orang baik hati

Friday, December 16, 2011

berdoa & tadah tangan

Assalamualaikum...baru je balik dari masjid, solat jumaat.

otw balik rumah, aku terpikir pasal berdoa dan tadah tangan... aku nak share story la, story abah aku ni. abah aku ni bab2 tadah tangan bila berdoa memang dia particular la sangat2... aku ingat lagi dia pernah suruh murid dia baca doa dalam kelas banyak kali sampai semua perfect... ha, ulang la korang baca doa banyak2 kali sampai semua tadah tangan elok2..

untuk pengetahuan korangsss, abah aku paling pantang bila orang tadah tangan letak atas meja, tekup mulut or even worse ade yg smpai tekup muka smbil baca doa...mcm ni...

berdoa sambil sedih mengenang dosa2 silam..maybe?
-sekadar gambar hiasan-

huhu sampai gini org baca doa pon ade aduii...mesti korang pernah jumpa mcm2 aksi bila orang baca doa kan? xkisahla baca doa ke, mengaminkan doa ke...bila aku fikir2 balik, betul jugakss apa yg abah aku buat tu. yela, kalau budak2 kan, baca doa dalam kelas biasanya main2, bukan serius. ada yg ltak tgn atas meja la, ape la...so, kena lah betulkan diorang. kecik2 la nak dibetulkan. melentur buluh biarlah dr rebungnya...Alhamdulillah, sebab tu jugak, aku rasa aku xterjebak dlm aksi berdoa mcm ni...

kita tadah tangan (berdoa) tu kita memohon sesuatu daripada ALLAH kan, makanya kena lah mintak betul2...aku bagi analogi la, seorang peminta sedekah. mcm mana dia nak mintak org sedekah kat dia? mesti dia akan tadah tangan elok2 kan? ada dia nak mintak sambil tekup mulut or letak tangan atas riba sambil lewa? semestinya tidak... org nak bg pon malas, was2 je. tak bersungguh2 lgsg. (aku harap analogi aku ni boleh diterimapakai)

bersungguh2 kan???

ni kan pulak bila kita berdoa, memohon sesuatu dr ALLAH, A.L.L.A.H (mengeja) okeyyy...Pencipta kita... bukan hal main2...tadah la mmolek cket... MENADAH itu sendiri bermaksud menampung, sesuatu yang jatuh bertitik, bercucuran... kalau kau tekup mulut, xlah tadah namanya cik abang oi.. rasanya semua faham kan...

tadah tangan mcm ni kan bagus... :)
******************************************************************************

ok, habis topik tadah menadah. oleh sebab baru balik solat Jumaat ni kan, aku nak share sikit lagi pasal menadah tangan time berkhutbah. (doa imam pada khutbah kedua) ala... biasanya yang ada sebut nama sultan tu...

1)kata Sheikh Abdul Aziz Baaz, tidak disayara'kan menadah tangan, hanya perlu dengar khutbah dgn khusyuk dan mengaminkan doa imam (cukup untuk didengar sendiri).

2)kata Ustaz Ismail Kamus pulak, tidak sunat menadah tgn.

3)namun pendapat Ustaz Azhar Idrus, itu bid'ah yg dibolehkan...

apa yg dpt aku simpulkan adlh, xdisunatkan menadah tgn, TAPI kalau kat malaysia ni mesti org pndg pelik bila kita xtadah tgn kan??? sstgah org xaggap hal ni hal besar sebab xde kaitan dgn apa2 perbuatan yg haram~ape2 pon, boleh search kat google and vids ceramah kat youtube pasal hal ni...aku just share je apa yg aku tau je...

#notakaki# kalau ada salah silap, tegurlah. kalau ade pendapat, komenlah~ just leave ur comments...peace y'all~ assalam...


4 comments:

  1. menadah itu maksudnya menampung benda yang bercucuran.baru terfikir! good point!

    so kalau tekup mulut tu memang tak bolehlah.okay dah faham.thanks!

    ReplyDelete
  2. my pleasure...apa yg kita tahu n rasa betul kita kongsi~ =)

    ReplyDelete