cita-cita. kalo zaman tadika or skolah rendah, cita-cita yg paling femes mungkin doktor, cikgu etc...kan?
aku mengaku la, zaman kecik2 dulu memang aku ada terniat dan terdetik di hati kecilku ini nak jadi cikgu. haha tp bukan sebab suka nak mengajar budak. sebab aku suka tanda2 kertas soalan. HAHA aku selalu tolong mak aku tanda2 kertas soalan exam. lepas tu tulis markah besar2 kat depan. kalo 1 page budak tu xjawab, mak aku kata wat tanda soal besar kat page tu. suke suke suke... har har har
dan sebenarnya, aku dah mulakan kerja ni lebih awal lagi kira-kira masa aku darjah1 ke tadika dulu masa abah aku jadi penanda kertas SPM. aku tolong cop2 column markah tu. hehe... siap ade cop terbalik lagi. :p *xreti guna cop*
bila naik skolah menengah, aku rasa mcm nk upgrade sikit la cita-cita aku. mak abah dah cikgu, xkan aku cikgu jugak kan, so aku cakap aku nak jadi pensyarah. hohoho~~~ everytime org tanya, aku nak jadi pensyarah! dlm buku rekod pon aku tulis cita-cita: pensyarah.
masa tu, pilihan kedua aku ialah chef. masa tu aku memang rancak tgk program2 masakan kat tv. best tgk chef boleh gi travel la. kerja kat hotel la. tambahan pulak, abg long aku amik sijil penyediaan makanan. tgk gmbr dia duk ukir2 tembikai wt bunga2 tu. cam naissss je. nk blaja jugak. lpas tu makan. ngap3!!
tapi, aku sedar yg sebenanrnya, aku xberbakat nak memasak. ya, aku suka tgk mak aku memasak, tp sebenarnya aku lebih tertarik dan suka makan je. masak2 ni bukan bidang aku kot. huhu~ berangan jela pandai masak.
dan secara tiba2 mula minat bidang meteorologi. yg kaji2 cuaca tu. aku pernah berangan nak keluar tv1 pagi2 masa selamat pagi malaysia tu... kihkih tambahan pulak, ada junior aku cerita kakak dia kerja dgn jbtn meteorologi, pegawai la. kerja dlm pejabat je. gaji masyuuukkk! huhu
berangan xnak kalah ni... |
tp nak buat laporan tu kena hafal peta malaysia. peta semenanjung ok dah kot masa tu, tinggal sabah sarawak je, sarawak la especially. so, aku pon duk mhadap peta jela. hafal bintulu kat mana, sarikei, miri, limbang, kuching... semua2 tu. sarawak kan besar... lagi best, aku ada sorang kawan yg sangat suka bab2 peta ni. zaimin namanya. fb dia Kito Bakor. kenal? haha aku pernah tgk dia lukis peta dunia atas kertas tanpa rujukan. boleh kata hampir 90% sama!
that time, mmg aku ngan dia minat gila2 geografi. peta2, jumlah penduduk, luas negeri, hujung jari jela.tiap kali exam mesti score baik punya! masa PMR zaimin tu xsilap aku dia betul semua kot 60 soalan tu masa semak2 balik. terbaek la beliau. and sampai sekarang aku berminat dgn semua tu. aku amik tau semua fakta2 dan maklumat2 ni cuma aku xtau kalau nak jadikan kerjaya tu macam mana. huhu~ kena jadi pegawai bancian penduduk la kot. :p dtg rumah ke rumah. huhu~
lepas tu, masa aku duk isi-isi borang UPU (permohonan IPTA) lepas SPM, aku xtau nak isi apa. asasi? aku rasa mcm xlayak, erm, layak dari segi result, tp xlayak dari segi kesediaan aku nk hadapi program asasi ni. so, first choice aku diploma. aku amik Diploma Sains Geomatik (Sistem Maklumat Geografi). dan itulah yg aku dapat. kat UiTM Shah Alam, tempat abg aku skrg. Gembira x terkata.!!
aku ade jugak survey course tu pasal ape. pasal ukur tanah la basically. kira2, tp mungkin ada yg link and connect tu mende2 lain. ada kaitan la dgn sume yg ada kaitan ngn geografi la kot. sattellite imaging, nk tentukan waktu solat. if i'm not mistaken la. but then, abah and mak aku mcm xpandang langsung offer yang ni just because it is diploma. huhu bukan ijazah. so. aku pon masuk matrikulasi.
tp dlm masa yg sama aku mmg still minat nk jd cikgu and aku isi borang IPG awal lagi. lepas amik result, terus aku dan beberapa kawan aku pegi bandar isi borang sampai lengkap dan hantar. akhirnya, setelah 4 bulan, dpt result walaupun dpt 2nd intake, aku bsyukur sgt. hihi~ insyaAllah, dlm 3 tahun lagi aku akan menjadi seorang guru Bahasa Inggeris. sekian. :) wassalam...
#notakaki# masih ingat masa temuduga IPG, aku ckp aku nk menyambung legasi mak abah sebagai cikgu sebab adik beradik lain sume kerjaya dah ke arah lain. penemuramah tu tersenyum. ;)
haha. kn? sume org ad cita2 banyak aku ase. kejap nk jd tu. kejap nk jd ni. wlaupun kita dh memang 80% menuju profession cikgu, tapi tetap nk cuba benda lain jugak. hahaha
ReplyDeletebole buat part time nati. hahaha
ReplyDelete