orang baik hati

Wednesday, June 5, 2013

cuti-cuti cinta

actually, ptg smlm tgk movie ni kat tv. yg nora danish ngan farid kamil tu.
alhamdulillah. aku sampai dgn selamat  dari Kelantan dan Perak.
merealisasikan impian abg long aku dan wanita yg berkenan di hatinya,
selamat bertunang. belum nikah lagi. :P

yg bold kt atas tu aku tiru ayat Aki Salam aku tu. dia jd tukang cakap masa kat rumah belah perempuan.
haha ayat nak sedap je. (Aki tu Atok la. dia pak sedara ayah aku)

kitorang pegi pagi jumaat lepas. 2 kereta. myvi mak (abah, mak, mak ngah, pak ngah) n kereta aku ( aku, abg, kak na). sampai dalam pukul 8 malam kat Kok Lanas. mlm tu xde ape nk buat, pas makan aku nampak Kepsi ngan Pizza Hut. dlm hati, eh, dekat dh la ni ngan rumah si shakir al-zufayry bin bahranor ni.
aku pon call dia n dalam pukul10, kitorang gi lepak Kepsi. hee... sejam lebih je. makan, borak2 and balik.

esoknya, sabtu mula lah motif utama kitorang ke sini.

merisik. meminang.


tgh dealing. kiri Aki Salam, kanan ayahnye akak tu. Wan ape tahh..pnjg bebeno.

Pak Ngah, abang Muzri, abah, Pak cik Lias (sepupu abah).
yg dekat ngan kamera ni pak long dan mak long akak tu..

dgn bantuan Aki Salam aku yg fasih berloghat kelate, everything went smoothly as planned. sekejap je.
lepas makan2, kitorang gi bandar. mak singgah Pasar Siti Khadijah. borong ape yg patut. lepas tu aku ajak ayah aku gi Pgkln Kubor. jalan xbape nak ingat, mesej Che tom and Mat. xreply. -__-"

redah dan redha. xjumpa padan muka

jumpa jugak. alhamdulillah. sign board ade je haa.. berdebar lebihh..
mak and mak ngah beli2 brg...periuk belanga segala bagai. balik.
alang2 dah sampai situ, abah nak pulak jumpa kawan lama dia. roommate dia masa mula2 pi Sabah dulu. tahun 1978. lepas kahwin xjumpa, dia pindah perak.
seronok abah and kawan dia. berpeluk2~ :'D

malam pulak jumpa kawan abah n mak masa sama2 mengajar kat mayam dulu. cikgu wan fendi, cikgu ariff dan isteri dia cikgu ros. lama xjumpa.

esoknya pulak. aku ingatkan nak balik dah, mak ajak balik kg rupanya.

Mak nak balik Perak ? ? ? *rahang jatuh

Kelantan ---> Perak ?
ok. ikutkan je.
best la jugak drive jalan jeli - gerik.
mencabar molepp!
dan aku dpt bantal rilakuma sebijik masa kat Bukit Bunga! rm20 je. weeeee~
sampai rumah abg tofiq ( sepupu ) dalam zuhur gitu la..
lunch, jumpa paklong, makcik tipah, mak ngah jah...
nearly 7pm gerak ke Maran. 550km, more less.

here comes the nervous part! ngee~

aku drive dulu. mcm xharap pulak kt abg long aku. haha~ rabun + wat2 tau jalan. (_ _")
10 malam, after sg.perak, naik bukit sampai terowong menora jalan jam. aku prasan enjin kete aku mati sesaat, lampu tpadam tp nyala balik. risau jugak tp aku diamkan. lalala~

1 pagi, singgah tapah, aku rasa dekat 5,6 kali jugak la enjin mati sesaat gitu. tukar ngn abg aku. dia drive.
elok je sampai tol susur keluar tg. malim, mati terus xhidup2 dah. nasib baik masa tu abg aku bawak.
jam menunjukkan pukul 3 pagi.

aku lega sgt enjin mati kat tol dan bukannya tgh2 highway yg jam dan ditengah mlm buta tu.

ALHAMDULILLAH..... fuhhhhhh..

aku yg buta pasal kereta ni main agak jela, maybe sebab suis kat betri tu longgar. rupanya betul. haha
*hebat jugak aku ni* :8)

ayah aku mintak timah balut rokok kt pak ngah aku, lilit kepala betri tu and pasang balik bagi ketat.
alhamdulillah, safely arrived at home before 7am. mandi, solat subuh dan tido hingga ke petang.

begiulah ceritanya..

Maran - Temerloh - Jerantut - Lipis - Merapoh - Gua Musang - Kuala Krai - Machang - Kok Lanas - Pengkalan Chepa - Kota Bharu - Tumpat - Kok Lanas - Machang - Tanah Merah - Jeli - Banding - Gerik - Pgkalan Hulu - Gerik - Lenggong - Kuala Kangsar - Ipoh - Tapah - Tg. Malim - Kuala Kubu Bharu - Batang Kali - Ulu Yam - Genting Highlands - Genting Sempah - Bentong - Karak - Lanchang - Temerloh - Maran.
phewww~ 3 hari 3 malam.

cuti-cuti cinta abg aku yang di-improvise oleh mak menjadi cuti-cuti Malaysia! jyeahh! apa pon boleh! haha

#notakaki#mmg terbaek jalan2 kali ni. hoho~ main bukit saje. seronok PJT dpt naik highway PLUS. :) selalu main LPT je. :P


3 comments: