orang baik hati

Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul

assalamualaikum warahmatullah,,, lama jugak lah tak update blog ni,,, xada apa penting nak diceritakan sangat. minggu yang tersangatlah sibuk nya dengan English Week. walaupun aku bukanlah memegang post sebagai orang penting kot,, (tukang hantar order makanan jer...) tapi terasa sangat sibuk nya. pulak tu,,, nak fikir pasal Kerja Kursus Pendek (KKP) LDV and SS yang x berusik lagi tu..suci lagi murni je lagi kertas task dia.. =P minggu depan dah kena hantar. Tapi xboleh la nak merungut sangat kalau nak kata kita sibuk, semua orang sibuk... antara pandai ke x nak arrange jadual harian je... esok cuti sempena Maulidur Rasul, tapi budak2 TESL kena join Perarakan Maulidur Rasul.. Aku terfikir jugak kenapa la kitorang yang kena, dah la minggu ni English Week, ade break sehari pon kena pergi belarok (dialek org sini...uhuhu) pulak...erm,,,tapi ok la.... dapat pahala what walaupun berarak tu just adat(budaya) je tapi selawat tu ibadah...penting tu...!! huhhu okeis!~~ that's all for now! and again Salam Maulidur Rasul to y'all,,,,, =)

Wednesday, February 9, 2011

aku sensitif?? haha memang pon,,agak laa.. aku ni jenis cepat terasa or bak kata kawan aku, aku ni suka fikir benda bukan (negative thinking) huhu,,, bukan apa, kena fikir jugak risiko kalau nak buat apa2..xpon kita dapat detect apa perasaan orang tu, dia suka ke, xsuka ker... dah memang aku jenis macam ni, nak buat camane kan.. huhu ni pasal pagi tadi time lecture,,aku cam terasa hati la dengan lecturer sorang ni...dia xbuat apa2 pon yang boleh menyakitkan hati aku sangat2, cuma aku sedikit kecewa but curious la kenapa dia tak ambik folder aku. aku hantar atas meja dia, then dia kutip yang member aku je 2 orang. padahal kitorang hantar sama2. siap letak sama2 lagi..hm,...maybe dia lupa ke xperasan ke xtau la...maybe jugak folder aku 2 yang hard cover tu, besar. so maybe dia xlarat nak angkat,,, nak kata dia xperasan xlogik kot. aku sorang je guna hard cover folder. kawan aku lagi dua orang tu guna clear folder jer...then, time lecture dia, dia tiba2 tanya soalan macam mana nak sebut 1 word tu, aku yang tengah mengelamun+mengantuk+boring tahap gaban ni gelabah la, then aku tanya dia balik..."mana,,,?" lepas tu dengan nada sarkastik nya dia jawab balik soalan yang meluncur secara spontan tadi,,,huhu tapi aku xsalahkan dia pon,,,salah aku jugak...cuma mungkin nanti peratus kepercayaan dia kat aku berkurang,,,hm... xbest la macam tu.. jadi student yang xdisenangi lec. lepas tu, aku pon mula la fikir bukan2 tadi, sampai la kejadian yang dia xkutip folder aku..hm,,,, aku terasa yang dia ni xsuka aku.. huhuhuhu macam2 la aku ni fikir kan?? hee....harap2 tu semua cuma negative thinking aku jer la...kadang2 bagus negative thinking ni untuk certain2 aspect, bukan semua.. macam la rasa malu jugak... bak kata lec time tazkirah zohor hari tu, malu ni ada 2, mahmudah and mazmumah... ada yang mendatangkan kebaikan kpada kita, ada jugak yang just bagi negative effect kat si pengamalnya...hahha wah!~~ okeis, nak tido, letih la hari ni....salam... =)

Tuesday, February 8, 2011

hobi...

kalau kita sebut pasal hobi, mesti teringat zaman budak2 kan??? huhu tapi bila dah besar ni, aku tertanya2 jugak apa sebenarnye hobi aku...hmmm....aku terfikir balik semua ni pon lepas madam samsiah tanya pasal hobi masing2 time class first dulu. aku memang gelabah gler la nak cakap apa hobi aku, sebab bila fikir balik aku memang aku xada hobi,,,,huhu such a boring person la aku ni kan??hahaha tapi aku enjoy jer hidup aku ni...hihi nasib baik aku tak kena tanya time tuh!~~ haha diorang yang cakapp hobi surf internet, main video games and ape2 jela hobi yang sinonim dengan budak2 muda sekarang ni madam tolak mentah2 sebab semua tu xperlukan skill. pelik jugak aku, dah tu...hobi orang kumpul setem dulu2 tu, pe skill dorg guna ek??? hurrmmm... tapi memang sepatutnya aku bosan la bila aku xada hobi, tapi yang musykil nya, aku xbosan pon,, huhu ape2 jer la... baru2 ni plak, classmate aku tanya, "syaher, u didn't play any games??" aku cakap la,, "nope, aku xminat.." lepas tu dia tanya apa yang aku buat bila time lapang? huhu aku pon xtau da nak jawab pe...aku suka berhibur sorang diri kot, kat bilik..hahaha (da macam orang gler da...) sigh~~ ye la, budak2 lain, dengan koleksi movie nye, game segala mak nenek diorang main, CS la,,DOTA la,,eeh,,dota ke cota ke ape tah.. aku xamek tau sangat.. huhu so, persoalan yang berlegar2 di minda aku sekarang ni,, orang yang xada hobi macam aku ni seorang yang bosan ke??? ermmm.....

Sunday, February 6, 2011

MESIR...something that we should know...

Keluasan
997,738 km persegi

Populasi
84.4 juta orang

Jangka Hayat
Lelaki: 69.9 Tahun
Perempuan: 74.4 Tahun

Agama:
Islam, Kristian

Pemerintahan:
Regim Presiden, Dua Parlimen

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK):
2,070 Dolar

Pengangguran:
9.36%

Hasil bumi:
Perlombongan, pelancongan, Terusan Suez

Ketenteraan:
468,500 askar
397,000 kumpulan separa tentera


Hosni Mubarak manusia TERKAYA di dunia

Hosni Mubarak, Presiden Mesir



salam,,, korang baca dah paper hari ni?? aku kat kolej ni memang beli kosmo je lah (walaupun lec suro beli paper english...)hihi degil~~ bukan apa,, aku ni jenis minat dengan info2 ni, kosmo pulak sangat2 menepati citarasa, nafsu dan keinginan aku..hahaha murah pon murah! haha promote pulak ek,, cover story dia pasal Hosni Mubarak... Presiden Mesir yang kontroversi giler tuh...ni lagi kontroversi bila terkantoi yang dia kaut kekayaan lebih AS$70 bilion sepanjang 3 dekad jd presiden.. wow!~~ kaya tu... lagi kaya dr Bill Gates and Carlos Slim Helu (taikon telekomunikasi Mexico). Atok Hosni ni jugak ada hartanah kat Manhattan, NY, and Beverly Hills, LA. US..hoho Anak lelaki dia 2 orang, Alaa Mubarak and Gamal Mubarak. dua2 billionair.. anggaran kekayaan RM76 billion. yang sorang tu siap ada kapal mewah berharga RM248 juta...! hurm,,, dah alang2 aku citer sal orang kaya ni, aku sertakan la sekali list 5 manusia terkaya dunia 2010...tapi xtermasuk Atok Hosni ni la,,,tah la kenapa...dia bukan  manusia kot??? haha okeis,, check this out!!! >>>

1) Carlos Slim Helu and family - Mexico
RM163 bilion
2) Bill Gates III - AS
RM161 bilion
3) Warren Buffett - AS
RM143 bilion
4) Mukesh Ambani - India
RM88 bilion
5) Lakshmi Mittal - India
RM87 bilion

Saturday, February 5, 2011

BALI LINER and Prebet Sapu...huh!~~~

hoho,,,ni nak cerita sikit pasal travel aku balik IPG ni... Temerloh-K.Terengganu... aku lambat beli tiket nak balik sini (actually xde la lambat sangat, cuma tiket yg cepat habis huhu,,,) so, dapat lah bas tambahan Shamisha Holiday...company dia sewa bas catar,,BALI LINER..huhu teruna teruja jugak la nak naik time tengok td.. tengok je, belum naik,, skali naik..ermmm ambik ko,,bas lama...huhu air-cond dari Temerloh smpai KT, aku xrasa pun angin, cuma maybe surrounding dalam bas tu AGAK ber'air-cond' kot, so xla rasa panas sangat. tapi memang sangat2 TAK selesa...huhu sampai KT plak dah pukul 5 lebih, so ingat nak ambik teksi je la.. tetiba dtg pakcik prebet sapu tu tanya nak kereta tak,,, aku tanya la, "bese pakcik ambik bape?" dia kata, "biase 30riyal je.." em,sama je la dengan teksi. dah member aku roger je,, aku pon layan jelah...sekali tgk kereta dia bapak ah...kesan cat bertompok2, kemik2..mesti ganas pakcik ni bawak...huhu memang tepat tekaan aku,,sikit pon xmiss.. yg lg teruk tu,, pakcik ni adjust spedometer kereta dia tu,,, dia dah pecut gler da,,sampai nak gugur pundi kencing aku,,,aku jeling meter,, baru 60km/j!!! huhu bahaya betul pakcik nih... sumpah dah aku xnak ambik prebet sapu dah pas ni...huhu kawan aku tu pon xnak dah... huhu,,, tamat lah perjalanan aku yang sangat teruk hari ni... =_="""

malam ahad...malam bersantai???

salam...malam ahad biasanya sinonim dengan malam untuk bersama keluarga ke,,nak tengok tv sama2 ke... tp tak bagi aku n kawan2 aku kot, disebabkan ahad adalah hari kuliah,,,haiz~~~ huhu so, malam ahad adalah malam paling strategik untuk menyiapkan segala homework and task yang ada..heheh (akibat ar,, suka tangguh2 kerja..) lagi2 pulak baru habis break seminggu.. kerja berlambak ar! aku ni kira lega la sikit banyak jugak siap cuma tiba2 je td dpt info yg lec nak folder esok. so, kena la buat ape yang patut...
p/s: esok miss kata dia xade,,tp lec org putih tu kata nak masuk...*excited*

Thursday, February 3, 2011

Kempen Menutup Aurat


pic ni aku ambik dari page kat facebook,,, admin tu pesan suruh copy and upload dalam blog etc2.. hehe so, aku letak la.. =) kepada yang tak menutup aurat, SELAMAT MENUTUP AURAT!!! kepada yang memang menutup aurat tu, alhamdulillah...teruskan...
okeis lah y'all...nk sambung layan CR7 CJ7!!!~~~

HAPPY CHINESE NEW YEAR!!!~~~

selamat tahun baru cina!!!~~~ kpd semua rakan berbangsa cina esp TESLian Cohort 2....hehe William Hoi, Jowy, Siew Chen, Sook Rui, Yoong How Fatt,,,ermmm ramai lagi la....hahaha Mr.Chan pon!~~juga kepada ex-classmate time kat KMJ dulu, Lee Seng Leong..entah la dia kat mana sekarang,,,dah berangkat ke Canada ke belum tah! hurm,, to Ms. Chia Chew Peng (betul ke ejaan nie??) lec kimia yg bes gler!~~ hoho Gong Xi Fa Chai y'all!~~~

Tuesday, February 1, 2011

sepetang bertazkirah~~~

Guru Teragung
www.iluvislam.com
Dihantar Oleh : Ain Farhana
Editor: Isyrak
“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah saw suri tauladan yang baik bagi kamu (iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) Hari Akhirat dan dia banyak menyebut Allah” (al-Ahzab:21)

Begitulah firman Allah yang menunjukkan bahawa susuk tubuh mulia seorang guru teragung untuk seluruh umat manusia yang tidak pernah kenal erti penat lelah dan putus asa dalam mendidik jiwa manusia dengan Islam sehingga kita merasakan keindahan Islam ini sehingga sekarang.

Kisah Hidup

Muhammad bin Abdullah atau Nabi Muhammad saw. dilahirkan dengan keadaan serba kekurangan. Ayahnya wafat ketika baginda masih berada dalam kandungan ibunya, kemudian ibunya pula wafat ketika dalam perjalanan pulang dari melawat kubur bapanya. Abdul Muttalib, datuknya pula wafat ketika baginda sangat memerlukan kasih sayang sebuah keluarga pada usianya 8 tahun, hanya Allah yang tahu hikmah di sebalik peristiwa yang memeritkan ini. Baginda dijaga pula oleh bapa saudaranya yang sangat mencintai dirinya iaitu Abu Talib.

Ketika mendapat wahyu pertama daripada Allah di Gua Hira’ tempat dimana baginda mengasingkan diri daripada perbuatan jahil kaumnya dan untuk berkhalwat bersama Tuhannya. Menggigil seluruh tubuhnya ketika pulang ke rumah dan diselimuti oleh Siti Khadijah isterinya yang banyak berkorban harta benda demi Islam.

Sejak dari itulah perjuangan dan pengorbanan yang ditunjukkan oleh insan mulia ini dari dulu sehingga kini seluruh umat manusia mengkaguminya sebagai seorang tokoh yang sudah mengubah dunia.

Pengorbanan

Begitu banyak pengorbanan yang dilakukan oleh Rasulullah saw untuk diteruskan oleh kita umatnya. Bagaimana Rasulullah mengajar kita erti kesabaran dalam menghadapi rintangan dalam sebuah pekerjaan, mengajar kita beramal dengan segala kudrat yang ada pada kita dan mengorbankan apa sahaja yang termampu untuk menyebarkan agama mulia ini.

Lihat sahaja peristiwa hijrah yang menyaksikan Rasulullah terpaksa meninggalkan kampung halaman yang sangat dicintainya kerana cintanya baginda kepada Islam dan umatnya. Ketika peristiwa hijrah ke Thoif yang menyaksikan kesabaran yang ditunjukkan oleh insan mulia ini walaupun diherdik dan disakiti oleh penduduk Thoif sehinggakan darah keluar dari kepala baginda sehingga ke buku lalinya.

Baginda sentiasa berada bersama-sama umatnya dalam keadaan senang mahupun susah. Ketika Perang Uhud yang menyaksikan Rasulullah saw dihimpit dengan serangan daripada pihak musuh sehinggakan patah dua batang gigi Rasulullah saw terkena panahan daripada musuh. Baginda turun bersama-sama tenteranya untuk menggali parit ketika Perang Khandak/ Ahzab. Baginda juga bersama-sama mengikat perut yang lapar bersama pengikutnya, biarlah dia orang yang pertama merasakan kelaparan tersebut.

Alangkah besarnya pengorbanan yang ditunjukkan kepada kita oleh susuk tubuh guru terangung sepanjang zaman ini. Begitu bersungguhnya baginda dalam perjuangan mendidik manusia menuju ke jalan Allah swt..

Wafatnya Insan Mulia

Ketika umat Islam masih memerlukan bimbingannya, Allah lebih sayangkan Baginda. Ketika itu terasa seperti dunia ini terlalu suram, sahabat-sahabat tidak tertahan dengan pemergiannya, Umar yang dianggap sebagai seorang yang garang akhirnya menitiskan air mata kesedihan melihat sekujur tubuh yang mulia yang tidak bermaya menunggu panggilan daripada Allah.

Sebelum baginda menghembuskan nafas terakhir, sempat baginda membisikkan sesuatu kepada Saidina Ali, sepupu yang sangat dikasihinya. Dirikan solat, lindungilah kaum yang lemah dan umatku, umatku, umatku. Akhirnya baginda menghembuskan nafas terakhirnya di atas pangkuan Aisyah. Bergenang air mata seluruh umat Islam ketika itu mengiringi pemergian seorang insan yang sangat mulia dan seorang guru teragung yang banyak mengajar kita tentang kehidupan dan perjuangan menegakkan yang haq dan meruntuhkan yang batil.

Ya Allah kami tahu kami banyak melakukan dosa kepadaMu dan banyak meninggalkan suruhanMu. Ampunkan dosa kami, dan limpahkan rahmatMu keatas junjungan besar kami Nabi Muhammad saw dan berikan baginda kedudukan yang terbaik di sisimu dan kurniakan kami peluang untuk bertemu dengannya suatu hari nanti, sesungguhnya kami sangat merinduinya.

Selawat dan salam ke atas Rasulullah nabi dan juga guru teragung buat kami.

Manual Bercinta : Perigi Timba Sama Mencari ~iluvislam.com~

Manual Bercinta: Perigi Timba Sama Mencari
www.iluvislam.com
Oleh: Ahmad Fahmi
Editor: Rasailul Ashwaq




"Sekarang lepas habis degree, nak buat apa pula? Nak kerja atau sambung lagi buat master?," saya bertanya. 


Pada malam itu, alhamdulillah, diizinkan oleh Allah s.w.t. sempat bertukar khabar, bertanya berita kepada seorang kenalan yang berstatus kakak, yang saya kenal hampir 15 tahun silam. Beliau juga antara insan yang saya amat kagumi dan hormati. Akhlaknya baik dan dalam bidang akademik, mendapat anugerah dekan itu biasa. Mantap pokoknya. 



"Akak rasa nak jadi pensyarah. Kebetulan habis degree, pihak universiti tawar sambung master. InsyAllah kakak rasa nak sambung master," jawab beliau. Dengan keputusan yang cemerlang, bukan satu hal yang sukar untuk mendapat tawaran ini. Walaupun dengan usia yang muda, seawal 25 tahun. 



"Ngomong-ngomong, sekarang sudah masuk umur 25. Sudah ada calon belum kak?," saya cuba mencuit dengan nada bercanda. 



"Erm, itu yang akak nak cerita dan minta pendapat Ami ni." 



"Owh... beres. Ceritalah... kalau boleh saya bagi pandangan, ya saya bagi. Jika tak boleh, sekurang-kurangnya menjadi pendengar yang baik," jelas saya. 



"Ada seorang yang suka pada akak, tapi akak tak berapa berminat kerana akhlaknya tak bagus. Jadi akak tolaklah." 



"Bagus, seharusnya macam itulah," komentar saya. Menambah rancak perbualan.



"Itu tak apa lagi. Akak tak kisah pun. Cuma sekarang, bimbang juga, dengan umur sudah masuk 25, tambah pula nak sambung master. Tak ramai lelaki yang berani," jelas beliau.



Sudah menjadi polemik dalam kalangan masyarakat apabila kita bercerita tentang dua kutub insan ini, faktor akademik dan taraf hidup menjadi permasalahan. 



Wanita ramai di pusat pengajian awam, lelaki ramai di pusat serenti. Wanita ramai mencari ijazah, lelaki ramai berusaha menjadi jenazah. Dijalan raya yang "lurus". Itu baru dibuka cerita hal kelayakan duniawi, belum bersembang bab kelayakan akhirat. Susut, paras kritikal. 



Lantas kebimbangan yang dikongsi itu, sebenarnya wajar dan tidak dapat tidak, kita harus mengakuinya. Ralit masyarakat kita, umur 25 tahun, adalah umur yang paling "cun" untuk melangkah ke alam sana. Menghampiri ke umur itu, cukup mendebarkan buat si gadis. Saya mengerti. 



"Jadi sampai sekarang, tak ada lagi lah lelaki yang masuk merisik khabar?" tanya saya. 



"Erm, belum ada. Cuma macam ni, akak ada berkenan dengan seorang lelaki ini. Baik perangai dan insyallah
 soleh. Cuma itu di peringkat akak, jika dia, akak belum tahulah bagaimana."


"Jadi nak minta pandangan Ami, macam mana nak buat?" tanya beliau. 


Mainstream Masyarakat 



Selalunya, setiap hubungan itu dimulai oleh si jejaka. Mendekati si gadis, merisik si gadis, sehingga meminang si gadis. Caranya pelbagai. Bagi lelaki yang faham apa itu Islam,apa itu hukum syarak, si jejaka akan menguruskan dengan panduan tersebut. Tapi tidak kurang juga, lelaki mengambil panduan bukan dari firman tertinggi, ayat-ayat cinta, al-Quran dan sunnah!



Apabila lampu hijau diberikan oleh si gadis, biasanya selepas itu akan menyusullah ijab dan kabul. Lelaki meminang wanita, itu biasa dan lumrah bagi masyarakat. 



"Apa kata, akak yang mulakan dulu. Maksud saya akak yang merisik lelaki tu?" cadangan "ganjil" saya. 



"Ish Ami... seganlah. Tak buat dek orang," pintas beliau.



Ya... perempuan meminang lelaki itu aneh bagi masyarakat kita. Tetapi jika kita menyemak kembali helaian sejarah gemilang, yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat, hubungan membina keluarga Muslim lagi mukmin itu bukan dengan cara satu hala.



Ada sirah mentafsirkan hubungan itu dimulai oleh jejaka meminang wanita. Dalam pada masa yang sama, ada sirah mencatatkan hubungan itu dimulai oleh wanita itu sendiri.Lupakah kita dengan kisah cinta Murabbi Cinta kita, Rasulullah s.a.w. dengan wanita syurga, Siti Khadijah. Dalam kisah cinta, cinta terbaik yang harus kita umat akhir zaman contohi sudah semestinya baginda. Ini membuktikan, pinangan itu bukan satu talian kehidupan yang bersifat satu hala, tetapi boleh bertukar menjadi dua hala. Tergantung keadaan dan masa. 



Seganlah!



Ya segan, kerana tidak dibuat dek orang kita. Sedangkan syariat begitu luar melebar dalam menata hidup umat Islam. Cukup cantik dan cukup sempurna, berbanding keterikatan adat yang menyempit. Menyusahkan. 



Yang wajib, tidak dibuat. 

Yang sunat, dilihat wajib. 
Yang haram, itu dipertahan! 



Sebenarnya, ada sesetengah adat dan syariat yang boleh dicantumkan. Dan jika ada pertembungan, bagi kita yang mengaku beriman dengan Allah dan Rasul, syariat itu diletakkan di hadapan sekali hatta pedang di leher sekalipun. 



Kebenaran itu di zaman ini dilihat asing dan janggal di mata masyarakat. Justeru menjadi "cicak yang pekak" amat dituntut biarpun dicop sebagai tidak tahu malu!



Cara Menghubung 



"Habis tu macam mana akak nak buat? Takkan akak nak jumpa dia, tanya nombor telefon keluarga dia... aneh la dan malu lagi," jelas beliau. 



"Haa.. ada caranya dan malu itu tandanya ada iman," pintas saya. 



Sering kita, malu itu malu tidak bertempat. Ramai wanita ke pusat membeli-belah dengan menayang pusat, bertepuk tampar dengan lelaki bukan muhrim, keluar malam tak ingat dunia, berpeleseran di tempat awam tanpa segan dan malu. Buta hujung, buta pangkal.



Mahu meminang lelaki yang baik untuk diri sendiri? Ah... malu. Malu tidak bertempat.
 

Jika melamar lelaki itu dibenarkan syariat, kenapa tidak?
 


"Saya cadangkan, akak risik dia melalui orang tengah. Orang tengah ini bukan sebarang orang boleh jadi. Dia harus orang yang amanah dengan rahsia dan baik akhlaknya.Jika kita lihat Siti Khadijah itu sendiri dalam meminang lelaki terbaik di dunia, Rasulullah s.a.w. juga melalui orang tengah. Jadi, mengunakan orang tengah adalah jalan terbaik dan dan lebih mulia bagi seorang wanita," terang saya. 



"Biasanya, orang tengah itu siapa?" 



"Biasa orang tengah itu, pasangan yang sudah bernikah. Dan pasangan ini baik antara akak dan lelaki itu. Jadi akak boleh sampaikan hasrat melalui isteri, dan akan disampaikan ke lelaki itu melalui si suami." 



"Menarik... tapi itulah segan juga tu. Macam tak laku pula." 



"Biar memilih, asal jangan salah pilih. Pernikahan, bukan untuk sehari dua. Kita cuba untuk selamanya. Tempat kita mencari ketenangan. Tak laku, low class atau segala macam titleyang diberikan, semuanya sekadar kata manusia. Biar di pandangan manusia low class, tetapi Allah lihat kita hamba yang high class.



"Hurmm..."



"Pandangan kita, gadis bertukar pasangan sekerap menukar lampin bayi, itu 
high classhot stuff. Dibawa ke hilir jantan ini, dibawa ke hulu jantan ini. Itulah "gadis laku" di zaman kita. Jika begitulah, biar tak laku pun apa. Allah lebih mengetahui," saya memberi semangat.


"Cuma satu lagi akak bimbang, macam mana kalau pinangan ditolak lelaki tu? Malulah."



"Disini peranan orang tengah menjadi penghubung yang paling penting. Jika orang tengah itu amanah dan bijaksana dalam melaksanakan misinya, insyallah jika ditolak sekalipun kita masih santai kerana kerahsiaan amat terjaga. Apa-apa pun, doa, usaha dan tawakal itu kuncinya," jawab saya. 



Perigi mencari timba atau timba mencari perigi, masih dalam lingkungan kaedah. Dan jangan kita terlupa core bisnes kita di dunia. Sudah solehkah kita? Sudah solehahkah kita? Dengan menyelesaikan persoalan tentang diri kita, urusan si dia, dengan izin Allah dipermudahkan.



Lelaki baik, untuk wanita baik. Wanita baik, untuk lelaki baik. Itu sifir Ilahi! Itu firman tertinggi! Mahu kita percaya? Tidak perlu dijawab, tanyalah iman!


"Wanita-wanita yang keji untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji untuk wanita-wanita yang keji (pula) dan wanita-wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik (pula)." 
(Surah An-Nur:26)


Biar memilih asal jangan salah pilih...

SELAMAT HARI WILAYAH!!!~~~