menjadi milik skuad penyu. hoho~ *macam ayat berita dah ni...

aku tak tengok straight dari mula sampai habis, aku alih-alih siaran...huhu aku tak suka tengok perlawanan especially sukan-sukan ni sangat...terutamanya badminton, berdebar-debar sangat tengok..huhu aku tengok pun dengan agak tidak fokus je..hehe


match semalam, habis first half dua-dua team 0-0...masuk second half, minit ke-79 Nurul Azwan Roya sumbat gol. lepas tu, dalam masa tambahan, kesilapan pemain Kelantan mengundang padah apabila Mohd Daudsu Jamaluddin tertanduk gol ke gawang sendiri..memang frust gila lah. kalau aku pun terbuat macam tu, mesti tension, pressure plus apa2 je lah..huhu

then, masa perlawanan ditambah 30minit lagi dan rezeki memang memihak kepada Terengganu apabila Ahmad Nordin Alias menyumbat gol kemenangan minit ke-109. kapten Terengganu Marzuki Yusof diangkat menjadi pemain terbaik malam tadi. =)

tu lah sedikit sebanyak pasal game malam tadi...maybe keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin mendemar duli tengok bola malam tadi membawa tuah kepada skuad penyu kot...ye lah, sultan diorang @ agong pulak tu kan...huhu~~ ni kira hadiah hari jadi tuanku jugak lah.

tapi yang xbes nye still ade kes laser melaser...bukan mulut laser, main laser yang macam time Piala Suzuki AFF dulu tu...huhu dengan main mercun segala bagai...malu la sikit, Agong ada tengok..hmm... cuba la behave sikit perangai...tu je la masalahnya orang kita ni...nama pun dah PERANGAI, memang susah nak ubah kan...

papepun, tahniah la kepada Terengganu sebab menang. walaupun dah hampir-hampir kalah..tapi bermati-matian jugak nak bagi menang...huhu syabbas inspektor sahab!! teganu nelang!

and selamat bertugas la kepada pakcik2 and makcik2 cleaner yang bertanggungjawab membersihkan stadium bukit jalil tu...selamat bertugas!  tunggu final liga super pulak ek??? hehe~~~

Friday, June 10, 2011

Aku Minat Bola Ke? Kenapa?

salam...rasanya lah 1Malaysia tau kan final Piala FA... aku rasa lah... aku xnak la ulas apa2 pasal team2 bola ni, sebab aku pon bukan nye tau sangat pasal bola ni.. main bola? jauh sekali... cumanya...yang aku nak cakap, semenjak aku study kat maktab Institut Pendidikan Guru ni kan, aku jadi macam nak ikut perkembangan bola pulak. bukan nya sebelum ni xikut, ikut jugak.. setiap kali abis match, mesti at least nak tau berapa gol, sape score...cuma sekarang ni macam ada la aku sokong-sokong sikit..sikit je, ada lah team yang aku sokong. hehe...walaupun aku xtau sape pemain diorang..tu la namanya semangat kenegerian! haha tapi yang unik sikit, final bukan nya negeri kelahiran ayah aku, Pahang, atau mak aku, Perak atau even bukan negeri kelahiran aku, Sabah...final Kelantan VS Terengganu... apa kena mengena dengan aku?? kenapa aku sokong??  that's what we called NURTURE.... heheh~~

the red warriors - gomo kelate gomo

peteh ganu peteh
sang kancil dan sang penyu...sape dapat?

tak aku nafikan, aku dikelilingi kawan2 yang berasal daripada kedua2 negeri ni, mostly Kelantan la kot. roomate aku Kubang Kerian, depan bilik aku dak Kota Bharu. roomate dia Tumpat. sebelah dia Kok Lanas,,,,and kawan2 aku yang lain2, Wakaf Che Yeh, Pasir Mas, Bukit Bunga, Pengkalan Kubor, Tanah Merah...huhu kelate blako ekpom...*haha,btol ke ayt gni? Gua Musang je xjumpa lagi.. huhu dan diorang sedikit sebanyak mengajar aku menilai hati budi diorang daripada cara pergaulan diorang...wah! haha kecek sedak! Terengganu xpayah nak cerita lah. nama pon dah duduk Terengganu, semua orang cakap Teganung! mak cik cleaner, kafe, mak cik keropok lekor luar pagar, drebar bas, lecturerS, pak cik teksi (demang ni, maring maing ujang), semua lah...

bahasa? setakat ni aku xterserap lagi dialek Kelate or Teganung (KoT) dlm pertuturan harian aku...boleh kata 100% xde la...bukan apa...perangai aku ni jenis malu..malu nak cuba sesuatu yang baru..huhu~~ takut salah kan..hihi and aku prefer belajar dengan cara mendengar jer...means that, aku just dengar and blajar dari situ... xpernah la aku tanya2 sangat...gini camane, gitu ape..hm,, *nok oyak ko malu tu jah...hehe and lagi satu, takut jadi kelakar kalau aku cakap KoT,,yela..lidah burger, fries, pizza, and semua jenis western food cam aku ni mana jadi nak tukar cakap macam orang lidah budu dan keropok lekor nih...hihi~~ *koya! jadi jerman kang.. kalu diorang kecek lua xpe, sebab tu bahasa standard, so xpeliklah. kalau diorang kena bercakap dalam majlis rasmi pun, kena guna standard jugak. kiranya, xde masalah la. bagi orang luar yang nak cakap dalam loghat diorang ni yang agak tergeliat tulang rahang nye... mujur lah aku duduk Pahang. and kawan2 Kelantanese aku cakap orang Pahang paham bahasa Kelantan. huhu maybe la.. mostly, aku paham. tapi kalau yang dah keluar segala koppa', kakah, or segala mak nenek tu,, aku xpaham lah..hehe~~

haha,,jauh melalut...

so,,,untuk final Piala FA ni, aku sendiri tak tahu nak sokong mana dah. sebagai langkah selamat, aku sokong team yang menang la...xpun, setiap kali gol dari mana-mana team, aku sorak.haha~~

ada dah dengar2 kawan2 se'batch' aku yang dah gerak gi KL nak tgk final.


Kelantan layak ke final dengan agregat 6-2 mengalahkan Selangor.. manakala Terengganu layak dengan agregat 5-2 ke atas Pahang....huhu at least Pahang dapat lah semi-final.. sedikit fakta nombor di sini; 100% negeri pantai timur layak ke semi-final, manakala 75% negeri yang layak ke semi-final adalah negeri pantai timur. dan 100% negeri yang layak ke final adalah negeri pantai timur. pantai timur memang hebat! haha~~~ x kisah la KoT ke menang, as long as pantai timur! ye la, pantai timur ni kan macam agak ketinggalan sikit jika dibandingkan dengan negeri pantai barat...so, kita mesti bersatu! *ape kes ni, emosional sangat??

dah alang2 cakap pasal pantai timur tu, LIKE la page ni, Komuniti Facebook Pantai Timur (East Coast) 

Thursday, June 9, 2011

Otak dan Sujud

salam... lama dah aku xupdate Tazkirah aku kan? huhu~~ xmenjadi dah program aku tuh. hmm...aku pun malas dah nak follow plan aku. senang-senang, bila aku ada benda nak share aku terus je lah share. xpayah la tunggu hari Jumaat or else, trus terlupa...lagipun, tazkirah xsemestinya hari Jumaat je kan? hehehe~~~ ha,,, hari tu terbaca artikel ni kat facebook..ade kawan share link..memang menarik..sangat sangat menarik lah!


Kelebihan sujud:
kelebihan sujud

'Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.

Dia adalah seorang Doktor Neurologi . Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam Dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'Perubatan Melalui Al-Qur'an' ..

Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) Dan sebagainy a.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, Maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.

Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!!

Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam.......Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!

Tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!

Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.'


time aku sekolah rendah dulu, ada jugak aku dengar cerita, satu lagi keistimewaan orang Muslim yang bersolat...ada pakar bedah ke pakar apa xyahu la. dia cakap beza orang Muslim dengan non-Muslim ialah, dahi (tengkorak) orang Muslim biasanya berlekuk sikit. so, biasanya bila dia dapat mayat yang dah tak sempurna or apa2, dia kenal melalui tu lah..lebih kurang macam tu la cerita dia...so, kalau Muslim yang tak solat tu? pikirlah sendiri~~~

Sahabat Selamanya...





Sahabat Selamanya - Padi OST Upin - Ipin

Dua tiga kapal berlayar di samudera
Ayuh sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama
menikmati indahnya dunia

Kerana sahabat untuk selamanya
bersama untuk selamanya
kau dan aku sahabat
untuk selamanya setia...

Berakit-rakit kita ke hulu
Berenang-renang kita ke tepian
Kita berbeza untuk saling berkongsi
Segala kekurangan kita

Mencari sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbezaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya... selama-lamanya... setia...

tak ada bukit yang terlalu tinggi
untuk kita daki bersama
dan tak ada laut yang terlalu dalam
untuk diselami...

Sahabat...untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya.. selamanya-lamanya...

Untuk selamanya....setia... =)


Wednesday, June 8, 2011

Hua3....*ketawa

rehatkan minda bersama fakta mengenai ketawa!!! chill...

1.Tahukah anda ketawa 100 kali bersamaan 15 minit senam berbasikal.ketawadapat meningkatkan kadar jantung dan menggunakan banyak otot dimuka,perut dan diafragma..
2.Selain memulih mood kita,ketawa boleh megurangkan stress,melawan jangkitan dan mengurangkan kesakitan.


3.Peringkat dua hormon-hormon tekanan, kortisol dan epinefrina yang mana menindas sistem imun badan, sebenarnya akan  dijatuhkan selepas satu dos ketawa.
4.Ketawa menyebabkan perubahan positif dalam kimia otak dengan melepaskan endorphins , dan ia membawa lebih oksigen ke dalambadan dengan penarikan nafas lebih dalam.
5.Ketawa mengeluarkan kemarahan, ketakutan, kesalahan,kebimbangan dan ketegangan.


6. Ketawa menggalakkan tumpuan pada sikap yang baik daripada sikap yang buruk.
7.antibodi yang paling kuat di badan kite dijumpai di badan apabila kita ketawa sepanjang masa.
so, ketawalah anda sepanjang masa....hahaha eh, terketawa la pulak..ehem2,, ketawa yang BERLEBIHAN xelok jugak sebenarnya...boleh mengeraskan hati. nanti xmakan di ajar pulak... ingat tu! ketawa hanya sekadar yang perlu...maknanya, bila situasi itu boleh dan wajar diketawakan, ketawa lah! =) jangan ketawa xbertempat or ketawa over2... hehe~~
p/s: tun tun tun tun...*ala2 announcement shopping complex.. perhatian kepada pemilik2 gambar di atas, jika anda tidak gemarkan gambar anda tersiar di blog meletops ni, sila hubungi saya, harap maklum..