orang baik hati

Saturday, December 29, 2012

adik

assalamu'alaikum... :)
for those yg rapat dengan aku, mesti korang tahu aku anak bongsu kan? kepada yg tak tahu, ni aku nak bagitau. tapi mungkin lagi ramai yg tak tahu aku hampir-hampir ada adik dulu. back to 1999. masa aku darjah 1.

selepas 7 tahun kelahiran aku, mak pregnant lagi. semua excited. aku apatah lagi. nak adik sangat2 masa tu. sampai la 29 Disember 1999. aku dapat tau mak dah bersalin. masa tu puasa, aku, adik-beradik lain dan abah semua duduk kat rumah mak ngah. yela, nak uruskan kitorang yang kecik-kecik ni. mak dah terlantar kat hosp. huhu~ bulan puasa lak tu. duduk rumah mak ngah meriah sikit. :)

so, ptg tu ayah ngah dan mak ngah pergi la hosp nak amik baby tu bawak balik rumah. aku xsabar-sabar nak jumpa, aku ikut la mak ngah. sekali dgn abg long aku dan sepupu aku. sampai je hosp, mak ngah aku gi amik dan bawak keluar. aku pendek lagi masa tu, so, aku terlompat-lompat la nak tgk baby! then, aku tanya mak ngah, "mak ngah, kenapa tutup adik ngan kain batik? lemas la dia." huhu~ mak ngah xjawab. terus ajak balik.

masa tu bab-bab beranak2 ni masih kat hosp mentakab. hosp temerloh xnampak bayang lagi. lepas tu, hosp mentakab tu sebelah dgn landasan keretapi. sebelum siap flyover yg ada sekarang ni, kena tunggu la kalau train nak lalu. lama la jugak. so, aku tertidur masa tu. sampai rumah, aku xsedar pon. org angkat aku letak atas katil dlm rumah. xsilap aku, aku sedar pukul 12 mlm. org letak baby kat tengah rumah, semua org duduk keliling. aku pelik la. apsal? semua nak tengok adik tidur? kasi la privacy sikit. dia baru lahir. huhu

dalam pukul 2 pagi lebih. semua dah siap-siap. nak ke kubur. aku sibuk nak ikut. nak ikut adik jugak. siap talkin dan nak balik, aku tanya abah. kenapa tinggal adik dalam gelap sorang-sorang. serius, aku xtahu apa-apa betul masa tu. adehhh.. huhu~ masa tu abg aku yang tua setahun tu tau dah adik aku meninggal, dia menangis. dia xnak keluar bilik pon masa tu. masa gi kubur pon dia xikut. huhu~

sahur esoknya tu pon, aku mintak kat abah aku, nak gi tengok adik. huhu. entah la apa perasaan diorg masa tu kan.. adoii~ mesti sedih. ye.  adik dah meninggal. masa 7 bulan dalam kandungan. sebab mak darah tinggi rasanya, so, baby tu cm pressure la kan...

aku ngan abang aku tu mmg paling excited la kiranya. abang aku excited nak adik perempuan sebab dia dah ada, abang sorang, akak, adik lelaki sorang. so, dia nak sangat adik perempuan. aku lak xkisah jantina apa. huhu~ aku siap tulis dah nama aku nak bagi kat baby tu. huhu~ aku tulis kat bekas bedak baby tu. kalo perempuan, aku nak bagi Nurul Huda. kalo lelaki, aku xingat dah. huhu. tapi abah aku nak bagi nama Muhammad 'Atiq. abah memang suka nama yang orang xakan panggil dengan nama singkatan. mcm nama abang-abang aku. Muzri, Khoiri dan aku, Syahir. tapi abang aku lekat jugak Muz. huhu~ :p

tapi since adik aku meninggal sebelum lahir lagi, there's no need to give a name to him. kena daftar kematian je xapa dah. tapi masa buat kubur adik, abah ukir jugak nama kat kubur dia. abah letak Abdul Aziz bin Md Satar. :)

so, begitulah ceritanya... aku hampir-hampir dapat adik. dan kalau adik aku still ada kt dunia ni sekarang dia dah tingkatan 1 la. huhu. rindu adik. dalam sedih-sedih pun, mak abah untung sebab banyak kebaikan anak-anak yang meninggal sebelum aqil baligh ni kepada ibu bapa. :') diorang akan jemput ibu bapa di pintu syurga, diorg akan beri minum ibu bapa ketika di padang mahsyar sedangkan org lain dlm keadaan dahaga yg melampau...mcm-mcm lagi la. :')

ok. tu je. wassalam.

#notakaki# sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada ahli keluarga kita yang telah pergi dahulu sebelum kita. :')

5 comments: