orang baik hati

Saturday, December 31, 2011

Sorotan 2011

Assalamualaikum w.b.t...dan hai semua!

pejam pelik pejam pelik...haha saje nk wat kelakar...xkelakar? k, fine~ pejam celik pejam celik, today is the last day of 2011...cepat masa berlalu...rasa macam baru je start Sem2..huh~ cliche giler ayat... whatever! *bibir senget

WHATEVA!!!


okay, straight to the point... bersempena dgn hari terakhir 2011 ni, aku nak share or rewind balik important events yang berlaku sepanjang hidup aku tahun ni dalam entri ini yang aku namakan...

Sorotan 2011

hihi besh x? to make it easier, kita mulakan dengan bulan pertama setiap tahun iaitu Januari, diikuti bulan2 seterusnya...mengikut urutan.. ~mcm cikgu ajar anak murid dah.. heh~ (_ _") *xpe, mmg aku bakalan jd cikgu pun...

let's begin!

1. Januari - as the first month after a long bored holidays kan, bulan ni la jumpa balik rakan2 yg lama terpisah...as for me, hujung Sem1 aku mcm xramai kawan lagi. Sem2 ni pulak, nk dijadikan cerita, kitorang reshuffle kelas. so, aku tersangatlah risau xboleh nak mingle around, 'huha-huha' 'here and there' dgn classmates baru, sdgkan sem lepas yg semua muslim pon aku xbyk cakap... ni pulak bila mix...FYI, aku xpernah ade classmates non-muslim before this. so, perasaan tu bcmpur-baur la... but at the end of the day, aku bsyukur sgt sbb aku xtrase tersisih atau disisihkan atau menyisihkan diri dlm kelas baru ni... Alhamdulillah~

Bahagia kann??

2. Febuari - ktorang, students Muslim TESL dpt offer oleh Ustaz Razali Bachik (Allahyarham) utk wakil kampus ke perarakan Maulidur Rasul...best sgt! walaupun berjalan agak jauh (Dataran Syahbandar - Stadium Negeri)...seronok, berarak sambil berselawat...kelakar jugak sebab kitorg sampai lambat, org da start baru sampai...adehh (_ _")

Paan yang kachak~ ketua kontinjen la konon.


antara event lain : English Week, Senamrobik (4th place)


TESL 4, 4th place..ok what...
wah! nice2!!..


3. Mac - cuti mid-sem and ade mock exam! agak gila2 jugak la study walaupun just to expose kan ktorg exam format since ktorg xde exam Sem1...aku kena beria jugak sbb Head of English Department and assistant dia ajar kelas aku~ wohoho...garang woo.. at last, tau result LDS jer...lulus..Alhamdulillah...

antara event lain : Movie Night


Suasana dlm panggung~

4. April - 1 kejadian plg xdiingini berlaku dlm hidup aku! wuhuhu... ex-rumet aku dirasuk ke ape tah aku xtau.. first time la aku berhadapan dgn situasi mcm ni! goyang woo! tu kira kenangan pahit jugak la~ kalo boleh, nak lupakan~ seriau!

antara event lain : English Camp


We are TESL 4!!!

"Best Pic of the Year" Award!!! 

5. Mei - event terbesar. Macbeth Dramatization! huhuhu agak meletihkan kot~ even i'm just a prompter...pegang skrip jer..tp letih jugak~huhuh yet it was a GLORY!!! hoho all hail macbeth!

Final rehearsal. Macbeth (Gabriel) and Lady Macbeth (Angie)

antara event lain : Trip to Gambang


semua agak rentung~!


6. Jun - ermm...cuti je byk..masa dihabiskan di rumah. start Sem3, dapat bilik & rumet baru. Amar Rusydi. berumetkan beliau, kehidupan terasa berbeza sedikit. ada la bunga2 kehidupan tu. haha~ Alhamdulillah~ xtau la org perasan ke x, perangai aku yang sebenar makin terserlah berbanding sem2 lepas... huhu~ tp maintain baik okeyyy... *kelip2 mata muka innocent


7. Julai - Julai ade ape eh??? aku xengat la... loading jap...

llllllllllllllll 30%

llllllllllllllllllllllllllllllll 60%

llllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll 100% -completed-

k, fine. mmg xhengat! NEXT!

8. Ogos - Bulan Ramadhan...buka puasa dgn classmates kt Aiz Korner (xreti eja..) huhu seronok! dua kali pulak tu...first, dgn boys jer..second bru the whole class joined~ including the non-Muslim... :))) tq guys~

Buka puasa TESL4


9. September - <<<memory loss>>> xde apa jugak kot~ em..tah la. HAHA xpe, ignore it! xsabar nk proceed ke bulan terpenting! hohoh~

10. OKTOBER - hahah...ternyata aku pilih kasih...bkn apa...oktober adlh bulan kelahiran aku..heheh.. nk dgar lg bes? bulan kelahiran rumet aku! hoho~ rumet aku blanje makan RFC~ tQ bro... sanggup bergolok-gadai walaupun aku belanja pasar malam jer.. *sebak! semakin hampir dgn final exam...study week hujung bulan oktober...mmg bersenang-lenang sgt...bgun-solat-makan-movie-tido...study? sikit2...hehehe

antara event lain : Cohort Dinner, Cohort Futsal Tournament, BKK Dinner

The Emcees... Nisha and QiFazril

Cohort Dinner 

Paan yang hudoh~

Dean, Shakir, Mizan  a.k.a Maher Tom, Eman dan Dzul

~Tweet FC~ comey kan mereka?
belakang: Marck, Ewan, Amar, Afiq, Paan
depan: Tai, Zafik, Che Mut

rumet, dan mates yg besh!

Marvellous!!!
Faez dan Alimi...kekenyangan~

Syafiq, Faez dan aku. Depan Paradise Deluxe, KT

11. November - FINAL EXAM!!! and cuti hujung tahun... both events aku xsuka... huhhh.... 16 November aku dah balik Pahang...bercuti yg pnjg... hate this~ ditambah pulak seminggu pertama cuti tu aku demam...demam rindu kat kawan2 kot~ heheh...

12. Disember - proses menaikkan ukurlilit perut masih berjalan lancar...berakhirnya zaman foundation aku...xsabar nak masuk degree tahun depan! hopefully berjalan lancar jugak...InsyaALLAH...


Alhamdulillah...15 Disember keluar result. LULUS!
31 Disember penamat bagi 2011 dan juga  hari jadi kawan yang juga classmate aku dan jiran merangkap kaki gosip iaitu Shakir Zufayry...happy birthday bro! semoga diberkatiNya... seronok x dpt birthday wish dari Neelofa? hihi berjaya jugak planning aku, Irfannadeem and Eman1492

saje suka2 Tai... :)


fuhhh....begitulah serba ringkas sorotan tahun 2011 aku...bermacam-macam episod suka-duka yg aku lalui. tahun ni agak special sebab dlm 2 sem aku jalani 2 kehidupan yang berbeza sangat2...suasana dan persekitaran yang berbeza maksud aku...kesimpulannya, tahun ni memang daebak!!! haha gedik nak ckp korea... aku berdoa supaya hidup aku dan korang semua bertambah baik pada tahun2 mendatang...supaya kita dpt jd pelajar, anak, dan yg paling penting menjadi hambaNya yang soleh~ do support me guys! xkesah lah, kwn rapat aku ke, xrapat ke, followers blog ni ke, even though some of them xpernah jumpa...ok, aku dah habis ayat dah~ ngeee...aku buat awal2 lagi entri ni..takut kalau buat mlm tahun baru, xsempat siap..huhu kang post takut da 1januari..hihih...

ok, thanks y'all!!! semoga korang semua sihat sejahtera...jazaakallahu khairan kathiira....
wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...fi amaanillah! :) jumpa di tahun 2012~

#notakaki# Takziah kpd keluarga Ustaz Razali Bachik atas pemergiannya pada bulan Oktober lalu... pegawai Hal Ehwal Pelajar...semoga beliau ditempatkan bersama org2 yang soleh...amiinn.. Al-Fatihah...
Dlm pada itu, Tahniah kpd adik rumet aku yg dpt 9A dlm PMR baru2 ni...kembar. dua2 dpt 9A! ikut jejak abg~ Mabruk 'alaikuma... <--betul kan kuma? berkarat dah arab aku (T_T)

Tuesday, December 20, 2011

teruskan berdoa sahabat...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

"Terkadang kita jatuh... dan kita berdoa pada ALLAH untuk menghilangkan duka... Seringkali ALLAH tidak memakbulkan doa kita. Namun, percayalah... doamu tak sia-sia. Jika tidak dimakbulkan di dunia, ALLAH akan memakbulkan di akhirat kelak, InsyaALLAH.


Dan kadang-kadang, ALLAH sengaja melambatkan untuk memakbulkan doa kita, kerana Dia amat merindui suara sayu hambaNya menagih rayu saban hari...


Teruskan berdoa sahabat, kerana Dia sentiasa mendengar..."


#notakaki# dapat mesej ni dari sahabat baik... tQ sahabat..lain mcm je time baca td...sebak pun ade... credit to him sebab selalu ingatkan aku dlm hal2 mcm ni... syukran ya sohibi 'ala kulli hal~ :')

Friday, December 16, 2011

berdoa & tadah tangan

Assalamualaikum...baru je balik dari masjid, solat jumaat.

otw balik rumah, aku terpikir pasal berdoa dan tadah tangan... aku nak share story la, story abah aku ni. abah aku ni bab2 tadah tangan bila berdoa memang dia particular la sangat2... aku ingat lagi dia pernah suruh murid dia baca doa dalam kelas banyak kali sampai semua perfect... ha, ulang la korang baca doa banyak2 kali sampai semua tadah tangan elok2..

untuk pengetahuan korangsss, abah aku paling pantang bila orang tadah tangan letak atas meja, tekup mulut or even worse ade yg smpai tekup muka smbil baca doa...mcm ni...

berdoa sambil sedih mengenang dosa2 silam..maybe?
-sekadar gambar hiasan-

huhu sampai gini org baca doa pon ade aduii...mesti korang pernah jumpa mcm2 aksi bila orang baca doa kan? xkisahla baca doa ke, mengaminkan doa ke...bila aku fikir2 balik, betul jugakss apa yg abah aku buat tu. yela, kalau budak2 kan, baca doa dalam kelas biasanya main2, bukan serius. ada yg ltak tgn atas meja la, ape la...so, kena lah betulkan diorang. kecik2 la nak dibetulkan. melentur buluh biarlah dr rebungnya...Alhamdulillah, sebab tu jugak, aku rasa aku xterjebak dlm aksi berdoa mcm ni...

kita tadah tangan (berdoa) tu kita memohon sesuatu daripada ALLAH kan, makanya kena lah mintak betul2...aku bagi analogi la, seorang peminta sedekah. mcm mana dia nak mintak org sedekah kat dia? mesti dia akan tadah tangan elok2 kan? ada dia nak mintak sambil tekup mulut or letak tangan atas riba sambil lewa? semestinya tidak... org nak bg pon malas, was2 je. tak bersungguh2 lgsg. (aku harap analogi aku ni boleh diterimapakai)

bersungguh2 kan???

ni kan pulak bila kita berdoa, memohon sesuatu dr ALLAH, A.L.L.A.H (mengeja) okeyyy...Pencipta kita... bukan hal main2...tadah la mmolek cket... MENADAH itu sendiri bermaksud menampung, sesuatu yang jatuh bertitik, bercucuran... kalau kau tekup mulut, xlah tadah namanya cik abang oi.. rasanya semua faham kan...

tadah tangan mcm ni kan bagus... :)
******************************************************************************

ok, habis topik tadah menadah. oleh sebab baru balik solat Jumaat ni kan, aku nak share sikit lagi pasal menadah tangan time berkhutbah. (doa imam pada khutbah kedua) ala... biasanya yang ada sebut nama sultan tu...

1)kata Sheikh Abdul Aziz Baaz, tidak disayara'kan menadah tangan, hanya perlu dengar khutbah dgn khusyuk dan mengaminkan doa imam (cukup untuk didengar sendiri).

2)kata Ustaz Ismail Kamus pulak, tidak sunat menadah tgn.

3)namun pendapat Ustaz Azhar Idrus, itu bid'ah yg dibolehkan...

apa yg dpt aku simpulkan adlh, xdisunatkan menadah tgn, TAPI kalau kat malaysia ni mesti org pndg pelik bila kita xtadah tgn kan??? sstgah org xaggap hal ni hal besar sebab xde kaitan dgn apa2 perbuatan yg haram~ape2 pon, boleh search kat google and vids ceramah kat youtube pasal hal ni...aku just share je apa yg aku tau je...

#notakaki# kalau ada salah silap, tegurlah. kalau ade pendapat, komenlah~ just leave ur comments...peace y'all~ assalam...


Wednesday, December 14, 2011

memori zaman matrik

Assalamualaikum w.b.t and Hai semua! aku mmg suka story mory ni dah nama pom diari kan..ttbe hari ni tregt zaman dulukala..zaman muda2 dulu...hoho meh aku citer...

FYI (bg yang xtahu la), skrg aku kat Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu... sebelum ni aku study kat Matrik Johor (KMJ)...

~Selamat Datang~


makanya, sekarang aku nak story sikit pengalaman aku time kat KMJ dulu...time dapat offer tu bkn main gumbira la weh! siyes aku cakap! muka teruja sambil mata berkaca2 mulut tersenyum lebar time baca mesej 15888 tu...yelah, fikir matrik ni vogue, havoc, top sgale mak nenek lah! excited kot!

hari daftar n minggu orientasi berjalan lancar...mmg layan habis lah! seronok walaupun aku benci bila program dlm dewan sbab xde ekon! panas dia tahap ape tah bila dah seribu lebih org dlm tuh.. Dewan Sri Ledang @ DSL tu aku rasa lebih cocok dgn nama Dewan Sauna Ledang kot! ehehe...kidding! skrg xtau lah..

start je blajar, maka bermulalah episod penderitaan aku duk matrik. waduhhh...aku ni dala otak slow giler, RAM rendah kan..blaja pulak fizik, kimia, addmaths etc...huhu stress jgn cakap lah! aku rasa kelas2 dan hari2 aku berlalu cam tu je, xde yang melekat kt otak aku..singgah jap n berlalu pergi huk3~ sadis kan?? actually, aku mmg xminat sume subjek2 ni, tp mmkirkan xde choice nk gi mana...gi la jugak sini...

itu jam kalu, baru you worang tau la realiti kat matrik, bagi aku, hanya mereka yang pandai or rajin berusaha jer boleh survive kat sana..kalau orang mcm aku ni, duk matrik sekadar mengisi masa lapang boleh la kot. nak menjamin masa depan, no no no!

Tugu KMJ - Keilmuan Menjana Jatidiri


ada 1 hari tu jadual aku padaT giler! kelas dr 8pagi sampai 10 malam... dr pukul 8 sampai 4 kelas wajib. then ade listening practice sampai 5. 5.30 pulak kelas tmbahan fizik kat rumah lec aku sampai pukul 7. next kelas fizik lagi pukul 8 sampai 10...perghhhh,, mmg kaw2 ari tu...tepu kot otak aku..huhu nasib baik la aku xlama kat situ. sebulan tujuh hari je...

sebelum tu mmg mgharap giler ah aku dpt maktab IPG ni...skali time first intake IPG, bapak frust nye aku xdpt..uhuhuhu~ tragis giler ah..ramai xtau yang aku meraung habis-habisan mlm tu time call mak aku. (nasib baik rumet xde) sian mak aku susa hati. yelah, rasa putus asa kan duk matrik. xboleh follow~ bertmbah jeles apabila classmate aku dpt TESL, IPBA pulak tu... o.O~ wuuuuu...

lepas2 pada tu, aku mcm hilang arah la sekejap.. (haha..drama lebih) sampai lah hari khamis 16 Julai 2010 lepas lecture kimia...kat starbuck depan library, aku dpt mesej, dpt IPG, 2nd intake! huhu memang berbunga riang xterkata lah hati aku... esok tu terus aku setel hal2 pindah n meninggalkan KMJ dgn 1001 kenangan pahit dan manis~ :')

kesimpulannya, aku respek la kat korang2 yang dapat menempuhi zaman matrik dgn jayanya. kalau rasa kurang rajin + malas tu silalah jgn masuk matrik kalau sekadar nak main2. langkah memakan diri namanya tu...huhu so, classmates aku pun skrg sume dah masuk U, merata dah...paling dekat ngn aku, Timah n kak Quratuaini kat UMT...dekat jee... hihi hopefully diorang sume berjaya dlm plajaran diorang... aminnn... :')

#notakaki# paling xboleh lupa time kena denda ramai-ramai pakai gogel sambil mencangkung wat bunyi katak kat tepi longkang luar lab kimia...siyes klakar! :D


Monday, December 5, 2011

Ringkas, Padat..tapi tak faham...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Bangun je pagi, tunai apa yg patut ditunaikan... aku tertido balik, tido lambat malam td. pukul 2 lebih.. huhu abah aku busy buat ape tah sebab esok ada course kat KL... dia buka lampu ruang tamu, yg aku ni pulak memang kat ruang tamu tu lah tempat aku bersemayam..hehe so, xboleh tido. ''qada'" balik la pg td..mak aku cakap, tido lepas subuh xelok, rezeki xmasuk..huhu aku tido kejap je..hihi pukul 8 aku bangun. semua orang dah keluar, aku sorang-sorang. beberapa jam kemudian aku dapat mesej dari kawan aku....(baru bangun tido la tu..hehe)

                                "Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya...
                                 Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup, dan kalau tidak berpenjaga, 
                                 binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri
                                 melarangnya berbuat jahat..." 

                                                                                                    -Pepatah Arab-

pepatah ni ringkas je tapi padat dan aku sebenarnya xberapa paham sangat...especially yang aku bold tu...sape2 boleh explain?? feel free to leave your comments... thank you... =)
Wassalamualaikum...

#notakaki# hari ni sejuk sangat...pukul 10.30 pagi td, bukit depan rumah aku berkabus lagi...huhu

Sunday, December 4, 2011

Aibkan Orang atau Rasa Bersalah?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...salam 1 dunia...

mode: serius...

pagi tadi, rehays aku saje2 blogwalking kt blog sendiri...saje2 mengimbas kenangan...pastu, dah bosan aku blogwalking ke bog-blog lain, berjangkit ke blog orang lain, orang lain lagi, lagi dan lagi...secara tak sengaja, sampailah di satu blog lucah yang agak xsenonoh...URL mcm biasa jer...xmenampakkan apa2 yang meragukan...(nama blog dirahsiakan, kang korang cari pulak...) huhu

aku just go through jela...scroll down...scroll down....byk betul video...tetiba, mata aku tertancap kat 1 video ni, korang mesti pernah tgk video kan, Youtube lah contohnya...mesti ade gambar motionless sebelum kita start video tu...dlm hal ni, gambar yg aku nampak kt video tu adalah seorang yang aku RASA aku kenal!

dgn penuh teruja aku pon terus jelah play video tu...video yang berdurasi beberapa minit tu memang memfokuskan wajah orang yang aku kenal tu...dan aku rasa orang tu memang DIA! 99% dia! tapi aku xsure lagi la kan betul ke x, sebab aku kenal je, xrapat pon...rasa-rasa jer..

kesilapan yang aku lakukan adalah, aku telah komen kt video tu...aku guna acc google aku yg lgi 1, bukan yang aku biasa guna...(da removed da komen..) KLIMAKS nya, beberapa jam lepas tu...aku tengah merayau-rayau kt newsfeed FB, tetiba ada messages kt inbox... MENGEJUTKAN!!! org yg aku rasa dalam video tu...! so, that's it... that's really that person (aku perkenalkan dia dengan nama 'X'! X told me not to tell anyone about that video....  tu belum penamat segalanya....

_______________________________________________________________

it's fine for me.. to keep it by myself.. tapi masalahnya di sini aku rasa serba salah....aku kena simpan rahsia yang xelok...somehow, i feel like i involved in that 'thing' too... terasa berdosa pulak... tp aku kena hormati hak X yang xnak aku hebohkan kat sape2...betul lah jugak, nanti dia yang malu...memang malu besar lah... berdosa besar sebenarnya bila kita membuka aib orang...

                                                              
"Janganlah saling mencari-cari aib (ghibah) sesama kamu..." 

                                                                    (Surah al-Hujaraat, ayat:12)

Mengumpat yang dibolehkan...

1) Kes penganiayaan : Si Q telah menganiaya saya bla3...
2) Kes kemungkaran : Si Q telah melakukan bla3..tuan tolong cegah...
3) Meminta fatwa : bercerita keaiban utk mendptkan fatwa/pendapat dr ahlinya
4) Langkah berhati-hati : berkaitan dgn rakan kongsi perniagaan, amanah, perkahwinan dan sbg.

kalau aku membuka cerita ni, adakah ia termasuk dalam kategori ke-4? aku xperlukan jawapan...

_______________________________________________________________

apa yang terjadi ada hikmahnye...

...dan aku rasa aku tau hikmah disebalik aku terjumpa video X ni... aku rasa aku kena lebih berhati-hati di dunia siber ni...even aku ni lelaki...xmustahil perkara buruk boleh berlaku kat aku kan..? aku rasa korang faham aku cakap ni dari segi apa...

jadinya, aku either kena simpan rahsia ni or kena lupakan semua ni...TAPI...aku harap sangat X akan INSAF... ye lah..aku faham....kita manusia, xlepas daripada membuat kesilapan...tapi selagi kita masih bernafas ni, insyaALLAH, Dia akan menerima taubat kita kalau kita bertaubat dgn sebenar-benar taubat...aku pun bukan perfect sangat nak nasihat orang...tp ingat, jangan tengok orang yang nasihat kita, tapi apa yang dia nasihatkan...that is even more important... aku pun bukan baik sangat and pernah buat silap,,,i admit it...cuma kita kena fikir lah masa depan kita...insyaALLAH kalau umur dipanjangkan, ada family, ada karier, nak jd cikgu... xkan nak hancurkan masa depan kita kat dunia ni? masa depan kat akhirat lagi...? bila fikir balik,, ketar jugak lah lutut aku... 

kalau kita nak berubah on the spot dari (contohnya) kaki mabuk, kaki perempuan, or segala jenis kaki yg ada  kepada orang yang duduk berteleku beribadah atas sejadah 24/7 memang mustahil lah..kalau ada, ALHAMDULILLAH... so, at least kita improve diri kita, even walau sikit sekelumit dan secebis pon... kalau kita jenis kluar mana2 selalu xtutup aurat, lepas ni kita tutup aurat...bukan susah pon.. Islam itu Mudah dan tidak membebankan...senang je nak dpt pahala...senang jugak nak dpt dosa...huhu

and actually, aku sendiri pon dah beberapa kali berhajat nak berubah...tapi selalu xjadi...iman masih lemah kot...nak berubah doesn't mean yg aku ni teruk sgt, cuma nk yg lebih baik la dari diri kita sekarang ni... tapi mungkin apa yang dah terjadi pagi td merupakan satu titik tolak bagi aku untuk berHIJRAH ke arah yang lebih baik... walaupun sikit... dan berhati2 dlm apa jua perlakuan aku... semoga ALLAH memudahkan segalanya...insyaALLAH...sekian, yang baik dtgnya dari ALLAH, dan yg buruk dtgnya dr kejahilan dan kelemahan aku sendiri...aku hanya insan biasa...

          pesan Rasulullah S.A.W:

     ...jgn sebar kebaikan kita, jgn sebar keburukan org...
     ...sebar kebaikan orang, ingat keburukan kita...




wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... salam 1 dunia...

#notakaki# dialog dalam drama kat tv pagi td... isteri: "yoyo tu tidur xingat dunia..." mak mentua: "xingat dunia xpe, jgn xingat akhirat..." suami: *tengah minum air, tersedak*