orang baik hati

Thursday, December 26, 2013

Paleolitik.

Zaman Paleolitik di Malaysia bermula kira-kira 200,000 hingga 300,000 tahun dahulu. Pada Zaman Paleolitik ini, manusia menggamalkan hidup secara berpindah-randah mencari kawasan baru atau dikenali sebagai hidup nomad.

Ok. Haha. Mengarut je. Aku nak highlight pasal berpindah-randah ni je. Aku nak pindah x lama lagi. Dalam masa terdekat ni lah. Tak dapat nak pastikan the exact date tu bila. As for now, we are still in the process pindah-pindah barang. Since rumah kat kampung belum siap, so kitorang terpaksa hantar sikit-sikit letak kat rumah sedara-mara. Rumah taman kat Mentakab tu macam dah agak penuh, so nak tak nak kena angkut jugak la. and to be frank, I hate this situation. huhu. Aku paling tak suka rimas-rimas habuk ni. Alaaa,,, even now aku tengah selsema. Seharian dah. Pasal habuk berterbangan dalam rumah. Yela, tengah kemas2 kan. Hidung aku ni pantang habuk sikit. :8'(

Cerita pasal pindah-randah ni, tak termasuk yang kali, dah 4 kali kitorang pindah rumah. Haha. Ni  seingat aku la. Rasanya masa kat Sabah aku mmg lahir dan sampai last day aku kat Sabah mmg duduk rumah tu. So, first masa pindah dari Sabah ke rumah taman kat Mentakab, Pahang. Aku ingat masa tu lewat malam. Tunggu lori angkat perabot2 dari pelabuhan. Barang2 kan naik kargo. So, dah dihantar lebih awal ngan kapal. Sekali dengan kereta. Lewat malam baru sampai. Aku dah tertidur pon. Bangun-bangun pagi tengok penuh dah rumah. Haha. Sebelum tidur, kosong! :P

Lepas tu kena bawak sikit barang dari Mentakab tu ke Bera sebab mak abah dapat tukar sekolah area sana. Yang tu aku tak berapa ingat dah. Haha. Duduk rumah tu dalam 3 tahun jugak la. Actually rumah (kuarters) tu hujung sekali. Tepi rumah aku, macam ada laman sikit, lepastu tanah orang, dan hutan belantara. -___-" Masa kat situ la paling banyak dugaan. Dengan segala spesis haiwan pernah menyinggah rumah aku, tenggiling, musang, beruang, gajah, babi... macam zoo dah! Tp gajah ngan beruang aku tak tengok la. Dan dua kali jugak rumah aku kena pecah masuk. Akibat ancaman manusia liar dan haiwan liar, mak apply nak pindah rumah depan-depan sikit. Sebab ada cikgu pindah. Maka berpindah lah kami. Tak guna lori pun, guna tenaga jiran tetangga dan van yang sedia ada ni. 

Rumah baru ni (tak lah baru, sama je umur ngan rumah lama) seronok la sikit. Time ni zaman kanak-kanak aku paling gembira! Haha. Kawan pon ramai. Lama tak lama, dalam 2 tahun lebih duduk situ sebelum pindah ke kuarters baru. Dari kuarters kembar setingkat 2 bilik, 1 bilik air (design tahun 80-an) ke banglo kembar dua tingkat 3 bilik, 2 bilik air. Best wooo pindah rumah baru. Baru yang real baru. Haha. Angkat barang agak mencabar sebab jauh sikit. Kena lalu jalan utama penduduk Felda tu. Tak silap aku Julai 2003 pindah situ. Heaven je rasa. :P *jadi batak kejap sebab 5 tahun duduk kuarters buruk*



Situ lah paling lama kitorang menetap. 2003-2010. Pertengahan Jun 2010, mak aku diluluskan untuk bertukar ke Maran sebab ikut abah aku yang lebih dulu tukar ke sana. Tapi aku tak terlibat masa pindah-memindah sebab aku ada kat Matrik. *yeyyy* haha Balik cuti je sedar2 sampai rumah, eh rumah lain. ekekeee...

Rumah ni kuarters jugak. Tapi kecik sikit dari kuarters sebelumnya. Design masih lebih kurang. Tapi mcm tak best jer. Best lagi rumah lama. Dan 2013, nampaknye kena pindah lagi. Sebab mak abah dah pencen. Thanks to the pihak jabatan sebab still bagi kitorang duduk sini kejap sementara nak angkat barang ni. Lama jugak ni, dari September haritu. Free of charge. :D

Panjang jugak aku membebel. Haha. Lepas ni boleh tulis "Travelog Seorang Penghuni Kuarters" ! LOL
Sebab since aku pindah Pahang, 15 tahun dah, selama tu lah aku duduk kuarters dan rasanya sangatlah pelik. 

Haha. One thing yang aku perasan sangat-sangat ialah aku takde kawan. huhu. Sejak aku darjah 6, aku xde kawan sekitar rumah. Naik sekolah menengah lagi lah. Duk asrama, balik je, berkurung je. Memang takde kawan. Pindah Maran pon, tak sempat la nak bertegur sape. Awkward plus aku ni tak la mesra mana. I'm not a person yang mulakan bicara.. Haaa... Kalau orang tegur, insyaAllah respon baik dari aku akan anda dapat. Haha. Dan masalahnye takde! Huuuu  

#notakaki#babai Maran ku terchenta.~ wakakakaa...

Monday, December 23, 2013

iTEMS

salam. dah penghujung cuti ni, selalunya website iTEMS ni lah yang selau dibelek2. bukak2 laptop mesti try bukak dulu. sebabnya nak tau result final. huhuh.

tapi since senior sem 8 dah dpt dulu + tiada maklumat susulan bila semester lain nak dapat, so aku mcm putus asa sikit. malas nak cek hari-hari. sehinggalah tadi. tgk scroll timeline twitter, tetibe ternampak tweet kawan aku.



hari ni x ready pon nak tgk result. haha lantas aku pon bukak iTEMS. mmg debor ! tp excited nak tau result tu mengatasi segalanya.hahah.
bukak je tgk ade dh link utk result sem ni. klik. tadaaa! tgk yg ni dulu haaa...

alhamdulillah.


pastu bru tgk pointer dan yg ni...

klik utk tumbesaran yg sihat! pointer? xmuat nak letak KAHKAH


overall, alhamdulillah. :) syukur sgt2. sem 2 je haritu turun sikit. lepastu setakat ni meningkat byk jugak la. aku x pernah letak target berapa aku nak every sem. entah la. x pernah terfikir nak target2 mcm tu. redah je. bila fikir balik masa jawab exam, mcm teruk je. ade jugak yg tinggal, x jawab. :P mungkin assignment byk tlg up markah sikit2 :) syukur. assignment la masa nak pulun mrkah tinggi pon. hahah. tp subjek B+ tu xleh nk tlg la sbb assignment pon hancusss.. kahkah~ k lah. tu je. looking forward for the following semesters!

wassalam.

#notakaki#terbayang balik masa storytelling. huh. -.-"

Thursday, December 19, 2013

Throwback Oct 23rd

Salam. aku nak throwback birthday haritu. actually, aku dah update pasal birthday, boleh tgk sini, tapi aku x include surprise yg ni since ye lah... nama pon surprise. mlm tu baru aku di-surprisekan walhal blog dah update. x sabar punya pasal kan. *keji betul* haha

maka pada 23 Oktober 2013 malam, aku pon diajak bermakan-makan oleh Aiman. dia yg beria-ia nak belanja aku. sebelum tu aku dah cucuk-cucuk dia bile nak belanja mekdi. so, mlm tu dia pon ajak. maka pergilah kami berlima, aku, Aiman, Paan An, Dean & Pachi. aku pulak gedik masuk kereta je pegi duduk seat co-driver. haha like a boss sgt. hello,, birthday boy kot ! hahah. Paan pon drive. keluar pagar maktab je, Aiman pon ckp nak tutup mata aku ngan neck-tie. nak x nak tutup jugak la. dlm hati, "eh, nak gi mana? kata mekdi. bukan jauh pon. x yah la tutup mata bagai. annoying nye korangs." -.-

but then Aiman berkeras jugak, aku mengalah la. dah org nak belanja ni kan, byk songeh lak ko syaher! hoh.
maka ditutup lah mata aku. sobsob. lepas tu lalu mekdi (sepatutnye berhenti la, nak mkn situ kan..) tp diorg ckp ramai sgt org. so, gi tempat lain. ok fine. ikut je. Paan stop jap ktenye nak bayar bil kat Celcom. aku, Dean & Pachi tunggu dlm kete. next, jalan punye jalan punye jalan... sampai la ke destinasi yg dituju.

keluar kereta, dgn mata aku yg tertutup tu, seriously aku malu giler. -.-'' tobak ehh. tadaaa ! ! !

we're here ! 

TAPPERS! ! ! yeayyy! ni amik kt google. tu Dean, model tappers. hee
dgn izin ye Yang Berhormat. :P


terkejut?  haha masa tu x lah... huhu. ok. ni kisah sebenar. haha


  • masa kat traffic light UMT aku dah perasan, eh apsal Paan terus? kata nak gi mekdi gong badak? pastu depan sikit aku rasa mcm kete buat u-turn je dan masuk jalan menghala ke unisza. haha ok nk kelirukan aku lettew. gagal.

  • next, singgah nak byr bil. aku agkt kepala sikit nak curi2 tgk kt bawah ikatan mata aku tu nk usyar ade kt mana. aku nampak lampu warna warni. kedai steamboat baru (kedai baru ganti siang malam) haha kat ziq bakery rupenye. patot Aiman keluar sekali. kalau Paan nak bayar bil, apsal Aiman kt blkg keluar gelabah2 je? haha gagal.

  • lepas byr bil, jalan depan sikit, diorg ckp, "Ala,,syaher...mekdi ramai org la. kite gi tmpt lain lah." at the same time, i was like, "eh, bukan ke mekdi dah lepas sebelum ziq bakery td" in fact, kalau aku percaya ckp diorg bahawasanya kitorang bhenti kat celcom, celcom tu pon actually lepas mekdi. kahkah. gagal. tp aku senyap jela. :-)

  • next, aku dah prasan masa tu lalu kat tepi track airport (sebab jalan situ lurus & org akan drive lelaju pastu depan sikit kena susur ke kiri mhala ke stadium runtuh. masa kat selekoh tu (ade butik pengantin) aku dgr Aiman ckp, "wahh lawa nye baju pengantin" haha lagi la kantoi nye. apakah. haha gagal.

  • bile kat simpang empat sabasun g.badak tu, Paan lak cakap pasal HKS. wei, HKS lepas lama dah. aku rase la.. haha pape jela. (lepas aku pecah lobang esoknya, Paan kate dia saje ckp gitu nak peningkan aku sebab dia pon dgr Aiman ckp pasal butik tu) ok. whatever. :p yg penting, gagal lagi.

  • pastu dah naik jambatan sultan mahmud, naik bukit kecil tu, masuk area terminal, aku mmg cam la citer dia. sebijik2 jalan tu aku boleh imagine. selalu sgt dah lalu KT ni. dah nak hafal dah pon jalan. 3 thn beb! yg paling aku x tahan, diorg ikut Kg. Cina. situ kan bukan jalan tar, jalan yg guna brick susun-susun tu... memang melambung2 lah citer dia. adoiyai.. even org yg x tahu dia ade kat mana pon bila lalu situ secara automatik dia akan tahu dia ade kat Kg. Cina. hehehe. :-D aku tahan gelak je masa lalu situ. dan lagi. gagal


pastu sampai. aku dah agak dah. tp SERIOUSLY AKU TERUJA GILE ! budak2 ni pon teruja kot sebab tu first time kitorang pegi. hehe Paan excluded. dia dah pegi sebelum tu. heh. dan walaupun prank diorang sebelum tu aku boleh consider sbg gagal, namun begitu mereka berjaya menjentik hati aku untuk terus berasa gembira, terharu dan seronok tidak terkata. *ayat komsas habis!* hahah

terima kasiiiiiiiiiiiiiiihhhhh sangat sangat sangat kat korang semua sebab sanggup bergolok gadai mempertaruhkan wang dan nyawa untuk birthday aku *terharu tak?* hahah.
jujur aku cakap aku x expect yg korang nak bawak gi Tappers ni. aku expect mekdi je. heuheu. suci kan pemikiran aku? hehe... tp bila dah menghala ke Kg. Cina tu aku tau dah la nak pegi mana. heee...

nasib baik la aku tau Tappers tu kat mana. kalo x, memang blur la x tau korang nak bawak gi mana. :-D dan mungkin aku akan nangis terharu terkujat terkesima kot. hahah. *drama sangat*
lepas makan2, dapat kek pulak. pastu korang nyanyi beramai2 pulak lagi. disambut oleh mamat2 meja sebelah. meriah je rase walaupun diorg tu jd penyanyi latar je. x harmoni langsung. :p ditambah pulak dgn waiter yg muka ala-ala... ntah la. tp pan asia giler muka dia. rasa mcm makan kt mane je haha. *ok merepek dah*

thanks korang :')

potong kek. heee.


ni bergambar sebelum gerak. lokasi: cermin keramat
Aiman, Dean, Pachi, aku dan Paan. sambil tunggu makanan sampai.

ok la. tu je gambar yg ada. x tau nak korek mana tah gambar. aku x byk snap ngan fon aku. byk kat iPad paan rsenye. yela, senang kan. tap33333 je... aku excited sbb sebelum ni aku xpernah kena prank. err.. sadis ke bunyi? haha. masa sekolah x pernah. hehe start 2010. kebetulan pegi jungle trekking masa tu. kena simbah ngan air sirap masa mandi sungai. diorg nyanyi ramai2. terharu jugak. 2011 birthday masa cuti. so, nothing. 2012 kena prank call ngan tapang. tgh tkejut lagi kena kek setepek kt pipi ngan Wawe. -.- gile btol thn  lepas. dan tahun ni... mungkin versi lebih matang sikit. haha manly gitu sbb pipi aku xmakan kek dah. venue pon 5 star kot. *erkk yeke?* pape jela. heee... 

cadangan. *mcm swot analysis je* len kali nak wat surprise kena letak org tu dalam but kereta. baru dia x tau ade kt mana. hahah. pape pon still, i admire ur effort guys ! heeee...had fun that night! 

  • satu perkara je yg aku xterfikir dan aku tertipu. setahu aku, Dean & Pachi x makan mekdi kot. if im not mistaken la. aku ade tanya Aiman ptg tu, "sape je pegi? Dean ngan Pachi nak ke gi mekdi?" Aiman mcm acuh x acuh je jawab soalan aku. aku pon biarkan jela. dah buat ape nak susah2 fikir kan? aku special guest kot. ok, yang tu korang berjaya buat aku x terfikir langsung yg kita mmg bukan nak menuju ke mekdi. haha


lagi sekali, terkejut? aku x terkejut sebab aku dah tau diorang nak ke situ bila dah masuk bandar. tp aku terkejut sebab x expect korang akan bawak gi Tappers. weehoooo ! semoga Allah berkati korang semua. berjaya dunia, berjaya akhirat. jadi anak soleh, suami soleh, bapa soleh...etc.. dan paling penting, hambaNya yg soleh. :') wassalam.

#notakaki#giler awkward panggil Paan. bese panggil Rock je. xpun Rokiah. manje sikit, Seboq. sopan sikit Sebur. hahahahaa.

Sunday, December 15, 2013

interview = psiko

assalam. hai. tadi aku ber-chatting dgn sahabat aku melalui FB. borak punya borak, dari nelydia senrose, menginjak ke sukan sea, menginjak ke result exam dan last-last sampai ke interview SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran). FYI, kitorang yang habis degree IPG ni akan ditemuduga oleh team SPP sebelum graduasi and di-posting-kan. (aku pon x tahu sgt proses dia huhu) so, skrg ni senior2 aku tgh kelam kabut duk study utk interview ni lah. susah katanya.

dan aku, yang masih mentah muda remaja ni duk usyar-usyar jelah situasi tu mcm mana. malas nak fikir sgt lagi. praktikum pon belum weii ! haha ada hati nak fikir pasal interview.

kalau nak kata interview ni, seingat aku la, aku pernah di-interview dua kali. tu termasuk yg nak masuk IPG nih. disebabkan interview IPG ni macam dah klise kan haha, aku nak citer pasal interview satu lagi. masa aku form 4.

interview Tokoh NILAM.

Nilam... x tahu? Nadi ILmu Amalan Membaca.
ala, dulu BUKTI. hoho.

masa form 4 aku terpilih wakil sekolah untuk peringkat negeri. tapi bukan aku sorang la, hebat sgt tuu..
aku, Zaimin dan Suhaidah. hehe trio~ interview tu one of the stages laa. banyak jugak kot stages dia. kena tulis esei, ade macam explorace etc. (x ingat dah) kemuncak dia interview tu. here comes the story hehe...

aku masuk je bilik tu, bawak la sume koleksi buku NILAM aku. ade la 6,7 buah kot haha. terus dia tanya bla3... huhu... yg aku ingat dia tanya, your favorite story book. general la kan? masalah nya, aku mmg x expect yg dia nak tanya in English. haha. aku pon tergagap-gagap la duk translate citer aku tu to English :p

situ dah nampak dah fail nye. aku teruskan jugak haha. lepas habis tu, dia tanya lagi, "what'd you do if you met your favorite author?" aku masa tu dah fed up dah. haha stress aku, dia plak byk tanya. rupanya makcik yg ckp bahasa Melayu tu tanya soalan basic je mcm "apa itu tulang buku", "apa kegunaan glosari"..etc. aku pon dgn nada menyampah nye menjawab, "of course i'll feel happy, and i'll take some photos with him" masa tu konon2 la adore Ramlee Awang Murshid sbb dia je yg aku kenal. *sambil muka imagine jumpa dia* haha.

pastu interviewer tu cam tersenyum sinis je kat aku. aku tau dah, hmmm mesti kalah. tp aku seronok dapat kenakan dia gitu haha. menyesal la jugak tp nak buat camane. haha. so, trang tang tang dah la aku kalah kan. but Suhaidah, she got the third place. tahniah ! janji aku seronok dpt jenjalan Kuantan. :p dpt gi ECM pakai baju sekolah. haha. masa tu ECM baru bukak.

moral of the story is, jgn cepat gelabah or marah bila jawab soalan..in the other words, calm down and control your emotion. yea, being in that situation can change you to the other you. kadang2 kita bukan macam tu pon, tp disebabkan emosi yg x terkawal, habis sume tunggang-langgang. apa yg x patut keluar, terkeluar. apa yg patut keluar, hilang tah ke mana. dgn pengalaman buruk aku tu lah, aku cuba buat yg terbaik utk interview IPG. i've learnt from mistakes and seriously, i had fun being interviewed kt IPG Afzan 3 yrs ago. :-) wassalam.

#notakaki#kekadang betul jugak quote ni; "My attitude depends on how you treats me." kalo mood interviewer ok, aku pon ok lah. hehe



Friday, December 13, 2013

#AllTimeFavouriteDramaSeries

salam. hai semua. heee. sekarang ni kat kaca tv memang tengah hot sangat dengan drama series. lebih2 lagi yang adapted dari novel. macam2 la, dgn tajuk nye yg panjang2. siap ade akronim lagi. LYMA, BKATC, JIMK, PISA bla bla...sebab panjang sangat. tp setakat ni aku x berminat sgt lah. especially bila x tgk dari episod 1. huhu~ aku rasa setakat ni yg aku tgk dari mula (drama melayu) adam & hawa je. yg aaron aziz tu.

tapi,, aku nak cerita ni pasal satu drama filipina yang aku addicted awal tahun 2010. Dyesebel. lakonan Dingdong Dantez & Marian Rivera. :D best giler! masa tu kan tengah tunggu result SPM. at the same time, aku buat lesen. cerita tu pulak start pukul 2-3 ptg. astro prima. kalau hari tu aku x de latihan memandu, aku mmg terpacak depan tv dengan sepinggan nasi la. haha kalau ade latihan and balik lewat ptg, aku tgk ulangan, 12tgh mlm - 1 pagi. hihi~

yg menariknya, aku start tengok tu bukan episod 1, tah episod berapa tah. dlm 20 gitu kot. tp sebab cerita dia simple. aku jadi faham and tertarik nak tgk. hoho ! citer dia mengarut sikit, pasal Isabel/Dyesebel (Marian Rivera) seekor duyung yang naik ke darat sbb nak cari mak kandung dia. ayah dia manusia (dah mati) dan disebabkan mak dia dah lama hidup kat darat, mak dia nak jadi fully manusia. mak dia sepatutnya jadi ratu kat kerajaan duyung tu. so, she supposed to be pewaris la. tp x dapat la jadi since mak dia lari.

Dyangga (Ratu jahat yg memerintah) nk bunuh Isabel sebab takut takhta dirampas. serius menarik cerita. cabaran dan halangan Isabel ni sepanjang misi mencari mak kandung dia. fyi, since dia duyung dia xboleh la hidup lama kat darat kan. so, sebelum naik ke darat, dia jumpa sort of 'bomoh' la kat laut tu, mintak kalung supaya bila dia pakai, dia akan jadi manusia dan boleh bernafas. tp syaratnya muka dia jadi buruk sikit.

time tu lah dia jumpa cinta hati dia Fredo (Dingdong Dantez) yg sebenarnya tinggal serumah dgn mak kandung Isabel sebab ayah Fredo kahwin dgn mak Isabel. :) Isabel pulak kerja jadi bibik kat rumah tu. huhu
tapi, Fredo x kenal Isabel (versi manusia). dia hanya kenal Dyesebel (versi duyung) sebab Dyesebel pernah selamatkan Fredo masa dia mabuk kat laut. kalau lah boleh download or ade jual VCD, siyes aku nak beli ! x puas tgk ! T_T

hitu la serba sedikit citer dia haha~ mmg menarik walaupun ade sikit-sikit jalan cerita klise mcm sinetron. hahah. yelah nak menghabiskan 125 eps kot ! 1 episod sejam. tapi yg bestnya dalam terseksa si Isabel ni, selalu jugak dia menang/terselamat. tu yg best tu. :D


cover drama ni... selama aku tgk lah, si Dyesebel ni mmg xpakai ape2 kat depan tu
aku rasa. tutup dgn rambut je. :p

ni versi bila jadi manusia. Isabel.

Taraa! hero dia. the one & only, Dingdong Dantez aka Fredo.

sweet gile dalam citer ni. dalam Marimar, diorg berdua jugak.

#notakaki#Malaysia ade tiru citer ni beberapa tahun lepas. tp mmg failed laaa.. haha~



Sunday, November 24, 2013

Koppa... bukan K-Pop

assalamu'alaikum. hai. as y'all know, sekarang ni aku tengah cuti panjang. hmmm... agak panjang la. sebulan setengah. tp xla sepanjang bebudak U kan. tp cuti macam ni memang membosankan bagi aku since aku xtau nak buat apa, dan mungkin ramai dah sedia maklum, aku xsuka cuti panjang.

so, update blog ni barangkali sedikit sebanyak mampu mengubat kebosanan. hah. ok, cenggini. aku duk dalam toilet tadi, tengah mandi manda. tetibe teringat kisah kat kedai Cowboy Temerloh. masa kat kaunter nak bayar, abah aku hulur surat. aku berdebar dah. hah sudahh... apa ni? surat cinta aku ke? :O homaii

bukan apa, sebab masa pindah dulu ade jugak la kantoi surat aku ngan 'hakak angkat' zaman sekolah dulu. kahkah~ *dasar xreti simpan barang* -.-'' so, aku cuak la, adakah pisang berbuah dua kali?

rupanya idok. surat tu surat yang aku tulis pada tarikh 19 September 2010. aku bagi la sinopsis sikit eh. haha
masa tu kan aku baru 2 bulan masuk IPG. x ramai kawan lagi, selalu sorang-sorang...aku rasa down sebab masa tu faktor bahasa sedikit sebanyak menjauhkan jurang persahabatan aku dengan jiran-jiran aku... peta lokasi bilik aku dan latar belakang jiran-jiran aku tu macam ni.



see? aku rasa aku makin mengecil hari demi hari. aku tersangatlah pendiam dan cuba mendiamkan diri masa tu. guess what, aku xpernah masuk bilik jiran-jiran aku. apatah lagi bilik budak cina 2 orang tu haa... reason?
aku risau nak berkomunikasi dengan diorang. 
aku bimbang xpaham, 
aku bimbang xreti nak respon, 
aku bimbang cara diorang lain. 
aku bimbang semuanya!

tapi diorang selalu la masuk bilik aku since roommate aku tu orang senegeri dengan diorang. hingga suatu petang tu, sabtu iaitu sehari sebelum aku tulis surat tu...

hari tu orang tengah sibuk-sibuk sebab baru balik dari cuti. aku naik bas, so sampai lebih awal. tengah layan movie kat laptop. laptop baru bawak dari rumah. hehe tengok movie Final Destination. dengar pakai earfon ni, sebab xnak bercakap dengan orang punya pasal. haha *buruk perangai* tetibe jiran aku masuk reramai. buat kecoh-kecoh laa.. sembang-sembang dengan roommate aku. pung pang duk kecek kelate...

aku dengar je diorang bersembang walaupun pakai earfon. tetibe ade sorang tegur aku. xingat sape. tapi aku xbalas. (xdengar la sebab pakai earfon kann.. :P) *buat muka fokus tengok movie* lepastu roommate aku cakap, "dia xdengar kot, pakai earfon" huhu lega aku. jiran aku tu pun terus cakap, "Syahir koppa..." dengan nada mengejek.

aku xfaham pon ape "koppa" tu... aku buat senyap je. tapi aku tau maksud dia xelok. mulai hari tu, aku anti sesangat kat kawan aku tu. hahaha~ i heciu !

tapi sem tu jela. next sem tu, aku dah sekelas dengan dia. baik jugak dengan dia. duduk sebelah pulak. =.=''
lepas2 pada tu, ade la kitorang throwback zaman2 mula masuk. diorang semua cakap aku sombong. xbergaul. duduk dalam bilik je. keluar pon gi toilet, pastu masuk bilik. haha~ :P

aku pon cerita la kat jiran aku tu, aku xpuas hati lagi kat dia sebab cakap aku koppa. haha~ dia dah minta maaf & dia cakap dia xingat pon pasal tu. biarlah ko xingat, yang penting aku xkan lupa. huhuk~

haha tu jelah throwback kali ni. sekarang aku dah ok dah dengan jiran-jiran aku. elok je berkawan. hehe. kekadang diorang pon cakap KL ngan aku. hahah~

#notakaki#aku akan simpan surat tu sebagai alibi aku x reka cerita wahai Muhammad bin Mat Yasim! haha :P

#notakaki2#persoalannya, apa maksud "koppa" ? :O rasa macam dah tanya, tp x ingat la. (._.)

budak koppa bersama jiran annoying. :P

Wednesday, October 23, 2013

Imma befday boy !

happy birthday to me...
happy birthday to me...
happy birthday to meee....
happy birthday to me...

yey! *clapclapclap

23 October.
my birthday.
=)

mlm td xtertunggu2 pon.
sebab study sikit2.
pastu bosan giler..
lepak bilik tai.

tgk youtube reramai.
karok lagu ainan tasneem la,
tasha manshahar la.
kahkahkah

xde keje sungguh.
pastu bosan dah.

aku balik bilik. nk tido. *depan bilik je pun*
mat pon menyusul.
eh?

dia gi bilik dia. kat sebelah.
pastu dia masuk bilik aku.
pastu hulur benda kat aku.
bilik aku dah gelap so samar2 la. haha
*mcm dlm drama je*

ak ingatkan pendrive aku ke apa.
rupanya dia bg hadiah.
handmade kot.

batang aiskrim, pastu ade kartun budak comel
mcm gingerbread man kt atas.
bawah tu ade love pink tertulis
"HAPPY BDAY SYAHER"

excited aku.
sweet jugak mat nih.
hahah.
haritu masa bday rumet dia (aiman)
dia bg patung penguin,
boleh berjalan. comels. =D

tgk dia mcm xde perasaan je. -.-'
mesti ngn awek sweet gila gila vavi ! kahkah
*gurau mat*

btw, thanks ye! :')

(aku tunggu rumet aku je wish ni sbnrnye)

pas subuh td rumet aku duk siap2.
aku pon tanya,,,

aku    : nak gi mana? balik ke? (maklumla. rumah dua tiga langkah je)
rumet : jogging.
aku    : gong badak?
rumet : aah.
aku    : dengan kaki mcm tu? larat ke?
rumet : xlarat, jalan jela.
aku    : *dalam hati* (Ok.)

lepastu dia pun hulur kupon KFC RM20. dia mmg dh janji nak belanja. *ok, ni mcm otomatik jd hadiah bfday la ni,,,cisss xaci*

rumet : nah, nanti kalo free ajak la aku.
aku    : erkk, aku plak kena ajak ko?
rumet : yela. happy birthday.
aku    : (biar kupon atas meja. mcm xnak layan)
rumet : simpan mmolek ah kupon tu. hilang ekg.
aku    : (ok marah, simpan lam drawer) thank you.

hambar kan? rumet aku mmg camtu. lagi2 dgn aku. sabo jela. :-) 

lepas dia blah tu aku text la dia.
for a proper thank you.
td mcm xdgr je.

that's all.
sekian

#notakaki#pagi tadi ibu jongok batu call. pastu ifan ngn deqna nynyi lagu bfday. thanks.

Monday, October 21, 2013

aku si roommate obes, eh. obses.

assalam.

 i wanna admit that...

"saya obses dengan roommate saya"

i don't know why.
aku selalu nak ambik tau perkembangan dia.
*erghhh, it sounds like*
aku suka jaga tepi kain dia.
*whatever*

actually, i care for him.
lepas kitorang kenal 
lepas class reshuffle
he was like so...caring to me.
*read carefully. he WAS.

and now is the time where
i care for him.

ya.
tanya dia sihat ke x, especially bila holiday.
tanya dia ok ke x, especially bila dia mcm
xde mood, muka mcm nk terkam org.
tlg kemas katil..
lipat baju.
basuh baju.
*masuk mesin je pon.

dan...aku x rasa mcm menyusahkan or diperhambaabdikan.
aku selesa je. sbab aku rasa nak tolong dia. :')

and...now he's my idol.
daripada dia yg besar, gemuk, berlemak.
*ok, ni melampau. sorry mate.
sampai sekarang dia kurus gilerrrrr gilerrrr gilerrr kentang!

SALUTE YOUR EFFORT BRO!

sekarang mcm daya tarikan aweks tu makin byk la kan.
dulu 'kurus' tu tak masuk dlm senarai.
sekarang dah masuk pakej sekali.

aku xckp la dia perfect.
tp apa yg dia ada tu mcm ok la.. that's good enough.
*nobody's perfect kan...

one thing yg menampakkan mcm aku ni obses sesangat 
ngan rumet sendiri is, 

"i'll download all pictures yg org upload
yg ada muka dia & i'll put in one folder"

sebabnya:

1) aku nak wat kenangan.
2) dia xaktif kt social media. so, bila bukak folder tu, dpt la dia tgk gmbr2 dia. :)



persoalannya:

am i normal ?

sekian.

#notakaki#tapi aku rasa ko xcomel la mate. badan ok tgh sedang2 dulu mcm comel sikit. :3 sekarang kurus mcm xcukup makan je. :( tp ko kena jaga fitness kan. it's up to you. aku tetap sokong !

#notakaki2#kalau dia tau aku buat entri pasal dia, mesti dia marah/xsuka. sorry sorry sorry. mate. happy belated birthday. 12 October. :) may Allah's blessings be upon you n your family bro! 

#notakaki3#sayang roommate. tahun depan aku sorang. 









Thursday, October 17, 2013

asal usul nama Syahir

assalam.
hai.

semalam duk lepak2 se-family, abah mak pun cerita mcm mana kitorang lahir dulu.
mula dgn abang muzri, kak na, abang harry...dan aku.

mak kata aku lahir waktu maghrib. *patut pun kulit aku mcm senja-senja nk malam je* :P
pastu masa lahir semua ingat aku perempuan.
sebab nampak ayu kot. kahkah
sekali tgk bawah, toinkkkk! kah kah kah !

it's a boy ! hehe

mak cerita la, masa nak bagi nama tu.
fikir punya fikir.
abah xnak bg nama yang orang boleh panggil separuh.
eg: sazali ---> zali

contoh laa...

so, mak abah sepakat bagi nama aku SYAHIR.
xboleh nak ringkaskan kan? haha nicee...

pastu lagi satu,
sebab masa tu mak selalu tgk khutbah jumaat kat tv.
nama imam tu Syahir. hihi.

*bangge kejap*

tp anak abah mak ni xjadi imam masjid lerrr...
tp insyaAllah.. jadi imam untuk isteri dan anak-anak kami nanti.

heuheu *ayat Islamik xleh blah*
xpe, niat tu penting. semoga Allah permudahkan :')

tu la asal usul nama aku. hehe

wassalam. :)

#notakaki#masa zaman abang de aku lagi la. siap buat poll lagi... nasib baik xbergaduh je. kihkih




Wednesday, October 16, 2013

3 in 1 Instant Blogging. pon bolehhhh

 ~ Kau pergi ~

assalam.
salam aidiladha.
maaf zahir batin.
just so you know that my grandma passed away yesterday.
*Al-Faatihah.

ya. she was sick. tp biasalah.
sakit2 org tua.
last time jumpa masa raya puasa.
she can speak even though she can't see clearly.
she looked happy coz we were all there during eid. :')

ktorg panggil 'wan'.
masa smpai bentong pukul 12 smlm, 
baru nak mandi.
surau kg tu penuh dgn family.
semua anak, 12 org ada.
mak chek plg sedih...

sempat tgk muka wan masa kafan.
as usual. pucat. tp nmpk trsenyum je.
mak chek suruh cium dahi, tp aku xnak.
aku xla mnangis, tp sedih.

ak xnk aku trmenangis time nk cium. :'(
pas solat zuhur, solat jenazah, n gi tanam.
semua bjalan lancar.
alhamdulillah.

terima kasih sgt3 to org2 kg. gemeti, bentong.
tlg uruskan apa yg patut. :')
walaupun wan bkn org situ.

...

~ Anak Angkat ~

few weeks ago, kelas aku buat BIG.
*Bina Insan Guru
ktorg buat prog anak angkat kat
Kg. Jongok Batu, Dungun.
*hulu okeyy...

at first, mmg aku xsuka. 
yela, sampai2 xde org sambut.
plus, xde line celcom.
perghhh... dgn kmpung tu sunyi sepi.

but then, lepas jumpa family angkt, ok la.
not bad. 
family bawak gi air terjun chemerong...
gi mandi sg.loh...
gi tgk org memancing...
hidang makanan sedap2...
*maklumla ibu angkat bukak restoran*

enjoy sgt 3H 2M kt situ. :)
thanks org Jongok Batu especially
family Abah Mat Zaman n ibu Mazida.

...

~ Jongok Batu 2.0 ~

last week, aku n classmates gi lagi.
16 org = 4 kereta.
gi bbq kat sg. loh.
then balik umah family angkat.


esoknya, family aku bawak gi hilir sikit dr sg. loh.
mandi, picnic, tgkap udang ! bes giler !
seronok sgt ! 
ptg tu balik. :)

jom layan gambar Jongok Batu 2.0 hehe

hasil tangkapan udang. guna tgn ok.

just perfect !

candid berenang. kononnya. air paras lutut.


BBQ with le classmates. day before.

this is a video snapshot actually. sila ke >> sini << untuk video penuh.


singgah2 rumah family org lain sebelum balik. rumah Hj. Husin.

Wednesday, August 21, 2013

Untitled

assalam. to be short, this week merupakan minggu SBE.
so, no lectures. fokus hanya pada sekolah dan assignment,,,mungkin.

lumrah IPG, assignments memang dapat sekepuk terus.
tabah jela buat semua ni. haha *ketawahambar*

minggu ni aku serabut sgt. erm,, mungkin SBE terakhir ni aku rasa
serabut sangat. first day lagi aku dah rasa lain mcm.
aku sgt xselesa dgn cikgu-cikgu sekolah tu.
antara 4 sekolah yg aku pergi,
sekolah ni lah yang cikgu-cikgunya paling xmesra.

aku xtau kenapa.

dah la aku ni jenis xberapa nak mesra,
diorg buat pulak perangai mcm tu,
so, aku jd lemah smgt terus. 
nak bercakap/tegur dgn diorg pon jd mls. 
huh.

so, agak mcm kera sumbang, sumbing sume jugak la
duk 4 hari kt sana. apa diorg nk cakap, cakap laa..
aku malas nak amik pedulikkkk.

hopefully, praktikum n internship tahun2 mendatang, 
xkena la skolah tu.
-.-'

tu satu perkara.


next, aku terbaca tweet kwn aku.
seems like he's falling in love with somebody.
i mean the girl isnt the girl he fall in love before.

senang betul ko tukar-tukar.
mcm tukar baju dh haa..
*ni ayat jeles 5%, ayat berbaur wondering 95% ok..*

actually i'm not that one yg jeles ngn org bercouple, 
lagi2 yg tukar2 awek ni.
ada akal, fikir la baik , buruk kan?
nak jadi cikgu belaka dahh.

tapi, bila fikir balik
ada yang mencintai kita tp balasan kita terhadap 
cinta Dia tu xseberapa sgt..

.... dan kita cuba cipta cinta kita dgn manusia pulak.
in simple words, 
ade yg cinta kita, tp kita sibuk bercinta dgn
org lain.

rasa mcm xkenang budi pon ada. 
-.-'

hmm...
aku kurang dlm segalanya
tapi sekurang-kurangnya
aku cuba menampung 
kekurangan aku.

couple lah kalau korang rasa korang mampu bezakan
cinta teragung dgn cinta kat awek korang yg murah
dan boleh lenyap bila-bila masa tu.

couple lah selagi korang boleh tahan napsu serakah
korang tu dpd buat benda yg xelok.

couple jela selagi korang rasa ia mampu mengeratkan
hubungan korang dengan Allah...

dan....

teruskanla bercouple selagi korang xmenyusahkan hidup
manusia lain, lagi2 aku. aku xnak terlibat hokaaay!
tp kalau jadi nikah, sila ajak aku ! 
*haha statement ni agak selfish*

ada org bg alasan nak bercouple sebab sunyi.
hoi, kawan2 ko ada apa guna?
tu xlain xbukan nak melampiaskan napsu serakah la keje nye tu. 


k. enough with that i guess. 
bagi mereka yg ada otak, dilengkapi dgn akal, 
N I L A I lah sendiri.
wassalam

#notakaki#dengggg..mcm2 yang nak diperkatakan, tapi as usual, xterluah. meluah secara penulisan ni membantu kira 20-30% je. tak 100%.  cukup la nk meriahkan blog aku yg makin sunyi ni. lama-lama nanti i'll quit jugak from this blogging2 thing. :)



















Friday, August 9, 2013

Aidilfitri

Assalam...
2nd Day of Eidulfitr.

gerak ke Felda Kumai, Bera Pahang dari Maran.
seawal 7.45 pagi. jauh jalan ni.

sampai rumah Halim kat Rentam tepat pukul 9.
gerak ke Kumai, terus gi beraya rumah si kembar, 
Zaimin dan Zainur.

aku pon mesej Salha (selang dua rumah) ajak beraya sekali.
xlama lepas tu, Sofia dan sanak sedara dia pon datang. haha

then, gi rumah Mazni, jumpa Aladin n kawan dia Hamzah.
gerak ke rumah Pak Tam (senior), jumpa Farid, Rahim...

solat jumaat.

beraya rumah kuntum (Khairul), Opie & Arif Juwati pon dtg.
lepas tu pegi rumah Sofia.
lepak sejam lebih. sedap pulak berborak.
hehe

pegi Rentam, rumah Halim..
balik. :)
singgah solat asar kat Masjid Bera.
ternampak senior masa sekolah rendah.
Fairul Naim xsilap. pernah pegi Tilawah Al-Quran sekali.
dia masuk hafazan. aku tilawah. heee..
dgr citer skrg dia sambung kat Darul Quran.
aku toleh2 dari dlm kereta, aku ternampak Suhada.
classmate aku masa darjah 6.
berjubah. jilbab labuh. :')
seronok tgk...
pernah mesej dia 3 tahun lepas.
dia pon sambung kat Darul Quran jugak. :)

salute la cara parents diorang didik diorg. :')
adik beradik ramai...

ok. gerak lagi... 
sampai rumah pukul 8 malam...
wassalam...

~gambaruga di bawah~





Friday, June 28, 2013

Aku Mengalah

Pernah dulu,
hati ini gembira,
memiliki sebuah persahabatan,
seindah ini.

Namun,
sedikit demi sedikit,
perangai sebenar terserlah,
semua ini hanya helah.
aku pasrah.

mungkin aku yang bersalah,
tersilap dalam mengatur langkah,
mencri sahabat,
yang setia bersama,
tika senang mahupun susah,
AKU MENGALAH.

#notakaki#haha ni tah la kategori apa. sajak kot. ke syair eh? aku tulis ni masa boring2 layan kelas cik ya (teknologi dlm pendidikan) masa tu rasa kecewa sikit with some of my friends.. :p dah ok. peace.

Friday, June 21, 2013

Things I've Learnt Today

assalam. hai.
bukan senang nak update blog kat hostel ni.
tp disebabkan aku nak jugak cerita.
sanggup aku tunggu wifi maktab ni loading lelama.

hari ni teruk bagi aku.

1st thing is,
aku yakin semua org xsuka bila
dipaksa buat sesuatu yang xdisukai.
aku pon mcm tu.

dah la xsuka, xreti dan
xde keinginan pon nak buat.
so, bila dipaksa, rasa mcm
xdihormati pulak.

dlm hati aku geram je nak ckp,

"cuba kalau org paksa ko buat mende ko xsuka, pe ko rasa? oren?"

selaunya bila aku ckp xnak, ni jwpn nye.

"alah, si polan tu xreti jugak. main je. sepak jela bola tu."

actually, kwn aku dh lama ajak aku main futsal. 
kalo sesape yg follow blog aku, 
aku ada cerita aku ni kaki bangku.
so, permainan2 jenis gini mmg aku fail la.

bila diajak main dgn org2 yg selalu main,
ayat diorg mcm ni,
,
"ala, jom la. main bese2 je... aku bkn terer pon"

tgk korg main td mcm lipas kudung.
xterer amendenye. xyah la compare ngan org yg terer sgt333.
compare ngan aku sebab korg tgh ckp ngan aku.

seriously i hate it.!
actually nak main, aku on je.
tapi
mestilah dgn org yg sama level dgn aku.
means yg xreti jugak la. aku akan ok.

so ceritanya tadi, aku pergi dgn kasut skali.
tp aku xmasuk pon court.

teringin nak main tu ada jugak sikit.
tp bukan dgn diorg. aku xsetaraf dgn diorg.
langit dan bumi.
dan aku mungkin xkan main futsal dgn korang
forever.

2nd thing is,
pernah x berkawan dgn org yg korg 
share nothing in common?
xde persamaan langsung.?

just now, aku rasa semua tu.
aku cuba masuk cara dia,
tp semua failed.
and i really feel bad about it.
aku rasa teruk, bodoh, dan
xberfikiran waras.

rasa xlama per'kawan'an tu akan kekal.
*sigh
so, just be yourself.

3rd thing is,
aku harap kalau aku ada masalah,
aku xshare dah dgn org.
hopefully.
org lain xboleh selesaikan pon.
meredakan kegelisahan kita, mungkin ya.
we better solve it ourself rather than telling others.
they can do nothing. we are the one
who should take action.
for our good.
nak mengadu jugak, mengadulah
dgn Allah. 
Dia maha mendengar.
wassalam. thanks for reading.

#notakaki#harap2 ketiga2 kejadian ni xganggu mood aku esok. esok, kursus kahwin. 


Friday, June 14, 2013

Impak Hafal Membabi-buta

Assalam.
14 Jun 2013 - result keluar.
15 Jun 2013 - balik Terengganu
16 Jun 2013 - bermulanya semester baru
yeyy! *sorakan hambar*

spt yang tertulis, hari ni result.
alhamdulillah.
aku lulus.

meningkat sikit la pointer semester aku compare dgn sem lepas.
tp bagi aku byk dah tu. frankly speaking, aku x expect pape yg
mgembirakan pon sem ni. yela, study bagai nak rak tu sudah 
semestinya tp aku rasa mcm tah pape aku study.

TAK berstruktur.
TAKde strategi.

terserlah apa yg aku ckp ni bila jwb paper
Songs and Poetry.
aku duk hafal2 tp aku xtau apa aku hafal.
bukan xfaham apa yg dihafal.
mesti xfaham kan?

ok, let say 
aku hafal rukun Islam ngan rukun Iman.
dah hafal semua dah ni,
lancar gile ni,
tetiba hadap je paper exam, 

"eh, yang berpuasa di bulan Ramadhan ni rukun Islam ke Iman?"

see? itu namanya hafal membabi-buta.
membuta-tuli. 
fail sangat !
tu lah yg terjadi masa ngadap paper Songs itu hari. 
so, tau lah kan apa nasibnya kat paper Songs aku tuh?
haha 
hilang dah harapan A.
padahal assignment aku skor  baekkkk punya. :D
xpela. xde rezeki. :)
next sem jgn hafal ikut dan je ye. huhu

anyway, for me the result is good enough for me.
walaupun xde la sampai Anugerah Pengarah.
hebat ngat koi yakk..haha

meningkat sikit tu pon da cukup seronok.
at least CGPA aku naik la sikit. :)
semangat pulak nak menempuh sem depan.

nak tau ke result aku?
nah !



better than last sem. no more B-
i hope it'll be forever. and ever.. hohoo
trimas paper EDU & WAJ heee...
paper mr. zahar ponnn...

lets partayyyhhhh! kat aisyah 3-10 esok. haha.

#notakaki#ilmu bkn pada pointer, tp posting lihat pada pointer. xpe, rezeki itu dari Allah. :)


Friday, June 7, 2013

Domino Domino Domino

Domino Pizza?
nope.
Domino yg susun pastu tolak tumbang habis tu?
nope.

kali ni, aku nak story pasal Domino Tuition Centre,
commonly known as DTC.
in Malay nye Pusat Tuisyen Domino la.
aku dulu tuisyen sini masa sekolah rendah.
start darjah 4, membawak la ke darjah 6.
darjah 4,5 setiap sabtu, darjah 6 setiap ahad.
setiap minggu pukul 8 pagi sampai 1.30 tengahari.
huhu

tp masa aku tu kat tempat lama lagi. sebaris ngan pustaka saujana.
hujung belah sini. atas kedai emas.

ni kampus baru dia. haha sebelah masjid.
disebabkan jauh, bangun awal la haa...
pukul 7 dah kena gerak. baru la ngam-ngam soi je 
sampai temerloh pukul 8.
pheww~

actually aku terlintas nak update pasal ni sebab trnampak org
tweet pasal Pustaka Saujana (PS).
Pustaka Saujana ni mcm Pustaka Seri Intan (PSI) la kalo kt Ganu tu.
PS ni kira legend la. mmg xde kedai buku challenge dia kalau
kat temerloh tu. Men-Men ada, kat Mentakab.

aku teringat sebab setiap kali aku rehat masa tuisyen, selalu masuk kedai ni.
yela, tuisyen tgh bandar, setengah jam je rehat.
bukannye boleh gi memana sgt.
gi la makan nasi lemak kt sebelah PS tu, pastu cuci mata tgk buku2 dlm PS.
ada duit lebih merasa la aiskrim ke, air botol ke. heee...

pernah skali masa darjah 4, aku gaduh ngan classmate aku. haha~ 
kesnye gini je. aku rehat kul 9.30 pg. mostly kedai2 kasut, kedai telefon 
bukak 9.30 gitu la. so, time tu pkerja2 tu tgh basuh kaki lima kedai.
pepagi kan byk la taik burung.
maka, basah la lantai tu.
ceritanya, bila aku nak lalu situ, aku turun la kt jalanraya. xnak la
pijak tmpt akak tu tgh mop. kotor la.
ye dak? kesian dia. kasut bersih xpela. jugak.

tetibe ade la mulut sumbang yg ckp aku ni anak org kaya.
and i was like, "eh, korang kenapa?"
*tp dlm hati jela* mihmih

tp aku trtanya-tanya la jugak. 
lalu atas jalan tar = anak org kaya.

? ? ?

rupanya diorg ckp, ank org kaya la, sbb xnk pijak air, nti kotor.
aku dgr je gitu, aku terus cakap,

"akak tu tengah basuh kan, kotor la balik! kasut tu bkn nya bersih sgt!"

aku terus naik balik atas kaki lima lepas kedai tu dan terus balik kelas. 
mmg marah giler aku ngn budak tu. dala pengaruh kwn2 aku yg lain.
aku igt lagi nama kau eyhh. Muizzuddin, anak bomba mentakab.
hoh~ kalo ko baca, dtg mintak maaf ngan aku. hahaha 

lepas2 pd tu aku xigt dah aku baik ke x ngan dia. haha ok kot.
budak2 kan? :P

tuisyen domino ni jugak membawa kpd pengalaman pertama
aku naik bas mayam-temerloh.

siyesly aku ni jenis xsuka naik bas lompat2 ni.
bas tiket aku suka, tp tiket free seat tetap aku xsuka. 
skali tu, ayah aku busy, so aku kena balik sendiri. 
memang gelisah gile nak tunggu 1.30 sebab bas mayam-temerloh gerak 1.30.
berlari2 dari DTC tu ke bustand lama tu haa..
nasib baik sempat. fuhhh..
sampai je rumah, xde org. :O
rupanya, ayah aku sempat balik dan gi amik aku kt temerloh.
cari2 aku xde.
kena la marah seposeng~

byk gak la pengalaman aku 3 thn tuisyen situ. hihi.
tertinggal buku kerja, kena melintas jalan fotostat sendiri kt opis.
gahhhh.. -__-"
papepon,
terima kasih la kat cikgu-cikgi tuisyen aku dulu.. :)
cikgu hashimah (gb), cikgu tajudin (bm), cikgu azhari (math),
cikgu latip (sains) tcer melati (bi) dll kak ida sume.

tp sedih jugak, blaja 3thn, ulg-alik 3 thn xdpt 5A pon upsr.
xde rezeki upsr. huhu~
tp at least ade la jugak nama tertampal kat pintu masuk tu.
pelajar cemerlang upsr. hee~
cemerlang sanggaattt~

tu semua 9 tahun lepas. hihi.
tu je. adios.

#notakaki#ntah mana tah kawan2 tuisyen dulu. huhu~ 






the reality of being a pre-service teacher...today.


assalam. hai kalian. biarkan gambar berbicara.

credit to saudara Faiz Damanhuri, 
mantan YDP JPP IPTHO

#notakaki#rezeki milik ALLAH. do'a, usaha, ikhtiar, tawakkal. :)