orang baik hati

Monday, May 27, 2013

Selamat Hari Guru :)

assalam. hai.
semalam aku pegi kenduru sepupu aku kat felda tersang, raub.
jauh jugak la. perjalanan lebih kurang 2 jam setengah. huhu *jalan buruk*

lepas je kenduri, abah ajak pegi kuala medang and lanai (pos org asli)
aku excited sebab dulu abah pernah bawak, tp xsampai sebab jalan nak ke lanai tu belum siap sepenuhnya.

beforehand, for those yg xtau kat mana, ni ha. yg nampak macam jalan mati dalam petak merah tu kg kuala medang, lanai dalam lingkungan tu jugak la...

kg. kuala medang, hulu jelai.

fyi, masa tahun 2005 abah aku di transfer ke sekolah ni. SK. Lanai. salah sebuah sekolah perkampungan org asli kat daerah lipis. memang hulu la skolah ni. 1 geng la dgn SK Betau, SK Titom etc2~

kesian abah. disebabkan kenderaan xboleh masuk (yg ada jalan balak je), abah naik moto, dari rumah aku (felda mayam) ke kuala medang. lebih kurang 4jam la merempit. sampai sana abah akan tinggal moto kat rumah org kampung yg dekat dengan jeti, dan akan mudik sungai jelai naik bot menghala ke sekolah. jauh dan menakutkan.

tu kalau abah sampai awal, kdg2 abah sampai lambat. malam. so, bot mmg xde la kan mlm2. abah pernah citer abah masuk jalan balak yg hutan tebal tu naik moto. redah jugak mlm2 buta sebab nak sampai jugak ke skolah. esok tu dh nak mengajar. mmg abah nekad betul la walaupun ada org kampung pernah larang abah masuk malam tu.

dgn abah yg time tu umur 50, abah gigihkan diri jugak masuk dalam. salute lah! abah cakap memang tiap kali abah masuk dgn moto ke perkampungan tu, dalam perjalanan tu, sgt3 menakutkan. tp bila nampak ada org masuk, abah akan lega sebab mesti org tu akan keluar nanti dan kalau pape jadi kat abah, org tu ade.

ok , kita layan gambar pulak!

perjalanan dari kg. kuala medang - kg pantos. kena daki bukit tinggi.
sampai puncak, nampak seluas2 mata memandang.
nak dekat sampai, dari atas bukit, nampak perkampungan baru
org asli lanai 

abah kembali ke lanai 8 thn kemudian! lawa woo skolah dia.
Asrama perempuan SK Lanai
lintas jambatan besar2 kt kuala medang, jalan mati rupanya.
ada jalan kecik ke SK Kuala Koyan & SK Tg. Gahai
lepas tu, otw balik abah ikot jalan lipis-benta-raub. yeyy. lalu IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Lipis. mengimbau kenangan. teringat masa interview dulu. heee. bangun pukul 3.30 pagi kot, nak interview sini pukul 7.30! huarghhh... Alhamdulillah. berbaloi. dapat jugak masuk IPG. >.< 

lawa siott IPG diorg. gempak je main entrance dia. IPG aku? 
gitu lah serab sedikit cerita abah aku bila festime dia kena transfer ke kawasan org asli. tp alhamdulillah. abah boleh survive. abah hebat. dulu pon masa mula2 gi sabah, imagine la tahun 1978 abah mula bertugas kat sabah. masa tu Muslim xla berapa ramai kat sana. mcm2 cabaran abah cerita. tapi abah tekad and kuatkan semangat jugak demi tugas. mendidik anak bangsa. samalah mcm mak. aku harap, dalam beberapa tahun lagi, bila aku masuk dalam sistem insyaAllah, aku diberi kekuatan macam mana abah kuat and tabah hadapi semua cabaran sbg GURU. :') dari 1978 sampai 2013, insyaAllah. : ) selamat hari guru, abah. mak.

juga kd semua yg bergelar guru, samada anda berada dlm profesion keguruan atau tidak. tugas mengajar dan mendidik bukan hanya terletak di bahu GURU. semua bertanggungjawab.

finally, SELAMAT HARI GURU!
1 ASPIRASI, 1 AGENDA. :) credit to: Majlis Daerah Lipis :P
#notakaki#sakit hati bila baca org ckp buruk2 pasal cikgu ni. kerja sng la ni la tu la. mulut longkang.

3 comments:

  1. salute pakcik satar.! heehe

    ReplyDelete
  2. dean: abh aku ckp dulu dpt bau je,,,kesan dia lalu.huhu
    akoo: ank dia x salute? hahah!

    ReplyDelete