salam...rasanya lah 1Malaysia tau kan final Piala FA... aku rasa lah... aku xnak la ulas apa2 pasal team2 bola ni, sebab aku pon bukan nye tau sangat pasal bola ni.. main bola? jauh sekali... cumanya...yang aku nak cakap, semenjak aku study kat
maktab Institut Pendidikan Guru ni kan, aku jadi macam nak ikut perkembangan bola pulak. bukan nya sebelum ni xikut, ikut jugak.. setiap kali abis match, mesti at least nak tau berapa gol, sape score...cuma sekarang ni macam ada la aku sokong-sokong sikit..sikit je, ada lah team yang aku sokong. hehe...walaupun aku xtau sape pemain diorang..tu la namanya semangat kenegerian! haha tapi yang unik sikit, final bukan nya negeri kelahiran ayah aku, Pahang, atau mak aku, Perak atau even bukan negeri kelahiran aku, Sabah...final Kelantan VS Terengganu... apa kena mengena dengan aku?? kenapa aku sokong?? that's what we called NURTURE.... heheh~~
 |
the red warriors - gomo kelate gomo |
 |
peteh ganu peteh |
 |
sang kancil dan sang penyu...sape dapat? |
tak aku nafikan, aku dikelilingi kawan2 yang berasal daripada kedua2 negeri ni, mostly Kelantan la kot. roomate aku Kubang Kerian, depan bilik aku dak Kota Bharu. roomate dia Tumpat. sebelah dia Kok Lanas,,,,and kawan2 aku yang lain2, Wakaf Che Yeh, Pasir Mas, Bukit Bunga, Pengkalan Kubor, Tanah Merah...huhu
kelate blako ekpom...*haha,btol ke ayt gni? Gua Musang je xjumpa lagi.. huhu dan diorang sedikit sebanyak mengajar aku menilai hati budi diorang daripada cara pergaulan diorang...wah! haha
kecek sedak! Terengganu xpayah nak cerita lah. nama pon dah duduk Terengganu, semua orang cakap
Teganung! mak cik cleaner, kafe, mak cik keropok lekor luar pagar, drebar bas, lecturerS, pak cik teksi (
demang ni, maring maing ujang), semua lah...
bahasa? setakat ni aku xterserap lagi dialek
Kelate or Teganung (KoT) dlm pertuturan harian aku...boleh kata 100% xde la...bukan apa...perangai aku ni jenis malu..malu nak cuba sesuatu yang baru..huhu~~ takut salah kan..hihi and aku prefer belajar dengan cara mendengar jer...means that, aku just dengar and blajar dari situ... xpernah la aku tanya2 sangat...gini camane, gitu ape..hm,, *
nok oyak ko malu tu jah...hehe and lagi satu, takut jadi kelakar kalau aku cakap
KoT,,yela..lidah burger, fries, pizza, and semua jenis western food cam aku ni mana jadi nak tukar cakap macam orang lidah budu dan keropok lekor nih...hihi~~ *koya! jadi jerman kang.. kalu diorang kecek lua xpe, sebab tu bahasa standard, so xpeliklah. kalau diorang kena bercakap dalam majlis rasmi pun, kena guna standard jugak. kiranya, xde masalah la. bagi orang luar yang nak cakap dalam loghat diorang ni yang agak tergeliat tulang rahang nye... mujur lah aku duduk Pahang. and kawan2 Kelantanese aku cakap orang Pahang paham bahasa Kelantan. huhu maybe la.. mostly, aku paham. tapi kalau yang dah keluar segala
koppa', kakah, or segala mak nenek tu,, aku xpaham lah..hehe~~
haha,,jauh melalut...
so,,,untuk final Piala FA ni, aku sendiri tak tahu nak sokong mana dah. sebagai langkah selamat, aku sokong team yang menang la...xpun, setiap kali gol dari mana-mana team, aku sorak.haha~~
 |
ada dah dengar2 kawan2 se'batch' aku yang dah gerak gi KL nak tgk final. |
Kelantan layak ke final dengan agregat 6-2 mengalahkan Selangor.. manakala Terengganu layak dengan agregat 5-2 ke atas Pahang....huhu at least Pahang dapat lah semi-final.. sedikit fakta nombor di sini; 100% negeri pantai timur layak ke semi-final, manakala 75% negeri yang layak ke semi-final adalah negeri pantai timur. dan 100% negeri yang layak ke final adalah negeri pantai timur. pantai timur memang hebat! haha~~~ x kisah la
KoT ke menang, as long as pantai timur! ye la, pantai timur ni kan macam agak ketinggalan sikit jika dibandingkan dengan negeri pantai barat...so, kita mesti bersatu! *ape kes ni, emosional sangat??
dah alang2 cakap pasal pantai timur tu, LIKE la page ni,
Komuniti Facebook Pantai Timur (East Coast)