orang baik hati

Thursday, December 26, 2013

Paleolitik.

Zaman Paleolitik di Malaysia bermula kira-kira 200,000 hingga 300,000 tahun dahulu. Pada Zaman Paleolitik ini, manusia menggamalkan hidup secara berpindah-randah mencari kawasan baru atau dikenali sebagai hidup nomad.

Ok. Haha. Mengarut je. Aku nak highlight pasal berpindah-randah ni je. Aku nak pindah x lama lagi. Dalam masa terdekat ni lah. Tak dapat nak pastikan the exact date tu bila. As for now, we are still in the process pindah-pindah barang. Since rumah kat kampung belum siap, so kitorang terpaksa hantar sikit-sikit letak kat rumah sedara-mara. Rumah taman kat Mentakab tu macam dah agak penuh, so nak tak nak kena angkut jugak la. and to be frank, I hate this situation. huhu. Aku paling tak suka rimas-rimas habuk ni. Alaaa,,, even now aku tengah selsema. Seharian dah. Pasal habuk berterbangan dalam rumah. Yela, tengah kemas2 kan. Hidung aku ni pantang habuk sikit. :8'(

Cerita pasal pindah-randah ni, tak termasuk yang kali, dah 4 kali kitorang pindah rumah. Haha. Ni  seingat aku la. Rasanya masa kat Sabah aku mmg lahir dan sampai last day aku kat Sabah mmg duduk rumah tu. So, first masa pindah dari Sabah ke rumah taman kat Mentakab, Pahang. Aku ingat masa tu lewat malam. Tunggu lori angkat perabot2 dari pelabuhan. Barang2 kan naik kargo. So, dah dihantar lebih awal ngan kapal. Sekali dengan kereta. Lewat malam baru sampai. Aku dah tertidur pon. Bangun-bangun pagi tengok penuh dah rumah. Haha. Sebelum tidur, kosong! :P

Lepas tu kena bawak sikit barang dari Mentakab tu ke Bera sebab mak abah dapat tukar sekolah area sana. Yang tu aku tak berapa ingat dah. Haha. Duduk rumah tu dalam 3 tahun jugak la. Actually rumah (kuarters) tu hujung sekali. Tepi rumah aku, macam ada laman sikit, lepastu tanah orang, dan hutan belantara. -___-" Masa kat situ la paling banyak dugaan. Dengan segala spesis haiwan pernah menyinggah rumah aku, tenggiling, musang, beruang, gajah, babi... macam zoo dah! Tp gajah ngan beruang aku tak tengok la. Dan dua kali jugak rumah aku kena pecah masuk. Akibat ancaman manusia liar dan haiwan liar, mak apply nak pindah rumah depan-depan sikit. Sebab ada cikgu pindah. Maka berpindah lah kami. Tak guna lori pun, guna tenaga jiran tetangga dan van yang sedia ada ni. 

Rumah baru ni (tak lah baru, sama je umur ngan rumah lama) seronok la sikit. Time ni zaman kanak-kanak aku paling gembira! Haha. Kawan pon ramai. Lama tak lama, dalam 2 tahun lebih duduk situ sebelum pindah ke kuarters baru. Dari kuarters kembar setingkat 2 bilik, 1 bilik air (design tahun 80-an) ke banglo kembar dua tingkat 3 bilik, 2 bilik air. Best wooo pindah rumah baru. Baru yang real baru. Haha. Angkat barang agak mencabar sebab jauh sikit. Kena lalu jalan utama penduduk Felda tu. Tak silap aku Julai 2003 pindah situ. Heaven je rasa. :P *jadi batak kejap sebab 5 tahun duduk kuarters buruk*



Situ lah paling lama kitorang menetap. 2003-2010. Pertengahan Jun 2010, mak aku diluluskan untuk bertukar ke Maran sebab ikut abah aku yang lebih dulu tukar ke sana. Tapi aku tak terlibat masa pindah-memindah sebab aku ada kat Matrik. *yeyyy* haha Balik cuti je sedar2 sampai rumah, eh rumah lain. ekekeee...

Rumah ni kuarters jugak. Tapi kecik sikit dari kuarters sebelumnya. Design masih lebih kurang. Tapi mcm tak best jer. Best lagi rumah lama. Dan 2013, nampaknye kena pindah lagi. Sebab mak abah dah pencen. Thanks to the pihak jabatan sebab still bagi kitorang duduk sini kejap sementara nak angkat barang ni. Lama jugak ni, dari September haritu. Free of charge. :D

Panjang jugak aku membebel. Haha. Lepas ni boleh tulis "Travelog Seorang Penghuni Kuarters" ! LOL
Sebab since aku pindah Pahang, 15 tahun dah, selama tu lah aku duduk kuarters dan rasanya sangatlah pelik. 

Haha. One thing yang aku perasan sangat-sangat ialah aku takde kawan. huhu. Sejak aku darjah 6, aku xde kawan sekitar rumah. Naik sekolah menengah lagi lah. Duk asrama, balik je, berkurung je. Memang takde kawan. Pindah Maran pon, tak sempat la nak bertegur sape. Awkward plus aku ni tak la mesra mana. I'm not a person yang mulakan bicara.. Haaa... Kalau orang tegur, insyaAllah respon baik dari aku akan anda dapat. Haha. Dan masalahnye takde! Huuuu  

#notakaki#babai Maran ku terchenta.~ wakakakaa...

No comments:

Post a Comment