so, update blog ni barangkali sedikit sebanyak mampu mengubat kebosanan. hah. ok, cenggini. aku duk dalam toilet tadi, tengah mandi manda. tetibe teringat kisah kat kedai Cowboy Temerloh. masa kat kaunter nak bayar, abah aku hulur surat. aku berdebar dah. hah sudahh... apa ni? surat cinta aku ke? :O homaii
bukan apa, sebab masa pindah dulu ade jugak la kantoi surat aku ngan 'hakak angkat' zaman sekolah dulu. kahkah~ *dasar xreti simpan barang* -.-'' so, aku cuak la, adakah pisang berbuah dua kali?
rupanya idok. surat tu surat yang aku tulis pada tarikh 19 September 2010. aku bagi la sinopsis sikit eh. haha
masa tu kan aku baru 2 bulan masuk IPG. x ramai kawan lagi, selalu sorang-sorang...aku rasa down sebab masa tu faktor bahasa sedikit sebanyak menjauhkan jurang persahabatan aku dengan jiran-jiran aku... peta lokasi bilik aku dan latar belakang jiran-jiran aku tu macam ni.
see? aku rasa aku makin mengecil hari demi hari. aku tersangatlah pendiam dan cuba mendiamkan diri masa tu. guess what, aku xpernah masuk bilik jiran-jiran aku. apatah lagi bilik budak cina 2 orang tu haa... reason?
aku risau nak berkomunikasi dengan diorang.
aku bimbang xpaham,
aku bimbang xreti nak respon,
aku bimbang cara diorang lain.
aku bimbang semuanya!
tapi diorang selalu la masuk bilik aku since roommate aku tu orang senegeri dengan diorang. hingga suatu petang tu, sabtu iaitu sehari sebelum aku tulis surat tu...
hari tu orang tengah sibuk-sibuk sebab baru balik dari cuti. aku naik bas, so sampai lebih awal. tengah layan movie kat laptop. laptop baru bawak dari rumah. hehe tengok movie Final Destination. dengar pakai earfon ni, sebab xnak bercakap dengan orang punya pasal. haha *buruk perangai* tetibe jiran aku masuk reramai. buat kecoh-kecoh laa.. sembang-sembang dengan roommate aku. pung pang duk kecek kelate...
aku dengar je diorang bersembang walaupun pakai earfon. tetibe ade sorang tegur aku. xingat sape. tapi aku xbalas. (xdengar la sebab pakai earfon kann.. :P) *buat muka fokus tengok movie* lepastu roommate aku cakap, "dia xdengar kot, pakai earfon" huhu lega aku. jiran aku tu pun terus cakap, "Syahir koppa..." dengan nada mengejek.
aku xfaham pon ape "koppa" tu... aku buat senyap je. tapi aku tau maksud dia xelok. mulai hari tu, aku anti sesangat kat kawan aku tu. hahaha~ i heciu !
tapi sem tu jela. next sem tu, aku dah sekelas dengan dia. baik jugak dengan dia. duduk sebelah pulak. =.=''
lepas2 pada tu, ade la kitorang throwback zaman2 mula masuk. diorang semua cakap aku sombong. xbergaul. duduk dalam bilik je. keluar pon gi toilet, pastu masuk bilik. haha~ :P
aku pon cerita la kat jiran aku tu, aku xpuas hati lagi kat dia sebab cakap aku koppa. haha~ dia dah minta maaf & dia cakap dia xingat pon pasal tu. biarlah ko xingat, yang penting aku xkan lupa. huhuk~
haha tu jelah throwback kali ni. sekarang aku dah ok dah dengan jiran-jiran aku. elok je berkawan. hehe. kekadang diorang pon cakap KL ngan aku. hahah~
#notakaki#aku akan simpan surat tu sebagai alibi aku x reka cerita wahai Muhammad bin Mat Yasim! haha :P
#notakaki2#persoalannya, apa maksud "koppa" ? :O rasa macam dah tanya, tp x ingat la. (._.)
budak koppa bersama jiran annoying. :P |
huhuhu.. xtau bkpe ase mcm nok sukke :3
ReplyDeletegeletis la tuu... huhuuuu
ReplyDelete